BAB 8

555 23 17
                                    

Azim yang baharu sahaja pulang dari kebun.Berkali kali dia memberi salam, tetapi tiada yang menjawab.
"Haish..mana opah ni..diam je" bisik Azim.
Azim terus masuk ke dalam biliknya untuk berehat tetapi perasaannya seperti ada seorang yang sedang berjalan ke hulu ke hilir di bilik berdekatan dengan dapur. Dia berpatah balik untuk melihat.

Surat khabar yang ada dicapai oleh Lara untuk mengipas rambutnya.
" Panasnyaaaa !!!" Bisik Lara.

Azim agak hairan melihat ada seorang perempuan di bilik tersebut.
" Oiiiiiii!! Pencuriiii" jerit Azim.
Lara hanya menoleh kearah Azim.Dia jugak hairan dan tidak kenal." Excuse me?? Kau ni sapa nak tuduh aku pencuri?? Balas Lara.

" Kau buat apa dekat dalam bilik ni? Kau nak mencuri ke?? Opahhhh!!!! Opahhhh!!! Ada pencuri perempuan masuk dalam rumah kita" Jerit Azim.

Lara sangat berang dengan lelaki itu.
" Ehh tak kuasa lahh aku nak masuk curi rumah burokkk niii" balas Lara Irdina.

" Habistu kau sapa ..tetiba datang masuk rumah orang?? Kau keluar sekaranggg!!!" Azim mengusir Lara

" Kauu ni sapa hahh?? Pakai macam orang miskin" Lara menjeling.

"Berani kau hina aku..kau keluar sekarangg !!!" Marah Azim.

" Apa bising bising ni Azim" tegur opah.
Azim terus menarik tangan Opah suruh melihat gadis itu.

" Laaa...ni Lara cucu opah..." Ketawa kecil

Wajah Azim dengan kehairanan..." Azim sorang je kan cucu opah" balas Azim.

Lara yang masih berdiri bilik itu, hanya menjeling." Suka hati nak tuduh aku mencuri" bisiknya lagi.

" Ni siapa mak?" Soal Datin Zana.

" Ni..cucu angkat mak..mak bela dia dari kecik sampai la besar panjang..masa kamu takde..dia la yang jaga mak Smpai sekarang" senyum Opah Zaiton.

Datin Zana terkedu melihat Azim,seakan akan sesuatu.

" Siapa diorang ni opah" bisik Azim lagi.

" Kalau nak diceritakan panjang cerita..ha nanti la opah cerita dekat kamu ya..sekrang ni takpayah gaduh gaduh..tak elok..jom kita pergi dapur makan...opah dah masak untuk Korang"

------------------------------------------------------------

Ikan keli goreng yang berada didalam pinggan diambil oleh Opah dan diletakkan ke dalam pinggan Lara. Lara menjeling kepada opah" Ish orang tua ni main letak je dalam pinggan..ingat aku nak makan ke..dahla ikan pulak tu..lain la kalau daging ,ayam ke..selera jugak aku " bisik Lara.
Lara seperti mahu muntah melihat ikan keli goreng itu.
" Ikan keli ni Azim yang mancing dekat sawah padi belakang rumah"

"Whatttt!!! Sawah yangg belakang rumah tu..yang ada selut hitam tuuu..euwww memang taklaa nak makan"
Lara seperti geli hendak mencubit ikan itu.
" Ayam takde ke?? Ataupun daging ke?" Soal Lara.

" Dekat kedai" Azim mencelah.

" Ehh..kau ni sibuk je kan..aku tanya opah bukan kau..geli lah nak makan ikan ni" Lara merungut.

Tangan Lara dipegang oleh mamanya." lara kena belajar makan makanan kampung".

" Mama dah lama tak rasa..Harini bersyukur sangat dapat rasa masakan mak"

"Kenapa dengan mama ni..tiba tiba je berubah..mama lupa ke..kita tinggal sini sementara je Kann" bisik Lara.

Azim memandang Lara.Dia hanya ketawa melihat Lara yang tidak selera hendak makan ikan keli goreng itu.

"Dah kenapa mamat ni tersengih sengih macam orang gila" bisik Lara sambil memandang Azim.

"Okayyy tiba tiba rasa tak lapar..Dahla makan ikan pastu dengan sayur je..miskin sangat " ujar Lara yang menolak pinggannya itu.

Opah memandang Lara dengan wajah yang agak sedih.
" Cu..mintak maaflah..opah masak sikit ja Harini..kalau Lara tak suka takpa..esok ke opah suruh Azim tangkap ayam dekat belakang rumah tu ya" senyum Opah.

" Hahh?? Ayam?? Euww...please laaa..takkan ayam dalam reban Buruk tuu nak tangkap pastu nak masak? Lepastu kena cabut cabut bulu dia, Dahla kampung..taknak laa geli betul"

" Ehh kau ni...cakap baik sikit ehh dengan opah..baru datang duduk rumah ni berlagak macam boss besar." Sindir Azim.

" Dahh tiba tiba takda selera...nak makan..Dahla panas " Lara bangun dari kerusi.

" Takpaa..kalau Lara tak suka opah buleh ke pekan beli kan ayam..daging dekat Lara.."

Lara tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Opahnya, dia cuma mengipas rambutnya dengan tangan dan mahu beredar dari dapur.

Datin Zana memandang perangai anaknya itu.
" Lara ambil pinggan tu pergi cuci ya sayang" tegur Datin Zana dengan baik.

" Rumah kampung memang takde orang gaji ke??" Soal Lara dengan penuh kesombongan.

" Laraaaa!!! " Bisik Datin Zana.

" Kau ingat ni hotel 5 bintang nak layan kau bagai..diri sendiri makan..pandai pandai lah basuh..habistu kalau kau berak..kau nak suruh orang lain ke..cuci punggung kau??" Perli Azim.

Lara menoleh arah Azim dengan pandangan yang tajam." Kau ni memang dari tadi ke nak cari pasal dengan aku..jangan sampai pinggan ni aku baling dekat muka kauu" Marah Lara.

" Sudahhhh...tak elok bergaduh depan rezeki..takpe pinggan pinggan ni biar opah Aje basuhkan"

" Takpe..opah..Azim ada..biar Azim yang cuci opah rehat je okay" senyum Azim.
Selama ini kerja rumah memang Azim yang buat..kerana Azim tidak benarkan Opahnya membuat kerja kerja rumah dia hanya mahu Opahnya berehat sahaja.

"Dasar orang kampung" bisik Lara lagi.

Datin Zana hanya memandang anaknya itu..dia jugak takut Lara megeluar kata kata yang kesat kepada Opah Zaiton.

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now