Rambut panjang yang hitam menawan disikat oleh Hanim, perlahan Lahan..sambil memandang wajahnya pada cermin. Dia mengena baju kebaya dan lipstik berwarna merah." Dah heboh satu kampung Lara dengan Azim nak kahwin..hmm..macam mana Si Azim buleh terpikat dengan perempuan bandar yang biadap tu.." bisiknya.
Dia meletakkan sikat rambut didalam laci semula, " aku kena jumpa Azim sekarang jugak..aku kena datang rumah dia hari hari untuk goda dia..manalah tahu..mata dia pandang kat aku balik" senyum sumbing gadis kampung itu.
------------------------------------------------------------------------
Hanim melabuhkan punggungnya dipondok kecil di kebun Azim, terlihat Azim yang sibuk menebang pokok pisang yang sudah pun diambil.
Kain yang ada di lehernya dilap peluh, nampak seperti agak penat. Dia memandang kearah Hanim, dahi nya sedikit berkerut." Hanim???....ada apa datang sini" tegur Azim.
Gadis berkebaya merah itu tersenyum ditegur Azim, " takde...Hanim saja je datang...ni Hanim bawak bekal nasi..mesti abang penat kan.."
" Abang??" Azim pelik tiba tiba panggilan itu keluar dari mulut Hanim, selama ini memang Hanim tidak pernah panggilnya abang.
Hanim hanya mengangguk pada Azim.
"Meh la duduk sini...makan sama sama jom" pelawa gadis itu dengan membuka bekal yang dia bawa.Azim agak pelik dengan perangai Hanim, Dia datang menghampiri Hanim.
" Haish..merah nya..nak g mana cantik cantik?" Soal Azim." Cantik ke?? Mana ada...la biasa je..datang sini laa nak ajak abang Azim makan" balas Hanim sedikit tersipu malu.
" Ouh..terima kasih..buat susah je..Azim selalu balik makan dekat rumah opah dengan makcik Zana selalu masakan."
" Lara..tak masak ke??" Sindir Hanim.
" Lara...masak kot,Azim tak tahu sangat la" balas Azim dengan memandang kearah lain.
" Azim...betul ke..Azim nak kahwin dengan Lara?" Soal Hanim lagi.
Azim yang sedang berdiri itu agak tercengang dengan soalan Hanim, pelik bagaimana Hanim tahu soal itu, padahal baru sahaja berbincang.
" Macam mana Hanim tahu??"" Hanim tahu mana tu tak penting..tapi betul atau tak?" Soal gadis itu.
" Tak kot." Jawab Azim dengan ringkas.
Hanim hanya tersenyum,dia merasa lega setelah mendengar jawapan itu dari mulut Azim sendiri.
" Kenapa Azim taknak kahwin dengan Lara?" Soalan itu sengaja ditanya Hanim.
" Sebab Azim tak bersedia lagi..Azim bukannya ada duit" balas Azim.
" Kalau Hanim yang masuk meminang abang..abang Azim nak?? Maknanya abang tak perlu keluar duit pun..biar Hanim yang keluarkan.." senyum Hanim pada Azim.
Agak terkejut bila Hanim mempelawa untuk menjadi suaminya.
" Hanim..apa yang Hanim cakap ni?" Soal Azim dengan penuh kehairanan." Yala...Hanim nak kahwin dengan abang..Kalau dengan Hanim mesti abang bersedia Kann?" Soal Hanim dengan penuh yakin.
" Azim tetap tak bersedia nak kahwin dengan mana mana perempuan pun... Hanim..apa kata Hanim balik dulu pergi solat asar..lagi pun tak elok..dekat kebun pisang ni hutan..nanti apa pulak orang cakap..Hanim balik dulu ehh"
" Kenapa Abang susah sangat nak terima Hanim...abang tahu tak..Hanim ni ada semua ciri ciri yang abang nak..kalau nak bandingkan Lara tu..Hanim lagi baik..Hanim buleh masak..Hanim buleh jaga opah..Hanim buleh jaga abang.." rayu gadis itu.
"Hanim!!..balik Azim cakap..jangan merepek..Azim tak pernah banding kan sapa sapa semua sama ja"
Hanim agak marah dengan kata kata Azim..dia terus mengambil semula bekal bekal yang dia bawa itu tadi, dan segera pulang.
" Kau tunggu kau Lara..kau ingat kau menang.." bisik Hanim.------------------------------------------------------------------------
" Lara..." Terdengar satu panggilan, Lara menoleh kebelakang melihat opah yang datang menghampirinya.
" Ya opah..ada apa?" Senyum Lara pada opah.Tangannya mula memegang tangan opah." Lara dah bersedia?" Soal opah..secara tiba tiba.
" Bersedia?..bersedia untuk apa opah?" Soal Lara dengan hairan.
" Jadi isteri Azim" senyum opah sambil memegang bahu Lara.
Lara terus memandang kearah lain, dia menghembuskan nafas,
" Opah...benda ni kena tanya Azim..bukan Lara..biar Azim yang buat keputusan" jawab Lara." Opah akan pujuk Azim..sebelum opah menutup mata..opah nak sangat kamu berdua kahwin..anggaplah ini permintaan terakhir dari opah..kalau Lara setuju minggu depan Lara dengan Azim dinikahkan..."
Airmata Lara mula mengalir.
" Opah...Lara sebenrnya..tak bersedia nak kahwin dengan Azim..Lara tak layak nak jadi seorang isteri dalam usia 21 tahun."" Alaa..orang lain umur 16 pun dah kahwin..bahagia je..jangan lah risau pasal umur..dari perkahwinan Lara buleh belajar macam macam..Lara buleh kenal Azim lebih lagi.." pujuk Opah.
"Tapi Opah.." belum lagi habis bercakap opah terus berkata lagi..
" Takde tapi tapi..minggu depan..nikah ye sayang...kita buat simple je..takpayah nak ada kenduri kendara..kahwin je..dah selesai..kita panggil orang yang terdekat saja.." jawab Opah pada Lara.Lara tidak mampu berkata kata lagi, dia hanya mengangguk tanda faham.
------------------------------------------------------------------------
" Azim dah bagitahu..yang Azim tak bersedia nak kahwin dengan Lara..Azim anggap Lara macam adik Azim je" balas Azim pada opah yang memujuk Azim untuk berkahwin dengan Lara.
Sebenarnya hati Azim sudah bertaut pada Lara.tetapi kerana kasihankan Opahnya..Azim tidak sanggup." Kita buat majlis kahwin je..lepastu selesai..takpayah guna duit bnyak...anggaplah ini permintaan terakhir sebelum opah meninggal..." Rayu opah.
Azim terus memandang kearah opah..
" Kenapa opah macam tu..Azim taknak kehilangan opah..opah dah banyak berkorban dekat Azim..opah jaga Azim dari kecik..Smpai sekrang"
Balas Azim." Kalau macamtu..minggu depan nikah ya dengan Lara" opah memeluk Azim , Airmata berjurai keluar, dia minta sangat supaya Azim setuju dengan keputusannya.
Azim tidak mampu lagi melawan kata kata Opahnya..dia terpaksa setuju dengan apa disuruh.Dia mengangguk kan sahaja apa yang dikatakan opah.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...