TIGA bulan sudah berlalu, Raesha kembali semula ke Malaysia. Kali ini dia berjanji tidak akan merantau lagi di negara orang. Raesha semakin matang. Dia sudah bersedia menghadapi apa-apa masalah yang mendatang.
Raesha memandang ke arah cermin di sebelah kirinya. Pesawat sudah terbang mencecah awan. Dia tiada lagi rasa fobia pada ketinggian. Barangkali kerana selalu menggunakan kapal terbang atas urusan kerja. Kadangkala dia terbang ke Paris, London, Amsterdam, Chicago, Moscow atas urusan kerja.
Raesha melirik pandang ke arah orang yang duduk di sebelah kanannya. Raesha belum sempat bertegur sapa lagi dengan orang itu. Wajahnya hanya bertutup dengan majalah sedari tadi. Raesha naik hairan, takkan baru masuk kabin sudah tidur? Pesawat belum terbang lagi.
"Miss, do you want orange juice or something else for your drink?" Tanya pramugari yang datang tiba-tiba.
"Hmm.. Just orang juice please." Beritahu Raesha ramah.
"Okay mam." Balas pramugari itu turut ramah. Kelihatan pramugari itu seakan mahu bertanya pada lelaki yang berada di sebelah Raesha.
"Hello, sir?" Tapi pertanyaan tidak bersahut.
"Yes?" Lelaki itu menjawab.
Raesha mengenali suara itu. Matanya sudah terjegil dek terkejut.
"What you want drink sir?" Tanyanya sekali lagi.
"I want the same drink as her."
"Okay sir." Pramugari itu berlalu dari situ.
"What are you doing here?" Raesha terkejut.
"Following you."
"But why?"
"Because I miss you. So much!"
Raesha lepas keluh panjang. Marah? Tak. Sebaliknya dia suka.
Raesha mengawal rasa hatinya.
"Kenapa Raesha seksa abang macam ni?"
"Sha buat apa?" Raesha buat muka selamba.
"Bila abang WhatsApp, abang terpaksa tunggu berhari-hari untuk Sha reply. Abang call, Sha malas nak jawab." Getus Datuk Megat tidak puas hati.
"Saja. Sha sibuk." Balasnya selamba. Walhal dalam hati dia rasa nak hambur tawa melihat kerusuhan wajah bekas suaminya itu. Bukan dia sengaja mahu menyeksa, namun dia mahu suaminya sedar bahawa tidak mudah jika ingin memiliki hatinya sekali lagi.
"Sha sengaja nak balas dendam kan?" Datuk Megat menduga.
"Abang boleh anggap macam tu."
Datuk Megat lepas keluh.
"Betullah apa yang Zil cakap. Sha sengaja nak jual mahal dengan abang kali ini."
Raesha tidak menjawab.
"Sha memang sengaja nak seksa abang. Mungkin Sha dah tak sayang lagi?"
"Siapa cakap?" Laju Raesha membalas.
"Jadi Sha masih sayang kan?" Datuk Megat sudah senyum.
Raesha mengemab bibir.
"Raesha Karmila, sudi tak jadi suri hati saya untuk sekali lagi? Tak, abang mahu Sha jadi suri hati abang buat selama-lamanya.
"Abang kenalah tanya ayah dulu."
"Awal-awal lagi abang dah tanya ayah."
Raesha kerut dahi.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
De TodoPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...