"KAU?!" Sufian terkejut melihat Maria terpacak berdiri di depan pintu rumahnya.
"Long time not see you. Do you miss me?" Tanya Maria tersenyum sinis.
Dia lalu masuk ke rumah Sufian tanpa dipelawa oleh tuan rumah sendiri.
"Kau keluar dari rumah aku sekarang!" Halau Sufian marah.
"Rilekslah, Abang Pian." Selamba Maria duduk di sofa.
"Abang Pian takut duduk berdua-duaan dengan Maria ke? Takut kena tangkap basah? Jangan risaulah.. Pintu tu kita biarkan sahaja terbuka." Maria tunjuk pintu rumah Sufian.
"Lagipun Maria tak naklah kahwin free macam ni. Abang Pian pun bukan taste Maria buat calon suami." Bersahaja Maria mengutuk.
"Aku pun tak inginlah nak buat kau jadi bini!" Bentak Sufian.
"Tetapi dulu Abang Pian cinta mati dengan Maria kan?" Maria menyindir.
"Masa tu aku buta mata, buta hati. Sampai tak nampak wajah sebenar kau. Kalau boleh aku undurkan masa, aku takkan pernah jatuh cinta dengan kau!" Kata Sufian dengan kesal.
Maria tersengih sinis.
"Benda dah berlaku pun. Nak sesal pun tak guna."
Dada Sufian turun naik menahan nafas dek rasa marah.
"Okeylah. Sebenarnya aku datang sini ada hajat." Kata Maria.
Sufian berkerut dahi.
"Aku nak minta wang dua ribu ringgit."
"Gila! Kau ingat aku ni bank kau?!" Bengang Sufian.
"Mana wang yang kau dapat dari Fahrin dan Fadzil dulu?! Dah habis?!"
"Jadi Abang Pian dah tahulah pasal itu?" Tidak pula Maria menunjukkan wajah terkejutnya.
"Aku tak sangka kau ambil kesempatan pada Fahrin!"
"Fahrin yang ambil kesempatan atas Maria!" Sanggah Maria.
"Budak tu yang buat plan. Takkan aku nak lepaskan kerja yang membawa keuntungan kepada aku sendiri?"
"Dasar mata duitan!" Gumam Sufian bengang.
Maria tertawa sinis.
Sufian menyilang tangan.
"Aku tak ada duit nak bagi kau. Tapi aku ada cadangan nak beri pada kau. Apa kata kau gunakan kelebihan kau tu peras ugut orang lain? Ataupun kau buatlah kerja terkutuk kat luar sana. Kau kan memang pakar dalam buat kerja jahat?!" Sindir Sufian sinis.
Maria berketap gigi. Hatinya mula tersentap. Tetapi tiba-tiba dia ada akal untuk mengenakan Sufian semula.
"Good idea! Maria pun terfikir macam tu. Sebenarnya Maria sedang peras ugut Fahrin dan Fadzil untuk dapatkan wang. Tetapi diorang tu degillah Abang Pian. Ini yang buat Maria bertambah bengang! Sudahlah Maria perlukan sangat-sangat wang yang banyak. Sebab tulah Maria terpaksa datang sini nak minta wang dari Abang Pian. Tetapi memandangkan Maria pun tak dapat wang dari Abang Pian, terpaksalah Maria bocorkan perbuatan Fahrin dan Fadzil terhadap Datuk Megat dan.. Siapa nama perempuan tu??" Maria petik jari cuba mengingati sesuatu.
"Ra.. Raesha!" Maria garis senyum sinis.
Sufian mencerlung memandang Maria.
"Tentu akan jadi gosip terhangat kan abang? Keluarga pemilik saham terbesar Syarikat Galaksi Media Berhad mempunyai pergolakkan keluarga. Serta-merta saham syarikat tu akan jatuh. Fahrin dan Fadzil mungkin akan masuk penjara." Maria ketawa jahat.
"Kau jangan berani nak sentuh keluarga itu!" Sufian hala terlunjuk pada Maria.
Maria ketawa terbahak-bahak jahat. Dia melangkah keluar dari rumah Sufian sambil menjeling penuh sinis.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...