BAB 34

326 12 4
                                    

Masing-masing melabuhkan punggung di kerusi,untuk makan malam.Lara mencapai nasi yang ada didalam bekas kaca." Meh sini pinggan Abang.. Abang nak lauk mana?" Soal Lara dengan lembut pada Azim yang ada disebelahnya.
Tangan Lara yang mahu mencapai lauk ditepis Hanim. Lara memandang Hanim dengan wajah kehairanan.

"Takpe.. Lara biar aku yang ambilkan lauk untuk Azim" senyum gadis itu.
Lara terdiam seketika hanya memandang reaksi Hanim.
"Abang Azim.. sini pinggan biar Hanim yang letakkan lauk ya.."

Azim memandang Lara, tangannya yang memegang pinggan diberi kepada Hanim.
"Abang Azim nak lauk mana lagi? sayur nak? Abang Azim kan penat kerja.. kena la makan sayur banyak-banyak tau..bagi sihat dengan kuat"

"Apasal dengan perempuan ni.. kelmarin dia beriya doa nangis mintak maaf dekat aku bagai... ke.. dia memang nak cari fasal dengan aku" bisik dalam hati Lara.

Dia memandang Hanim dengan wajah tidak puas hati. Hanim perasan Lara sedang memandang kearahnya."Lara? kenapa nak lauk jugak ke?? maaf laa.. kau ada tangan kan?ambil la sendiri" Jeling Hanim.

"Takpe! aku boleh ambil sendiri takde suruh sesiapun" sengaja dia hentakkan sudu yang ada dimeja.

Azim memandang arah Lara." Sayang... sini Abang ambil kan untuk isteri Abang"
Lara bermasam muka.Azim segera mengambil pinggan Lara tetapi diletakkan semula oleh Hanim. Opah hanya memandang perangai Hanim yang semakin menjadi.

"Sini sayang Abang tolong ambil kan.."Azim mengambil semula pinggan Lara tetapi tidak sempat kerana ditarik Lara dengan agak kasar.

"Takpayah la..Lara boleh buat sendiri..Lara ada tangan " bisik Lara ditelinga Azim sambil menjeling. Azim terdiam.

"Dah... makan.. tak elok gaduh depan rezeki.. ha Hanim.. makan kamu.. takpyah nak sibuk fasal Azim.. dia ada isteri boleh jaga"

Hanim memandang arah Lara lagi.wajahnya agak malu kerana ditegur oleh Opah yang dari tadi memerhatinya..

"Hanim.... tolong beradab sikit" kata Azim memandang kearah Hanim.

Hanim tidak puas hati lagi dengan Lara, Gelas yang berisi air ditumpahkan pada baju Lara dengan sengaja.
"Ya Allah.. Lara.. aku mintak maaf.. aku betul-betul taktahu ada air tepi kau.. sampai aku tepis... aku mintak maaf" Hanim pura-pura membuat reaksi wajah kasihan pada Lara.

Lara dengan wajah bengang, dia sudah tidak tahan dengan perangai Hanim yang semakin pelik." Kau ni kenapa? kau memang sengaja kan nak tumpahkan air dekat baju aku!" jerit Lara.

"sayang.. jangan la marah-marah macamni.. mungkin Hanim tak sengaja tumpahkan air.." Tangan Azim menyentuh bahu Lara.

"Sudah sudah... Lara pergi bilik salin baju.. tak guna bising-bising benda dah jadi" Opah hanya mengelengkan kepala.

"Aku mintak maaf Lara..." merayu Hanim sambil mengibas baju Lara yang masih basah.

"Takpayah aku cakap.. kau ni dah kenapa?"
marah Lara.

"Lara.. dengar ke tak Opah cakap? pergi bilik salin baju tu.. dah besar.. takkan tak tahu lagi?"marah pula Datin Zana pada Lara.

Lara tidak faham dengan perangai mama nya tiba-tiba berubah dan bersikap dingin padanya.Dia memandang arah Azim lalu menjeling.

"Sayang.. jom Abang teman pergi bilik.. sayang tukar baju ehh" Azim menarik tangan Lara untuk bangun tetapi ditepis.
"Lara boleh jalan sendiri" balas Lara dengan nada yang perlahan. Lara terus beredar dari dapur,diikuti oleh Azim.

Hanim hanya menjeling kearah Lara sambil tersenyum." kau tengok lahh apa aku buat nanti" bisiknya lagi. Datin Zana hanya memandang kearah Hanim.

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now