Bab 79

753 62 1
                                    

DATUK Megat merenung lama ke arah potret lukisan itu. Dia teringat pada perbualannya dengan Raesha semalam.

"TERIMA kasih, Sha. Sha sudah tolong abang tengok-tengokkan keadaan adik. Walaupun Sha sibuk kena jaga ayah juga." Kata Datuk Megat.

"Tak susah manapun abang. Lagipun ayah dan adik sama-sama admit kat hospital ini. Jadi tak susah untuk Sha tengok-tengokkan adik sekejap." Kata Raesha.

Kedua-dua pasangan itu kelihatan agak janggal terhadap satu sama lain. Raesha dan Datuk Megat berjalan mengiringi Fitri dan Puan Hajah Fatimah yang berada di hadapan. Fahrin dan Firash turut ada sekali menjemput Fitri pulang.

Nadim sudah menunggu di tempat parkir.

"Apa khabar Cik Fitri. Tahniah sebab Cik Fitri sudah sihat." Sapa Nadim ramah pada anak majikkannya itu.

"Terima kasih Abang Nadim." Ucap Fitri turut beramah mesra dengan pekerja mereka itu.

Datuk Megat lalu mengangkat tubuh kecil Fitri lalu didudukkan pada kerusi kereta Vellfire itu.

"Adik balik dulu dengan Abang Nadim, along, alang dan tuk ummi iya? Papa ada urusan di syarikat sebentar." Kata Datuk Megat.

Fitri angguk kepala tanda faham gamaknya.

"Mommy Sha ikut adik balik ke rumah kan?" Tanya Fitri polos.

Raesha terkelu lidah. Dia tidak tahu mahu memberi respon apa pada Fitri.

"Mommy Sha akan balik, tapi bukan sekarang. Kan.., mommy?" Hujung ayat Fahrin itu perlahan dituturnya. Dia memberi pandangan mendalam pada Raesha itu.

Hati Raesha berasa tersentuh. Dia tahu Fahrin sudah mula menerima dirinya sebagai ibu tiri mereka. Tetapi dia cuba mengawal hatinya daripada terus hanyut pada perasaannya itu.

Datuk Megat turut terdiam.

Puan Hajah Fatimah mendengus kecil. Hatinya turut sebak. Apakah yang akan dijelaskan pada cucu-cucunya itu nanti tentang status hubungan anak dan menantunya itu. Ibarat rumah tangga mereka sudah retak menanti belah.

"Sha, ummi balik dulu iya?" Puan Hajah Fatimah minta pamit dari menantunya. Dia mencelah pertanyaan cucunya itu dari terus membuatkan menantunya itu berasa serba-salah untuk menjawab.

Raesha angguk kepala. Dia lalu mencapai tangan ibu mertuanya itu disalam penuh hormat.

"Along, cepat masuk kereta. Alang pun sama. Kesian adik tu. Cepat sampai rumah, lagi cepat adik berehat." Kata Puan Hajah Fatimah.

"Adik, along, alang.. Esok mommy akan pergi ke rumah. Hari ini mommy ada kerja yang perlu dibuat." Kata Raesha.

"Kenapa mommy tak boleh balik hari ini? Banyak sangat ke kerja mommy tu? Mommy Sha pun dah jadi macam papa ke? Kuat berkerja?" Soal Fitri naif.

Datuk Megat dan Raesha berpandangan. Mereka berdua sama-sama kelu lidah untuk menjawab.

"Mommy Sha adik kan sudah lama bercuti dari bekerja dengan Aunty Carla. Tentu banyak sekali kerja yang mommy perlu uruskan dulu sebelum kembali ke rumah kita kan?" Puan Hajah Fatimah mencelah.

Raesha cuba mengawal riak wajahnya.

Datuk Megat menghampiri anak bongsunya itu.

"Lagipun tok ayah kan masih sakit. Mommy perlu ada selalu bersama dengan tok ayah, untuk jaga tok ayah.." Datuk Megat cuba membuatkan anak bongsunya itu faham.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now