BAB 32

367 12 0
                                    

Sejeru pulang dari surau, Azim melangkah masuk ke dalam rumah.Dia tidak sangka Hanim sudah pulang dari Kuala Lumpur."Hanim?bila sampai?" Soal Azim melihat gadis itu sedang asyik menonton televisyen bersama Opah dan Datin Zana.
Hanim mengukir senyuman buat Azim yang baru pulang. Sekian lama tidak melihat Azim hatinya seolah berbunga-bunga.
"Azim! Hanim baru je balik tadi.. lama nya tak jumpa Azim" Pandang gadis itu dengan teruja.

"Azim.. meh duduk sini" pelawa Opah menyuruh Azim duduk bersebelahan dengan nya.
Azim segera berjalan menuju ke arah Opah lalu melabuhkan punggung di sofa.

"Hanim sihat?" Soal Azim dengan ringkas.
Hanim hanya mengangguk mata tidak memandang arah lain.
"Alhamdulilah... Hanim dah bertudung.." senyum Azim melihat perubahan Hanim.

Datang Lara dari bilik, bersembunyi dibalik dinding. Dia mendengar Azim memuji Hanim.Niatnya yang mahu ke ruang tamu terhenti.
"Ooo.. mentang-mentang aku tak pakai tudung... boleh pulak puji perempuan tu.."bisik Lara dalam hati. Dia segera berpatah balik menuju semula ke bilik.

"Mana Lara ?" Soal Azim yang melihat ketiadaan isterinya.Matanya melilau mencari Lara.
"Lara tadi dekat dalam bilik..katanya nak solat Asar" balas Opah.
Azim hanya mengangguk."takpe lah.. Azim nak pergi bilik air sekejap"
Dia segera bangun berjalan menuju ke dapur.Datin Zana jugak turut mahu beredar selepas melihat Azim pergi ke dapur.
"Ermm.. mak.. Zana nak ke dapur kejap ya.. tiba-tiba dahaga"

******

Lara berjalan mudar-madir di dalam biliknya, dia tidak tenang mendengar Azim memuji kecantikan Hanim yang bertudung.
"ishh! tak boleh jadi ni.. semua orang dalam rumah ni.. dah suka dekat dia! entah-entah dia tu tak habis niat jahat dia!.. yang Abang pun gatal sangat! tunggu la kejap lagi" Lara mengetap bibir.

*********

Azim melangkah kaki keluar dari bilik air, dia terkejut melihat Datin Zana berdiri dihadapan pintu." Mama.. terkejut Azim.. ingat siapa tadi.. Mama nak masuk bilik air jugak ke?" Soal Azim.

Datin Zana hanya mengeleng kepala, dia tersenyum melihat Azim yang ada didepan matanya. " Mama suka tengok Azim"
perkataan yang keluar dari mulut Datin Zana membuatkan Azim kehairanan.

"Kenapa Mama suka tengok Azim?" Dia tersenyum sinis.
"Sebabnya.. dulu Mama paling benci kalau ada anak lelaki.. tapi sekarang.. Mama sayang kalau Mama ada lagi anak lelaki"
tangan Datin Zana menyentuh lembut pipi Azim.

Dahi Azim berkerut, dia juga hairan dengan perangai Datin Zana.
"Kenapa ni? Mama ada masalah ke? Azim tak faham langsung apa yang Mama cakap ?"

"Mama.. suka sangat ada menantu yang baik macam Azim..Mama teringin sangat nak peluk Azim.. boleh kan?"
permintaan Datin Zana itu membuatkan Azim terkedu. "peluk?" Soal Azim seolah tidak percaya.
Datin Zana mengangguk." mesti dulu Azim tak pernah langsung dapat kasih sayang dari seorang ibu kan? pelukan dari seorang ibu pun Azim tak pernah dapat kan?" bertubi soalan yang ditanya, airmata Datin Zana tiba sahaja mengalir.

