DATUK Megat menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk ke rumah banglo miliknya. Nadim turut mengikutinya dari belakang.
Ketika Datuk Megat sampai di ruang tamu, Dayana dan keluarga Datuk Megat sudah berkumpul di ruang tamu menunggunya.
"Ummi." Panggil Datuk Megat perlahan. Matanya berbalas pandang dengan Dayana. Wajah Dayana kelihatan gelisah.
"Kamu pergi mana tadi?" Soal Puan Hajjah Fatimah cuba mengawal nada suaranya.
"Saya tadi pergi jumpa dengan Raesha Karmila." Jawab Datuk Megat jujur.
"Raesha Karmila? Siapa dia?" Puan Hajjah Fatimah berkerut dahi.
"Perempuan yang ada pada gambar dalam artikel berita itu."
Puan Hajjah Fatimah menghela nafas panjang.
"Macam mana Fattah boleh kenal dia?? Betulkah dia itu ialah perempuan simpanan Fattah??!" Tanya Puan Hajjah Fatimah keras.
"Pasti itu perempuan simpanan papa, Tuk Ummi. Patutlah selama ini sibuk memanjang, rupanya ada simpanan yang kena dijaga kat luar sana!" Sampuk Fahrin geram.
"Along!!" Bentak Datuk Megat tiba-tiba. Semua yang ada turut terkejut bila mendengar Datuk Megat meninggikan suaranya pada Fahrin.
"Walaupun along tak suka papa, tak bermakna along boleh bercakap biadap dengan papa! And you don't forget that, I'm still your father." Datuk Megat sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi.
Fahrin lantas terdiam. Rasa gerun melihat kemarahan ayahnya. Namun dalam hatinya semakin berdendam.
"Fattah.." Seru Puan Hajjah Fatimah seakan tidak percaya melihat amarah anaknya itu.
"Stop it, ummi. Sekarang mood Fattah tak berapa baik. Esok kita bincangkan hal ini." Tutur Fattah lemah.
Datuk Megat lalu menapak naik ke tangga. Meninggalkan keluarganya yang keadaan masih terpinga-pinga atas kelakuannya tadi.
"NADIM, kamu tahu pasal hal ini?" Tanya Puan Hajjah Fatimah kepada Nadim.
Nadim menjadi serba-salah. Layakkah dia untuk menceritakan hal sebenarnya?
"Puan Hajjah, sebaiknya Puan Hajjah bertanya sendiri kepada Datuk." Balas Nadim.
Puan Hajjah Fatimah merengus.
"Jawapan kamu ni sama aje dengan Dayana. Susah sangat untuk kamu berdua ceritakan tentang apa yang berlaku??" Kata Puan Hajjah Fatimah geram.
Nadim mahupun Dayana, kedua-duanya membisu. Mereka hanya menundukkan wajah. Tidak berani bertentangan mata dengan Puan Hajjah Fatimah.
"Sudahlah! Kamu berdua boleh balik sekarang." Puan Hajjah Fatimah sudah mengalah. Korek rahsia Datuk Megat dari Dayana dan Nadim hanya sia-sia. Kerana mereka berdua itu adalah pekerja yang sungguh setia berkhidmat dengan Datuk Megat.
MATA Raesha sudah bengkak kerana menangis sedari tadi. Sejak tengahmalam tadi, Encik Rahman masih tidak sedarkan diri.
"Kenapa ayah tak sedar-sedar jugak, Syura?" Gumam Raesha sambil tersedu-sedan.
"Kak, jom kita balik. Akak kena bersihkan diri dulu. Dari malam tadi, akak menangis tak berhenti. Tak boleh macam ni kak." Kata Asyura lembut. Dia turut berduka. Melihat bapa saudaranya yang masih tidak sedarkan diri, ditambahkan lagi melihat kakak sepupunya itu tidak berhenti bersedih. Beberapa kali dia dan Izham memujuk, namun pujukkan itu tidak dapat menenangkan hati Raesha yang sedang dirundung gundah.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
AltelePertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...