BAB 14

461 14 9
                                    

Airmata yang berkaca mula berjurai, Lara sebak teringat papanya sanggup membuang dia dengan mamanya.
Sekrang mereka tidak punya segalanya,semuanya musnah. Lara mengenang nasibnya selepas ini,
" Takkanlah sampai bila bila nak duduk sini, opah pun Azim yang sara..takkan la hari hari nak makan lauk yang sama" bisik Lara sambil menangis.
Lara mula fikirkan cara hendak keluar dari sini.Dia mahu pergi ke KL tetapi dia tidak mempunyai wang.

" Macam mana pun aku kena sara mama aku..aku kena cari kerja," bisik Lara lagi.

     " Kamu termenung apa ?" Soal opah yang datang duduk disebelah Lara.
     Lara cepat cepat mengesat airmatanya.
" Takde apa lah opah" balas Lara.

Entah kenapa hati Lara begitu sebak, dia mula kesian dengan Opahnya, selepas saja ingat kata-kata Azim, yang opah Zaiton membesarkan nya dari kecik dengan duit nasi lemak.
" Opah.." panggil Lara dengan lembut,tangannya memengang tangan Opah.
" Kenapa Lara..ada apa apa ke?" Soal Opah lagi.

" Opah dulu meniaga nasi lemak kan?" Soal Lara

" Iyaa itu dulu..sekarang opah dah tak larat, jadi opah berhenti ,sekrang ni opah cuma harapkan kebun pisang tu aja," senyum opah.

" Opahh...buleh tak ajar Lara buat nasi lemak?" Pujuk Lara

Opah mulai hairan dengan cucunya itu." Kamu nak belajar buat nasi lemak? Nak buat apa??"

" Lara nak jual" itu ayat yang keluar dari Lara.

Percakapan Lara dan Opah didengari oleh Datin Zana.Dia mengintai mereka.
" Ya Allah..betul ke apa yang aku dengar ni..kenapa Lara tiba tiba nak jual nasi lemak sedangkan Lara tak suka benda tu"
Datin Zana menyentuh dadanya kerana sebak.

Lara menangis teresak didepan Opahnya.
" Lara...tak tahu lagi macam mana nak tolong mama..kami dah takde apa apa..sampai bila opah nak sara kami...memang orang akan pelik, sebab Lara yang sombong ni terpaksa buat semua ni, demi mama.." airmata nya mengalir lagi.

Opah terus memeluk Lara dan menangis,
" Opah bangga ada cucu macam Lara, opah yakin pasti ada hikmah apa yang terjadi ni, kamu kena bnyak bersabar..banyak berdoa pada Allah..Hanya Allah sentiasa mendengar doa hambanya"

Lara pula mencium tangan opah dia merayu dan memohon maaf pada opah, dia banyak bercakap kasar dan mengutuk opah,Dia baru sedar opah sangat baik.Walaupun mama tidak pernah menjenguknya selama 22 tahun, tapi dia tetap maafkan anaknya Datin Zana.

" Sudahh...jangan nangis..esok opah ajar kamu, kamu buleh letak dekat kedai kampung ni..lepastu untung kamu buleh simpan ya sayang" ujar opah dengan lembut.

" Terima kasih banyak banyak opahh" balas Lara.

------------------------------------------------------------------------

       Opah Zaiton yang berjalan menuju ke dapur dipanggil oleh Datin Zana.
       " Makk" panggilan dengan lembut didengari opah Zaiton .

" Ada apa nak" balas Opah yang memandang anaknya itu berada didalam bilik.
" Sini kejap, Zana ada benda nak cakap dengan mak"
Opah Zaiton berjalan menuju ke bilik anaknya.lalu duduk disebelah Datin Zana.

" Mak ...Zana nak mintak tolong boleh?" Soal Zana dengan lembut.

" Nak mintak tolong apa tu?" Soal emaknya itu.

" Tolong ajar Zana solat..Zana dah lupa macam mana cara solat..Zana dah lama tak solat mak" nangis wanita itu dihadapan ibunya.

" Buleh nak..buleh sangat" balas Opah dengan sebak.

"Mak..Zana bnyak dosa dengan mak..Zana dah lama tak solat mak..Zana berdosa mak" teriyak wanita itu.

"Bagus sangat tu... Allah sentiasa mengampunkan umatnya.berdoa banyak banyak.." peluk emaknya.

" Terima kasih mak" ujar Datin Zana.
Opah Zaiton hanya tersenyum melihat anaknya itu.

"Bukan masanya lagi untuk aku bagitau apa yang berlaku 22 tahun yang lalu" bisik hati Datin Zana dengan sedikit gelisah.
    

      

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now