"Mama.. kenapa Mama nangis ni? Ya betul Azim tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu.. tapi dulu Opah lah segalanya, dialah ibu, dialah ayah. Kalau Azim sakit dia mesti jaga Azim dengan menatang minyak yang penuh. Azim teringin nak dapat kasih sayang dan pelukan seorang ibu.. tapi semua tu mimpi" Azim menundukkan wajah.

"Mama.. ni kan ibu Azim..Mama boleh bagi kasih sayang sepenuhnya untuk Azim sebagai seorang ibu.. walaupun Azim anggap Mama ni mak mentua Azim saja"
Datin Zana menghampiri Azim, dia memeluk Azim dengan erat. Airmatanya mengalir tanpa henti.
"seandainya Azim tahu siapa aku.. aku berani jamin Azim mesti benci dekat aku" bisiknya dalam hati. Dakapan erat itu disambut Azim.

Lara yang keluar dari bilik, dia menuju ke dapur.Dia terkaku melihat Mamanya berpelukan, dipikirannya penuh dengan tanda tanya.
" Mama??" panggilan Lara membuatkan Datin Zana cepat- cepat melepaskan pelukan Azim.Dia segera mengesat airmata.
Lara datang mendekati Datin Zana dan Azim."Korang buat apa ni?" Soal Lara dengan kehairanan.

Azim memandang arah Lara." Sayang.. takde apapun.. mama ni..kesian sangat dengan Abang yelah.. Abangkan tak dapat langsung kasih sayang dan pelukan seorang ibu"

"What? pelukan dan kasih sayang? sejak bila pulak Mama.. macamni?" soal Lara.
Tangan Datin Zana memegang tangan Lara."Anak Mama sayang.. Mama cuma kesian kan Azim... tak salahkan Mama peluk Azim.." senyum Datin Zana.

Lara menggelengkan kepala."Apa-apa jelah mama"
Mahu sahaja dia beredar tetapi Azim menarik tangan Lara." sayang okay?"
Lara segera melepaskan tangannya lalu beredar. Datin Zana hanya melihat Lara berbuat demikian pada Azim.
"Lara..." panggil Azim. Tetapi Lara tidak menghiraukan nya dia segera masuk ke bilik.

"Azim.. Mama mintak maaf.. Lara memang macamtu.. Sebabtu lah Mama cakap.. Lara memang tak sesuai dengan Azim.. Mama rasa Azim lebih sesuai kalau dengan Hanim" senyum Datin Zana.

"Apa Mama merepek ni? Lara isteri Azim.. selamani Lara memang buat perangai.. tapi sekarang dia dah okay! Mama jangan risau.. Azim sesuai dengan Lara.. bukan dengan Hanim.. Azim tak faham langsung apa niat Mama..Azim nak pergi pujuk Lara"

"Azim!" panggil Datin Zana lagi. Panggilan itu membuatkan Azim terhenti." kenapa Mama?"

"Mama lebih kenal siapa Lara...percaya cakap Mama suatu hari nanti bahagia yang ada pada Azim dan Lara hilang macamtu je...bendani mesti berlaku!"

Azim menoleh semula ke arah Datin Zana."Apa yang Mama cuba nak sampai kan? Mama nak apa sebenarnya? dari dulu lagi Mama tak bagi dan tak setuju.. Azim Kahwin dengan Lara.. sebab apa? boleh Azim tahu sekarang? Mama tak perlu nak burukkan anak Mama sendiri semata mata nak suruh Azim pisah dengan Lara"

"Mama takut Azim.. Mama takut sangat kamu berdua tak boleh terima bendani" Airmata Datin berjurai lagi.

"Benda apa? apa benda yang Mama sembunyi kan?" Soal Azim yang masih tidak faham dengan perangai Datin Zana.

"Mama nak buatkan air kopi untuk Opah..." Datin Zana segera menuju ke kabinet. Langsung tidak peduli dengan pertanyaan Azim.
"Suatu hari nanti Azim dan Lara akan tahu jugak.. cepat atau lambat.." bisiknya dalam hati

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now