" Papa kejam! Lara benci Papa dengan Mama.. sanggup buat Lara dengan Azim macamni! " Berjurai airmata gadis itu.
"Lara.. Papa mintak maaf.. Papa tak tahu.. semua ni punca daripada Mama kamu sendiri.. maafkan Papa nakk!!"
Lara mengelengkan kepala." Tak.. Lara nak pergi jauh dari sini.. Lara taknak tengok dah muka Papa!"
"Laraaa! Laraaa!"
Dato Hisham menjerit dalam keadaan mata yang masih terpejam.Tak lama kemudian dia tersedar dari mimpi yang agak menyedihkan."Astafirullahalazim"itu yang keluar dari mulut Dato Hisham setelah sedar dari tidur, dahinya berpeluh.Dirinya dalam kerisauan,berseorangan didalam bilik tidur yang mewah.
"Maafkan Papa Lara.. Papa sayang sangat dekat Lara.." Airmata Dato Hisham mula mengalir." Apa yang aku harus lakukan Ya Allah.. aku tak sanggup nak hadap apa yang akan jadi setelah semuanya terbongkar.. aku dalam keadaan berdosa.." Merintih Dato Hisham sendirian.
*********
"Abang... abang sayang Lara tak?" pertanyaan Lara itu membuatkan Azim tertawa kecil."Tak" Sambil memandang Lara yang berada dalam pelukannya.
Lara menampar lembut dada Azim,Memandang tajam kearah Azim."Abang ni tak baik tauu...kalau macamnilah perangai Abang.. Lara nk lari jauh jauh"
Lara memuncungkan mulut."Sayang ni.. tanya soalan dah tahu jawapan... lepastu nak merajuk dengan Abang.. mestilah Abang sayang sangat dekat Lara" Dia mengucup lembut dahi Lara, lalu tersenyum.
"Kalau macamni laa Lara rasa bahagia.. dari awal lagi Lara kahwin dengan Abang cepat cepat!"
Azim tertawa." Elehh dulu siapa yang sombong? jual mahal? pastu suka marah marah Abang?"
"Yelah.. Lara tahu..dulu Lara ni jahat.. pastu perangai pun boleh tahan teruk jugak..tapi Alhamdulilah.. semuanya dah berubah, sebabtu Allah temukan Lara dengan Abang.. mungkin cara ni Allah nak bagi hidayah dekat Lara"
"Betul.. bijak isteri Abang.." Azim mencuit hidung Lara.
"Abang nak tahu tak.. dulu masa Lara mula jatuh cinta dengan Abang.. Lara rasa macam sakit tau.. rasa macam tak tenteram.. rasa gelisah.. tapi bila Abang ada depan mata Lara.. Lara rasa tenang...sebabtu Abang ni penawar hati Lara" tertawa kecil gadis itu memandang wajah suaminya.
"ooo.. makin pandai eh sekarang.. siapa ajar ni hah? tapi kan selalu orang cakap muka nk sama ni adik beradik.. tapi sebenarnya kalau muka nak sama ni rupanya jodoh pun boleh jugak.."
Lara berasa hairan, Azim tiba tiba bercakap tentang wajah.
"Muka kita nak sama ke?""Orang kampunglah cakap.. muka Sayang dengan Abang nak sama la.. mungkin jodoh?" Azim mengangkat kedua belah kening.
Lara mengangguk perlahan, Segera mengeratkan lagi pelukannya bersama Azim.Mereka berdua merasa tenang dengan angin sawah yang tidak terlalu kuat.
**********
"Assalamualaikum"
kedengaran suara garau memanggil salam diluar rumah Opah.Cepat-cepat Datin Zana berjalan menuju dihadapan pintu."Waalaikumusalam" Dahi Datin Zana sedikit berkerut, terkejut juga pagi pagi ada tiga orang anggota polis berdiri didepan pintu.
"Erm.. ada apa ya Tuan kemari?" Soal Datin Zana dengan nada lembut.
"saya Ispektor Zainal, boleh saya berjumpa dengan NurHanim Marziani?"
Wajah Datin Zana mulai cemas.
"Maaf Tuan, saya rasa Hanim dia dah banyak hari tak balik sini.. apa kata Tuan pergi rumah dia dekat sebelah?""Kami dah pergi rumah dia, tapi takda sesiapa kat sana"
"ad apa ya Tuan cari dia?" Soal Datin Zana yang ingin tahu.
"Kami mendapati NurHanim Marziani melakukan pembunuhan terhadap kedua ibu bapanya dua bulan yang lalu" kata salah seorang anggota polis.
"Bu...bunuh..." Mata Datin Zana membulat, seakan akan tidak percaya dengan perbuatan yang dilakukan Hanim.
"Ada apa ni Zana? kenapa ni?" Soal Opah yang datang dari dapur.
"Mak.. polis datang cari Hanim.. diorang cakap Hanim bunuh mak ayah dia sendiri..."
"Astafirullahalazim.. Nauzubillah..." Opah mengusap dadanya.Airmatanya mula berkaca.
"Mak.. mak okay tak ni.. Ya Allah.. tak sangka betul Hanim sanggup buat macamni dekat mak ayah dia.. dia tipu kita mak selamani.." Datin Zana menggengam erat tangan ibunya."Istifar Mak..."
"Mak tak sangka sangat,kenapa Hanim buat macamnii.. Ya Allah.." Opah menangis teresak esak."Selamani Mak anggap dia macam cucu mak sendiri.. Mak sayang sangat dekat dia.. Mak memang percaya dia anak yang baik..."
"Ya Mak.. benda dah jadi.. mesti ada sebab kenapa dia buat macamni..kita taktahu apa yang jadi... mungkin dia sakit ke.. kita tak tahu Mak.." Perlahan lahan Datin Zana memimpin ibunya untuk duduk di sofa supaya dapat tenangkn diri seketika.
"Mak betul betul kecewa dengan Hanim.." Sekali lagi airmata membasahi pipi Opah.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...