Raesha kini dalam penerbangan pulang ke Malaysia. Sudah enam tahun dia tinggal di luar negara mencipta kerjayanya. Membuatkan rindunya pada keluarga dan tanah air semakin memberat. Terbayang-bayang wajah insan-insan kesayangan di mata. Kepulangannya ini di rahsiakan dari pengetahuan keluarganya. Dia mahu membuat kejutan untuk mereka.
"Miss, fasten your seatbelt please?" Teguran pramugari pesawat Malaysia Airlines itu menyentakkan lamunan Raesha.
Senyuman diukir, "Thanks." Ucap Raesha.
Pramugari itu turut membalas dengan senyuman.Kemudian pramugari itu menegur insan di sebelah Raesha yang duduk di tepi tingkap pesawat.
"Mister, fasten your seatbelt please." Arahan serupa permintaan yang sama diajukan pada Raesha tadi.Namun, lelaki itu tidak menyahut. Raesha perasan lelaki di sebelahnya menekap alat pendengaran di telinga, atau lebih dikenali dengan 'earphone'.
Dia ni tak dengar disebabkan benda tu kut? Guman hati Raesha.
Raesha memberanikan diri menegur lelaki di sebelahnya itu demi memudahkan tugas pramugari itu.
Raesha menyentuh bahu lelaki itu dengan hujung terlunjuknya. Lelaki itu tersedar lalu membuka alat yang menekap di telinganya.
"Encik, tali pinggang tempat duduk encik belum disambung lagi." Kata Raesha sambil menunjukkan tali pinggang yang masih terbuka. Raesha dapat meneka dari raut wajah lelaki itu memang orang Malaysia. Bukan pelancong asing.
Lelaki itu kelihatan bingung seketika. Dia mengangguk lambat lalu mengikat tali pinggangnya. Tanpa ucapan terima kasih, lelaki itu lalu memalingkan wajahnya ke tingkap pesawat. Alat tadi kembali ditekap ke telinga.
Pramugari itu pun berlalu memeriksa penumpang yang lain.
Raesha mencebik.
Sombongnya!
***
Kerana terlalu bosan, Raesha menonton drama Korea yang di simpannya dalam gajet iPad jenama Apple miliknya. Fon telinga digunakan untuk menyumbat saluran pendengarannya. Sekarang, dia hanya mendengar audio video yang di tontonnya itu saja.
Di bahagian yang menyentuh hati, Raesha turut bersedih. Bila ada babak yang mencuit hati, ketawa Raesha akan meletus. Bila ada babak-babak yang menyakitkan hatinya, dia akan mengguman sendiri. Dek kerana dia menggunakan fon telinga nya itu, dia tidak sedar bahawa emosinya itu telah menganggu orang di sebelahnya.
Raesha tersentak bila seorang pramugari menegurnya. Dia lantas membuka fon di telinganya.
"Sorry miss, do you want anything to drink it? Something like orange juice or coffee, etc?" Tanya pramugari itu ramah dan ceria.
"Yup. Just give me orange juice." Sahut Raesha turut tidak kurang mesranya.
Pramugari itu angguk berserta senyuman. Dia menghidangkan minuman yang Raesha mahukan.
"Thanks." Ucap Raesha tatkala gelas jus oren sudah terhidang di depan matanya. Namun tiba-tiba lelaki di sebelah Raesha 'merompak' jus oren itu. Mata Raesha membuntang melihat kelakuan lelaki itu terhadapnya. Tanpa rasa bersalah, lelaki itu laju sekali meneguk jus oren Raesha sampai habis. Sekelip mata gelas itu sudah kosong lalu diserahkannya pada pramugari yang turut tergaman. Lagak lelaki itu begitu kehausan seperti baru saja pulang mengembara di seluruh gurun Sahara.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...