Fikri memberhentikan motosikalnya jauh sedikit dari rumah opah Zaiton,takut jika ada yang melihat Lara dihantar pulang olehnya.
" Terima kasih awak..sebab sudi hantar saya" balas Lara.
Fikri yang dari tadi asyik memandang Lara dari bawah hingga keatas, cuma Lara sahaja yang tidak perasan.
" Sama sama kasih" senyum lelaki itu.
Lara menanyakan kepada Fikri bagaimana dia buleh kenal Azim, tetapi jawapannya bukanlah jawapan yang benar,malah Fikri memperburukkan Azim.
" Azim tu...lelaki Playboy..dia tu jantan tak cukup satu" balas Fikri.
Lara terkejut dengan perangai yang dikatakan Fikri.
" Serius la??, Tak sangka dia macamtu ingatkan dia jaga opah Zaiton baik..perangai dia pun baik"" Awak...dia tu syaitan bertopengkan manusia tahu tak...selalu sangat buat maksiat"
" Maksiat ????" Terbeliak matanya apabila Fikri mengata demikian.
" Iyaaa...dengan Hanim tuu..tiap tiap petang laa.."
" Hanim perempuan yang suka berdandan tu ke?...haish matian saya ingat orang kampung ni baik baik..tambah Azim tu..kesian opah..sanggup dia tipu opah selamani." Wajah Lara penuh kerisauan.
" Awak jangan risau..saya sentiasa ada dengan awak..awak nak pergi KL? Saya buleh je tolong..kalau awak nak kerja office saya tu pun buleh je..saya tolong" senyum Fikri.
Lara teruja dengan kata kata Fikri,
" Haish..awak ni baik betul la...thanks sangat sangat"" Sama sama awak...saya ni ikhlas tolong awak"
Fikri memakai topi keledar dan memperhidupkan motosikal nya.
" Saya balik dulu...awak kena jaga jaga dengan Azim tu..dia tu nampak je baik tapi jahat..tambah tambah awak duduk satu rumah dengan dia..hati hati tau" nasihat Fikri." Haish tak sangka dia macamtu..." Bisik Lara.
" Macam mana pun aku kena bagitau Opah..padan dengan muka dia"Lara yang sedang menonton televisyen,melihat Azim yang datang dari dapur. Dia datang duduk berhampiran Lara di atas sofa.
" Kau tengok cita apa?" Soal Azim." Suka hati aku la nak tengok cita apa pun..menyibuk tak abis abis" jeling Lara.
Azim terus merampas remote tv yang ada pada tangan Lara, " heyyy kau ni dah kenapa..bakkk sini balikkk" marah Lara.
" Kau nak remote Kann?? Kau jawab dulu..tadi kau pergi mana dengan si Fikri tu"
Tangan Lara ingin merampas remote itu semula tetapi tidak berhasil.
" Kalau aku nak pergi mana pun..suka hati aku lah..aku bukannya bini kau pun..nak sibuk pahal" marah Lara." Aku nak pesan dekat kau, Fikri tu memang suka bagi ayat manis, kau jangan percaya dia sangat"
" Ayat manis?? Habis tu kauu buat maksiat tiap tiap petang ingat aku tak tahu?? Ehh jangan sampai aku bongkar rahsia ku dekat opah"
Kata kata tersebut membuatkan Azim sangat marah pada Lara. Azim memang sudah hilang sabar, dia menghempas remote tv hingga pecah.
" Ehhhhh...kau jaga sikit mulut kauuu.. jangan nak tuduh aku bukan bukan..aku tak pernah buat kerja kotor tu..jangan sampai tangan aku singgah dekat muka kauuu!!..tapi nasib kau perempuan je!!!!!!" Jerkah Azim.Opah dan Datin Zana terdengar suara kuat Azim, mereka ke ruang tamu, ingin melihat apa yang berlaku.
" Kenapa ni bising bising?"
Mata opah melihat remote tv pecah dihempas Azim.
" Ya Allah..ni kenapa nii habis pecah" marah opah.Azim yang masih berdiri , wajahnya yang masih merah akibat marah akan Lara.
" Opah tengok la sendiri apa cucu kesayangan opah dah buattt" Lara mengadu.
Datin Zana pula mencelah percakapan anak perempuanya itu.
" Lara...kenapa ni?? Apa yang berlaku.." soal mamanya pula.Lara jugak hilang sabar dia memberitahu bahawa Azim marahkan nya sehingga berbuat demikian.
" Kauuuuu diammm laaaaa" jerkah Azim dengan kuat.
" Ehhhh...kau dengar sini...aku masih lagi bersabar dengan apa yang kau tuduh tadi..kalau percaya sangat jantan bernama Fikri tu silakan..bila kau ada masalah..kau jangan cari aku lagii...aku taknak tengok muka kauu"
Azim lantas berjalan masuk ke dalam biliknya.Lara terdiam, terkejut melihat Azim yang memarahi nya sebegitu sekali.
Opah dan mamanya masih tidak faham apa yang terjadi antara mereka berdua.
------------------------------------------------------------------------
" Azim..." Panggil Datin Zana yang masuk ke dalam bilik Azim.
Azim yang sedang menenangkan dirinya dari kemarahan, dia melihat Datin Zana datang duduk disebelah nya
" Ada apa makcik.."" Makcik mintak maaf..kalau Azim ada terasa hati dengan Lara..dia memang macamtu..Makcik harap sangat Azim buleh sabar dengan perangai dia tu" senyum Datin Zana.
" Yaa..takpa..saya faham..makcik sayang Lara..tapi saya tadi memang tak buleh kawal bila dia tuduh saya macamtu.."
" Nak...makcik tahu..Azim anak yang sangat baik..." Datin Zana mengusap rambut Azim.
Azim seperti tidak selesa dengan perlakuan Datin Zana itu..." Erm..kenapa makcik?" Soal Azim.
" Takde apa..makcik cuma..rasa seronok kalau makcik ada anak lelaki yang baik macam Azim" airmata Datin Zana mula berjurai.
"Makcik..saya pun dh anggap makcik macam mak saya..makcik baik sangat beruntung Lara ada mak macam makcik" senyum Azim.
"Tak..makcik bukan ibu yang baik..makcik ni ibu yang banyak dosa.." menangis Datin Zana.
" Makcik...jangan la sedih sedih.." balas Azim.
" Takpelah..makcik nak masuk bilik dulu ya..kamu tidur dah lewat ni..kawal perasaan marah tu ye"
" Baik makcik" jawab Azim dengan lembut.
" Kenapa dia baik sangat dengan aku.." bisik Azim dalam hati.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...