BAB 39

543 18 1
                                    

Azim membawa bantal keluar dari bilik tidur. Lara yang datang dari dapur tergamam melihat perlakuan Azim.

"Abang bawak bantal nii.. nak pergi mana?" Soal Lara yang datang menghampiri Azim.
Azim yang baru sahaja mahu menutup pintu mengalih pandangan kearah Lara.Dia hanya mendiamkan diri.

"Abang.. Lara tanya nii...." Sambil menarik tangan Azim.

"Abang nak tidur luar malamni..." jawapan ringkas keluar dari mulut Azim membuatkan Lara hairan dengan sikap suaminya.

"Abang nak tidur luar? kenapa..selalu Abang okay je tidur dengan Lara? kalau Abang tak selesa takpe.. Lara boleh tidur bawah.. Abang tidur atas katil ehh..." kata Lara dengan wajah yang agak gelisah.

"Takpe.. harini Abang penat sikit..Abang nak tidur luar atas sofa pun takpe.. Lara takperlu risau" Azim segera melangkah menuju ke ruang tamu tetapi dihalang oleh Lara.

"Abangg.. Abang jangan lah macamni.. jom lah tidur dengan Lara..." Dia menarik tangan Azim mengajak tidur didalam bilik, tetapi tangan itu dilepaskan oleh Azim.

"Abang cakap.. Abang nak tidur dekat sofa.. Lara ni tak faham ke?" balas Azim dengan nada yang agak tinggi.
Lara terdiam seketika melihat Azim.
" Abang ni kenapa? Lara ada buat salah ke? kalau ada bagitahu la.. jangan macamni boleh tak..." Lara memegang bahu Azim, matanya mula berkaca.

"Sepatutnya Abang yang beli buku catatan dekat Lara, tulis kesalahan apa yang Lara dah buat... Sebenarnya yang tak tahu salah sendiri tu Lara bukan Abang..dekat Abang bukan main, buat salah sikit menuduh yang bukan-bukan tapi salah sendiri tak nampak" Azim berbicara tidak memandang langsung wajah Lara.

"Apa maksud Abang ni? Lara tak faham lah dengan abang ni!!" Dia berpaling kearah lain.

"Tak faham? ke buat-buat tak faham! siapa lelaki tu? Boyfriend baru? baru jumpa dia? ke Ex? ataupun anak dato kaya.." Pandang Azim dengan wajahnya serius.

" Rayyan?.. Lara kenal dia dah lama dah.. lagipun Lara takde apapun dengan dia..."

"Kalauuu takde apa-apa.. buat apa dia datang sinii!!!! buat apa!!!" jerkah Azim.
Lara mengelengkan kepala, airmata mula berjurai."Lara tak sangka Abang sampai nak tinggikan suara dekat Lara macamni!!"

"Tinggi kan suara? habistu.. takkan la nak baik pula bila isteri sendiri mengatal dengan jantan lainn!!!!"

"Dahhhlaaa cukup!!!!" jerit Lara sambil menangis.

"cukup?? Lara.. awak dengar sini..saya usaha jauhkan diri saya dengan Hanim, saya usaha jauhkan diri saya dengan Mama. Semata-mata nak awak bahagia Lara Irdina.. saya taknak langsung isteri saya cemburu.. saya taknak isteri saya sakit hati.tapi apa awak buat? ada jantan lain datang rumah!! sapa yang tak adil sebenarnya? saya ke awak.. cuba jawab dengan saya.. Lara Irdina!!"  Azim merenung Lara untuk mendapatkan jawapan yang bernas.

"Abang.. Lara dengan dia takde apa-apa.. Lara dah cerita dekat dia.. Lara dah bagitahu diaa yang kita dah kahwin!! dia pun faham.. apa lagi yang tak kena dengan Abang..."

"jawapan yang tak membantu...takpelah.. saya penat.. saya nak tidur.." Azim segera menuju ke ruang tamu, langsung tidak menghiraukan Lara.

"Abang....." panggil Lara sambil menitiskan airmata.Panggilan itu sama sekali tidak diberi respon oleh Azim.

*****************

Lara berjalan mudar mandir didalam bilik, Dia masih tidak senang duduk.
"macam mana Azim boleh tahu.. Rayyan datang rumah ni.. sedangkan masatu ada aku.." Lara terdiam seketika. Dia melabuhkan punggung diatas katil.

"Hanim..." bisik Lara seorang diri.Dia menghentak tangannya di atas tilam."Aku dah agak.. perempuan tu memang cari nahas dengan aku.. dia tak tahu ke.. aku ni Lara Irdina lahhh!!!"
Tanpa bicara lagi, Lara terus berjalan menuju ke bilik Hanim.

"Panggg!!!panggg!!!pangg!!!" ketukan pintukan yang kuat membuatkan Hanim bengang.
"Sial betul! siapa ketuk bilik aku malam-malam buta ni!!!!" bebel nya sendirian.Dia Lantas membuka pintu. Hanim agak terkejut melihat Lara yang tercegat dihadapan pintu biliknya.

