"Mana korang letak mata, hah?! Aku yang besar macam ni korang boleh tak nampak?! Lainlah kalau aku kecik macam korang berdua tu!" Herdikan Fadzil itu membuatkan Fattah mendekati sepupunya yang sedang memarahi dua orang budak perempuan yang kelihatan berusia dalam lingkungan 7 atau 8 tahun.
"Zil, kenapa ni?" Tanya Fattah pada sepupunya itu. Fattah melihat reaksi wajah dua orang budak perempuan itu. Seorang kelihatan mengigil ketakutan akan kemarahan Fadzil. Yang seorang lagi kelihatan bersahaja. Tenang.
"Budak-budak ni langgar aku dengan basikal cabuk diorang ni. Dahlah cabuk, si pembawanya buta pula tu! Aku yang besar ni pun boleh tak nampak!" Marah Fadzil. Wajahnya masih menyinga. Betul-betul sekecil semut aje dia melihat dua budak perempuan di hadapannya ini. Pagi-pagi lagi menambahkan rasa sakit hatinya.
Kerana dia rasa geram dengan daddy nya tadi, dia lalu meninggalkan homestay tempat penginapan mereka sekeluarga untuk keluar berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di kawasan kampung. Berharap dapat mendinginkan sikit hatinya yang panas.
Entah kenapa, daddy nya selalu saja membandingkan dia dan Fattah. Fattah saja yang selalu didahulukan. Sedangkan dia adalah anak kandung. Manakala, Fattah sekadar anak saudara daddy nya saja."Hoii! Abang tu kalau bercakap boleh cakap bahasa baik sikit tak? Kan saya dan kawan saya ni dah minta maaf pada abang tadi? Yang abang masih nak marah macam orang tak betul ni, apasal?!" Fadzil tersentak dari lamunannya. Fadzil melihat budak perempuan yang berani membentaknya itu.
"Hei budak! Berani kau tinggikan suara pada aku, ya? Aku ni tua dari kau, sepatutnya kau belajar hormat orang sikit! Kat sekolah tak belajar moral ya? Kalau kat rumah, mak bapak tak ajar ke?!" Hambur Fadzil. Bengang!
"Kau! Sebelum kau nak orang hormat kau, belajar dulu macam mana nak orang lain!" Hilang sudah bahasa abang-saya tadi.
Budak perempuan itu mendekati Fadzil dan Fattah yang berdiri lebih tinggi darinya. Dia mendongak ke atas sambil menghala telunjuknya pada Fadzil.
Kawannya yang berdiri di belakangnya turut menapak maju ke hadapan mengikutinya."Ila, dahlah tu. Jom kita balik." Ajak sahabatnya itu dengan wajah yang gusar. Dia menarik-narik lengan sahabatnya yang bernama Ila itu. Namun Ila menyentap tangannya.
"Wawa, aku takkan balik selagi aku tak puas sekolah lelaki ni." Tukas Ila.
Fattah yang mendengar tergaman. Kecik-kecik cili api betul budak ni!Fadzil hanya senyum senget aje. Rasa kelakar pula melihat 'keberanian' budak yang belum cukup protein ni.
"Hei cik adik. Abang ni dah puas sekolah, tau tak. SPM pun baru dah tamat. Ada hati pulak budak sekolah rendah ni nak sekolahkan aku." Gelak Fadzil dengan sinis.
Fattah semakin merasa tidak sedap hati. Pertengkaran antara insan-insan yang belum cukup matang ni harus dihentikan. Kang tak pasal-pasal kecoh satu kampung ni! Sudahlah mereka satu keluarga datang sini hanya untuk bercuti, mencari ketenangan dengan luangkan masa bersama. Bukannya mencari gaduh seperti apa yang Fadzil sedang buat saat ni.
"Zil, sudahlah tu. Tak elok. Lebih baik kita blah sekarang. Kau jangan lupa, kita ni datang kat kampung orang. So, sikap tu jaga sikit." Fattah menasihati sepupunya. Walaupun dia tidak pasti samada nasihatnya itu diterima atau tidak. Tapi dia harus mengheret Fadzil beredar dari situasi yang sudah tegang semacam.
