BAB 25

608 17 3
                                    

Suasana malam yang agak sunyi, mata Lara masih belum terlelap.Dalam kepalanya masih memikir apa yang akan terjadi pada nasibnya selepas ini. Hatinya terdetik untuk melihat Azim yang berada diatas katil. Dia menjenguk perlahan Lahan sama ada Azim sudah tidur atau belum, terlihat Azim yang sudah pun tidur nyenyak di atas katil.Lara memuncungkan bibirnya.

"Huhhh..tak guna..belum apa apa kau dah tidur..." Lara masih mahu menanyakan soal hati dan perasan Azim padanya.Lara seumpama tidak percaya bahawa Azim hanya menganggap nya sebagai adik.
Lara menoleh semula melihat kearah Azim, namun dia terkejut apabila Azim sudah pun terjaga dari tidur dan memerhati kearah Lara.

" Ehhhh kau ni..terkejut aku laa" marah Lara sambil menghembuskan nafas lega.

" Hahaahah...sayang ni penakut ehh..kalau takut bagitahu..sini tidur atas katil" usik Azim

Lara menjeling kearah suaminya itu, Hatinya mahu bertanya tetapi takut takut lain pula yang difikirkan Azim nanti.

"Ni apasal tak tidur lagi?" Soal Azim

" Erm...takk aku tak buleh tidur je..mungkin sebab awal lagi kot" ujar gadis itu

" Macam ada sesuatu nak cakap..." Balas Azim,matanya memandang Lara.

" Aku..nak tanya kau..kenapa kau kahwin dengan aku?" Soal Lara dengan wajah yang agak cemas.

selepas mendengar soalan Lara,Azim terus turun dari katil dan duduk disebelah Lara yang berada di atas tilam kecil.Lara terkejut, dia sengaja menggaru kepala yang tidak gatal itu.jantung nya berdegup agak laju.

"Kau ni kenapa..tiba tiba ja duduk sebelah aku" marah Lara.

" Awak pandang mata saya sekrang" suruh Azim

" Ishh..kau ni kenapa.." jeling Lara yang masih tidak berpaling kearah Azim.

" Saya bilang sampai tiga..kalau tak..." Percakapan Azim terhenti..

Lara terus menoleh kearah Azim.
" Kalau tak apa??" Soal Nya.

Azim ketawa kecil melihat perangai isterinya.
" Kalauu takk...abanggg cium" Azim mendekatkan wajahnya pada wajah Lara,sambil tersenyum.
Mata Lara membulat agak terkejut,
" Ishh apa ni.." marah Lara

Mata Azim masih belum berpaling kearah lain, dia masih menatap mata isterinya itu dengan dekat.

" Kau bagitau apa??" Soal Lara menenung tajam kearah Azim.

" Cube berlembut sikit..cakap elok elok..ada ke..abang cakap kasar dengan awak?" Soal Azim dengan lembut.

" Yela yela..kenapa abangggg " ujar Lara dengan berpura pura membuat suara lembut.

" Ha..macmni laa" sengih Azim.

" Tersengih sengih macam kerang busuk dah kenapa?? Gatal??" Jeling Lara.

Tangan Azim membelai lembut tangan Lara, matanya memandang tepat pada Lara.
" Sebenarnya..sebelum abang kahwin dengan Lara ...memang abang cakap..Lara macam adik kandung abang..tapi sebenarnya didalam sudut hati yang paling dalam..abang dah lama cintakan Lara.." senyum Azim.

Terbeliak biji mata Lara selepas mendengar pengakuan daripada Azim.
" Cinta??" Soal Lara semula dengan terkejut.

Azim hanya mengangguk.

" Kau..cintakan aku?" Soal Lara lagi.

" Ya sayang.." balas Azim dengan lembut.

Lara agak malu dengan pengakuan Azim, dia terus baring dan menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
Azim yang duduk disebelah Lara, baring ditepi Lara yang sedang selimut.
" Ehhh...tempat kau kat atas lahhh" marah Lara..tangannya terus mencubit bahu Azim.

" Auuww..sakit laa..ingatkan terus tidur..buleh tidur bawah.."

" Dah takpayah mengada..tidur balik atas katil kauu!!"
Lara Menolak Azim supaya tidur ditempatnya semula.

------------------------------------------------------------------------

Nasi goreng yang masih panas didalam kuali, digaul oleh Hanim..dia menghidu aroma nasi goreng. " Uish sedap ni..kalau Azim makan mesti dia pandang aku je" bisik Hanim

Lara yang masih mengeliat ,mengosok mata nya dia melihat Hanim awal pagi sudah datang masak di rumah opah.
" Haishh perempuan ni..tak malu ke masak rumah orang??" Bisik Lara dalam hati.

Hanim perasan Lara sudah bangun,dia menoleh kearah Lara." Heyyy goodmorning Shrek" senyum Hanim.

" Kau panggil aku apa?? Shrek??..kau ni kan pagi pagi buat aku rasa nak pergi beli cermin lepastu nak suruh kau cermin muka kau tu..agak agak ada warna hijau tak..jangan jangan kau dah Hulk" ketawa Lara.

" Kau waktu macam ni baru bangun? Nampak sangat tak pandai nak jadi isteri berguna..mesti kau tak pndai masak kan?" Soal Hanim dengan bangga diri.

" Macam lah kau masak sedap sangat!" Jeling Lara.
Kerusi didapur ditarik dan Lara melabuhkan punggungnya.
" Okay cepat aku nak rasa kau masak..!!" Jerit Lara.

" Ehhh kau ingat. Engkau boss besar??" Marah Hanim.

Azim yang datang dari ruang tamu, melihat Hanim yang masih menggoreng nasi.Hanjm tersenyum melihat Azim yang datang kedapur.

" Haiii..selamat pagi abang" senyum Hanim tersipu malu.

" Abang konon..gedik lebih" bisik hati Lara.

" Hanim..awal datang masak?" Soal Azim.

" Laa..opah takde bagitau abang ke?? Sebenarnya mak dengan ayah Hanim..dah bertolak pergi umrah..lepastu rumah Hanim takda sapa..tinggal Hanim sorang je..sebbtu lah mak mintak opah tolong tengok kan Hanim..Sebb Hanim nak duduk sini sebulan..sampai mak dengan abah balik"

" Hahh??? Ehhh kau tak malu eh duduk rumah orang?" Lara terus menyampuk.

" Takda..laa kalau duduk sini buleh jugak tolong masakkan dekat Abang Azim..Yala lain la kalau ada isteri bangun lewat pastu tak pandai masak" perli Hanim.

"Mulut puaka betul perempuan ni" bisik Lara dengan begitu panas hati

Mata Azim memandang kearah Lara.Dja hanya terdiam. Tangan Azim ditarik oleh Hanim.

" Abang..Nasi goreng dah siap..cepatla rasa mesti abang suka" pelawa Hanim.

" Hanim...Azim buleh jalan sendiri..tak perlu tak tarik tarik tangan.." bisik Azim pada Hanim.

Lara hanya melihat perangai Hanim yang semakin menjadi.

Hanim hanya menjeling kearah Lara.


PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now