"Kau nak apa? malam-malam ketuk bilik orang! kau tak pandai bagi salam? kau tak pandai nak ketuk bilik orang elok-elok ke? dasar takde adab" dia menjeling ke Lara.

Lara ketawa kecil." aku rasa yang takde adab tu kau.. kau memang seronok kan? nak kacau rumah tangga orang! perempuan macam kau ni boleh digelar perampas!!!" Lara memandang Hanim tidak puas hati.

"aku rasa.. kau yang tak tahu malu..datang bilik orang macam orang gila!! lepastu suka hati nak tuduh aku perampas!! dasar perempuan takde maruahhh!!!" jerit Hanim.

"Kauu mulut memang nak kena seret dengan tar jalan.. haritu kau bukan main gedik lagi minta maaf dengan aku.. kononnya belajar agama kononnya berdoa menangis nangis.. rupanya makin bertambah lagi perangai sund*l kau kan!!"

Hanim menghembus nafas geram, dia menutup pintu bilikya, tetapi dihalang oleh Lara.
"Kau nak apa?? gilaa???" jerit Hanim.

"kau kan bagitahu pasal Rayyan dekat Azim.. sapa yang gila sekarang ni?? kauuu ke akuuuu!!!" Jerit Lara dengan lantang.

Hanim tidak menjawab soalan Lara, dia terus menarik rambut Lara sehingga Lara jatuh terduduk di lantai.Lara terus memandang Hanim dengan marah serta rambut yang serabai.
"Kau memang cari nahas dengan aku!!!!" Lara segera bangun menarik pula rambut Hanim.
"Sakitlahhh bodohhh!!!!" Hanim menarik sekali lagi rambut Lara, mereka tidak melepaskan satu sama lain.

"Kauuu perempuan gilaaaaa!!!" jerit Hanim, dia melepaskan rambut Lara kemudian menampar pipi Lara sehingga terteleng ke kanan.Lara memegang pipinya yang agak pedih, tetapi dia tidak berputus asa, Lara pulak menampar kembali Hanim sehingga terjatuh dilantai.Lara memijak perut Hanim. Hanim menjerit kesakitan.

"Kau cari lagi fasal dengan aku!!!" Lara ketawa kecil. Hanim masih tidak mengalah, dia menolak kaki Lara menyebabkan Lara jatuh terbaring di lantai.Hanim mencekik leher Lara dengan kuat sehingga Lara terbatuk.
"Lepaskan aku lahhhh!!!!" Dia tetap melawan Hanim.
Lara menendang kembali Hanim,yang ada diatas badannya.Hanim jatuh terbaring lalu Lara mencekiknya dengan sangat kuat,dengan wajah yang geram.

"Laraaaaa!!!!!" terdengar suara garau yang datang melihat mereka didepan pintu.
Lara segera melepaskan Hanim.menoleh ke arah pintu. "Abang.." panggilnya keadaan berbisik.

"Abanggg... tolong Hanim.. Lara ni dah gila.. dia nak bunuh Hanim.. Hanim takut Abang" Hanim berlari ke arah Azim berpura pura takut dan menangis.

"Lara buat apani!! Lara nak bunuh orang ke apa? Lara nak duduk penjara? apa masalah sekaranggg niii!!!" jerkah Azim.

Lara hanya terdiam, dia mengalirkan airmata.

"Abangg tanya ni cakap Laraaaa!!!" jerkah Azim sekali lagi.

"Abang... Hanim ni sebenarnya dengki dengan Lara.. " sambil menunding jari ke arah Hanim.

"dengki?? apa yang dengkinya?? Lara tu kenapa tiba-tiba nak serang Hanim!! dia takde mengena dengan masalah kita" marah Azim lagi.

"Kauu puas kan hati kau perempuan.. kau tak malu ke nak dekat suami akuuu!!" Lara cuba menolak nolak Hanim yang berada di sebelah Azim.

"Lara!!! dahla!!! tak kesian ke dekat Hanim..." Azim cuba menghalang Lara dari menyentuh Hanim.
Lara mengalir airmata, rasa sakit melihat Azim membela Hanim.

"Sampai hati Abang buat Lara macamni..." Dia mengusap airmata.

"Lara tu yang sampai hati buat Abang macamni... dahla Hanim pergi tidur.. biarkan Lara ni.." pesan Azim pada Hanim.

"Lara.. Hanim mintak maaf.. Hanim takde niat pun.. Abang Azim Hanim minta maaf ya..." Hanim berwajah sedih dihadapan Azim.

"Takpe.. Hanim tidur ehh.. Abang mintak maaf dengan perangai Lara nii" Azim mengukir senyuman pada Hanim.
Lalu menjeling kepada Lara. Dia segera meninggalkan mereka.
"Abang.. Abang nak pergi mana.. Abang jangan buat Lara macamni boleh tak..." rayu Lara, dia mengekori Azim sambil menarik tangan.

"Dahla Lara.. Abang penat.. pergi tidur.. malas nak bercakap.." Dia segera melepaskan tangan. Azim beredar begitu saja.

Lara menangis..dia terlalu sebak hingga terduduk di lantai. Airmata berjurai membasahi pipi.
"Abang... Lara sayang Abang..."

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now