"Kau jangan nak masuk campurlah! Disebabkan kau, aku kena terserempak dengan budak tak cukup zat besi ni! Kurang protein!" Marah Fadzil.
Fattah menghela nafas. Dia tahu memang kerana dia Fadzil lari keluar dari homestay. Tanpa sengaja, Fattah terdengar Fadzil dan pak ngahnya bergaduh kecil. Walaupun keseluruhan cerita dia tidak berapa tahu, tapi Fattah yakin dialah penyebabnya. Apalagi bila terdengar namanya disebut-sebut dua beranak itu. Melihat Fadzil berlari keluar dari bilik pak ngahnya, dia lalu mengekori Fadzil. Namun, seketika Fadzil hilang jejak. Sehinggalah dia terdengar bunyi herdikkan Fadzil pada budak-budak perempuan itu.
"Sesuka hati aje kau kategori kan kami ni budak tak cukup protein lah, budak tak cukup zat besi lah. Ingat ini piramid permakanan ke smpai dikategorikan bagai?! Kau ingat kau tu dah cukup segala sumber zat permakanan ke? Bercakap macamlah dia bijak sangat! Aku ingat otak dinasour aje yang kecil seperti kacang. Ternyata ada yang lebih kecik lagi! Contohnya, inilah! Perasan bagus tahap KLCC!" Sedas yang diberi budak perempuan yang bernama Ila itu. Langsung tak mahu mengalah, tak padan dengan tubuhnya yang kecil itu!
Entah apa yang kau mengarut ni, Ila. Guman Ila di hati.
Fattah yang mendengar rasa nak tergelak. Namun ditahankan saja rasa yang mahu menghamburkan ketawa sekarang ini juga.
Fadzil membesarkan matanya. Nasib baiklah hatinya masih baik lagi. Kalau tak, memang dah ditangan-tangankannya budak yang terlalu cerdik ni! Matanya meliar mencari kalau-kalau ada ternampak pohon cili yang ditanam tepi jalan. Mahu dipetik sebanyak mungkin kemudian sumbatkan ke dalam mulut budak yang seperti peluru berpandu itu!
"Wa, jom kita balik! Sekarang barulah aku puas. Puas buktikan pada orang ni yang kat sekolah kita memang tak belajar moral. Tak macam orang tu yang belajar moral sampai SPM!" Sindir Ila. Berani! Melihat wajah merah padam lelaki di hadapannya, Ila lalu putuskan untuk beredar. Gila nak teruskan lagi serangan! Walaupun mulutnya nampak berani, tapi hadnya tetap ada. Kalau lelaki ini tak mulakan dulu, dia takkan balas balik. Berkali-kali dia dan sahabatnya memohon maaf, tapi lelaki itu masih juga mengherdik dan memarahi mereka.
Ila dan sahabatnya bernama Wawa itu lalu lantas meninggalkan dua remaja lelaki yang berbeza karektor di situ. Seorang nampak macam baik aje, bercakap dengan bahasa sopan. Manakala seorang pula perangainya serupa alien! Entah datang dari planet mana hingga sesat ke bumi!
"Eeii.. Budak-budak tu besar kecik, besar kecik aje aku tengok! Nasib baik sekarang ni berada kat kampung kau! Cubalah datang tempat aku, tahulah aku cara nak sekolahkan budak-budak yang tak cukup kalsium tu!!" Guman Fadzil geram. Kumpulan zat permakanan dibawa lagi.
Fattah menggelengkan kepala. Tidak suka akan kata-kata Fadzil sebentar tadi. Dengan budak kecik pun Fadzil bercakap macam gangster. Fattah teringat kembali kata-kata budak perempuan itu tadi.
'Aku ingat otak dinasour aje yang kecil seperti kacang. Ternyata ada yang lebih kecik lagi!'
Dalam diam, bibir Fattah mengorak senyuman.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...