BAB 15

479 15 3
                                    

Tepat pukul 6 pagi, Lara sudah bangun selalunya dia akan bangun pukul 11 tetapi niatnya mahu menolong mamanya.dia terpaksa bangun awal untuk belajar membuat nasi lemak bersama Opahnya.
     Mahu sahaja keluar dari bilik, Lara melihat Azim yang sudah bangun dan berpakaian baju melayu dan kain pelikat.Mata nya Lara khusyuk memandang Azim yang sedang memakai butang baju melayu.wajah Lara sedikit Hairan.

"Mana mamat ni nak pergi?" Soalnya dalam hati.

Azim pula mahu beredar dari cermin itu, Lara cepat cepat menyorok takut Azim melihatnya.
Lara melihat Azim sudah keluar rumah waktu jam begitu.
" Kenapa jantung aku laju je..bila tengok Azim pakai macamtu?..okayy relax kau jangan cakap yang kau syok kat dia ehh...nooo.." bisiknya Lagi.

" Laraaaa!!! " Terdengar panggilan dari dapur, Opahnya sudah siapkan bahan untuk mengajar Lara memasak nasi lemak. Lara cepat cepat turun kebawah.

          Beberapa jam kemudian, kesemua nasi lemak sudah pun dibalut oleh Lara turut dibantu oleh mama dan Opahnya, Lara menyusun kesemua nasi lemak ke dalam bakul untuk dihantar ke kedai yang berdekatan dengan kampung.

" Terima kasih opahh!! Ajar Lara" senyum gadis itu.

"Ha..nasi lemak ni Lara buleh letak dekat kedai..Lara tahu tak jalan nak pergi kedai tu??" Soal mamanya.

Lara menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
" Lara taktahu...tapi takpe...Lara cari sampai jumpa"

" Okay..hati hati ehh jalan tu" tegur Opahnya.
" Baik opahhh"

------------------------------------------------------------------------

Suasana pagi, Lara cuba mencari kedai yang berdekatan untuk menjual nasi lemak.Tiba di satu jalan kampung, seorang lelaki menaiki motosikal berhenti. " Assalamualaikum"
Beri salam lelaki berumur 20 an itu.

Perjalanan Lara terhenti seketika, lalu menjawab salam lelaki itu.

Lelaki itu adalah Fikri, jugak tinggal di kampung itu, wajahnya yang hitam manis.
" Nak kemana ni awak?" Soalnya

Lara pulak agak ketakutan kerana sudah serik dipeluk orang gila haritu.
" Nak cari kedai nak letak nasi lemak" jawab Lara tanpa memandang wajah Fikri.

" Yekee...awak hantar nasi ni dekat kedai Pak Meon je..kedai dia memang ramai orang..." Beri idea lelaki itu.

" Terima kasih" Lara terus berjalan dengan laju tetapi masih dikejar lelaki itu,

" Awak ni orang KL ke?" Soalnya lagi.

" Ya saya orang KL" balas Lara sambil berjalan.

Motonya Fikri pulak perlahan Lahan mengikuti Lara.
" Saya orang sini...tapi saya kerja dekat KL"

Percakapan itu membuatkan Lara brhenti dari berjalan." Awak kerja KL ??" Soal Lara.

" Yala...saya kerja dekat KL , saya kerja office dekat sana...saya balik ni sekejap je " Jelas lelaki itu.

" Awak ada nak balik KL tak??" Soal gadis itu lagi...

" Minggu depan saya balik KL sebab ada kerja nak settle kan... Kenapa??"

Lara sudah terfikir untuk meminta tolong daripada lelaki itu.

" Aku kena rapat dengan dia..manatahu dia buleh tolong aku" bisik Lara dalam hati.
Lara terus senyum kepada Fikri.Dia terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Fikri.
" Saya Lara...awak??" Soal Gadis itu.

Fikri pun cepat menyambut salam Lara." Nama saya Fikri..."

" Ehhh meh la..saya tumpangkan..saya bawak awak pergi kedai Pak Meon" pelawa lelaki itu.

Lara tanpa segan silu terus naik kebelakang motorsikal lelaki itu.

  Sewaktu menaiki motosikal bersama Fikri, Azim sempat melihat Lara.
  " Fikri buaya tu jugak yang dia nak naik moto pun" bisik hati Azim.
  Dia hanya menggelengkan kepalanya.
Azim melihat Lara turun ke kedai Pak Meon untuk meletak nasi lemak, Lara juga berbual dengan Pak Meon untuk meminta izin meletak nasi lemaknya di kedai itu.
Selepas berbual, Lara naik semula motosikal Bersama Fikri.
Azim cepat cepat datang kepada Lara dan menyuruh Lara turun dari motosikal.
" Kauu nak apa??" Soal Lara.
" Lara turun sekarang balik dengan aku.." marah Azim.

Fikri yang melihat Azim terus menjeling" bro..aku ni niat ikhlas nak tolong dia nak hntar dia datang balik...so biarkan" jelas Fikri.

" Kau tak malu ke..bawak anak dara orang " marah Azim lagi.

" Ehh Azim..kau jangan nak sibuk buleh tak..aku ni baik nak tolong dia"

Rupanya Azim dan Fikri sememangnya kenal,tetapi hubungan mereka tidak akrab kerana ada perkara yang berlaku ketika zaman persekolahan.Azim jugak sudah kenal perangai tipu helah Fikri itu.

" Kau kenapa...balik laaa..dia baik..kau takyah la risau" Lara menepis tangan Azim.

" Ehh aku lagi tahu dia ni baik ke jahat" balas Azim.

Mereka langsung tidak pedulikan Azim dan terus pergi.
" Perempuan ni memang cepat percaya orang betul lahhh" bisik Azim.

" Kenapaa tu Azim...okay ke??" Soal Pak Meon.

" Takda apa apa lahh..saya balik dulu" ujar Azim.

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now