Bab 48

3.4K 146 4
                                    

"APA?!" Datuk Megat lantas berdiri dek rasa terkejut mendengar berita yang disampaikan kepadanya melalui telefon.

"Ada apa Datuk?" Tanya Dayana bimbang selepas Datuk Megat menamatkan talian.

"Cik Dayana, I kena pergi ke sekolah Fahrin dan Firliya sekarang." Datuk Megat lalu mengambil sut hitamnya yang diletakkan atas kerusi kerjanya. Briefcase lalu dicapainya.

"Habis, perbincangan kita dengan Encik Fadzil sebentar lagi?" Tanya Dayana mula berasa risau.

"Ini lebih penting lagi. I percaya you dan Zil boleh uruskan." Datuk Megat terus menapak keluar dari bilik  meninggalkan Dayana yang sedang terkebil-kebil sendiri.

"Ya ALLAH. Habislah aku terpaksa menghadap amukkan dari Encik Fadzil sebentar lagi." Dayana mengusap wajahnya yang keresahan itu.

Tiba-tiba Fadzil masuk ke bilik mesyuarat kecil dengan wajah marah.

"Dayana, I nampak Datuk Megat tadi pergi dengan keadaan tergesa-gesa. Dia nak pergi ke mana? Sampaikan I panggil dia pun dia langsung tak menoleh kepada I! Dia tak tahu ke yang kita bertiga nak bincang pasal plan kerja baru untuk syarikat ini?!" Tanya Fadzil dengan nada membentak.

"Sorry Encik Fadzil. I dah remind kan dia tadi masa dia tergesa-gesa nak keluar selepas menerima panggilan dari sekolah anak-anak kembarnya itu. Dia kata bahawa dia ada hal yang lebih mustahak lagi." Beritahu Dayana. Sekolah Fahrin dan Firliya adalah sekolah private. Tidak sama dengan sekolah Firash yang bersekolah di sekolah kerajaan.

"Tak habis-habis kerana masalah keluarganya! Aku tahulah dia tu nak jadi ketua keluarga yang baik. Tapi jangan sampai susahkan aku!" Bentak Fadzil seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.

"Tolonglah, Encik Zil. Bila rasa nak marah-marah, cubalah bawa bertenang dan beristighfar dulu. Dengan kesabaran dalam kiraan beberapa saat saja, boleh menghalang hati kita dari membuat atau menuturkan kata yang tidak baik." Dayana berani menegur Fadzil. Dia betul-betul sudah berasa bosan melayan perangai 'hantu' Fadzil itu. Asyik nak orang ikut kata dia aje! Langsung tiada sikap toleransi di dalam diri Fadzil itu.

"Wow, you nak mengajar I ke apa ni? Eh, lelaki yang you cinta itu yang salah sekarang ni tau tak? Bukan I!" Herdik Fadzil.

"Ini bukan masalah siapa yang betul atau siapa yang salah. I menegur Encik Zil sebab I dah bosan dengan perangai Encik Zil ni! Asyik nak mengamuk aje kerjanya!" Jelas Dayana dengan nada geram.

"Oh, kalau dengan aku, semuanya salah! Hanya Fattah itu yang betul pada you kan?! Mentang-mentanglah you pernah ada hati dengan dia dulu.." Kata Fadzil tergelak sinis.

Hati Dayana lantas tersentap.

"Shut up, Encik Fadzil! Encik Fadzil tak perlu nak ungkit perasaan I yang dulu itu. Encik Fadzil nak semua orang dengar ke tentang apa yang Encik Zil katakan ini?!" Dayana turut membentak. Dia sudah tidak tahan lagi melayan perangai Fadzil itu. Semakin hari, sikap Fadzil semakin melampau terhadapnya!

Fadzil jadi terkedu melihat amarah Dayana.

"Cik Dayana. Zil.."

Fadzil dan Dayana sama-sama berpaling ke arah suara yang mencelah tiba-tiba.

"Da-Datuk?" Dayana tergagap jadinya.

"Fattah? Bukankah kau..." Fadzil berasa hairan serta bimbang melihat kemunculan tiba-tiba sepupunya itu ketika dia dan Dayana sedang bertengkar.

"Aku nak cari kunci kereta yang tercicir dari briefcase aku tadi." Balas Datuk Megat perlahan. Dari gaya wajahnya, dia seakan sedang terkejut.

Dayana diserang rasa bimbang dan malu. Dia dapat merasakan Datuk Megat telah mendengar kata-kata Fadzil tadi.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now