WAKTU subuh semakin hampir. Namun mata Raesha masih belum lelap lagi. Ke kanan dan ke kiri dia memusingkan badannya. Nafas dihela panjang.
"Bila awak nak tidur ni?" Satu suara menyentakkan Raesha.
Raesha bangun dari baring dan perlahan-lahan mengensot punggungnya ke birai katil. Kepala dijengukkan ke bawah. Datuk Megat sedang baring mengiring di atas lantai yang beralaskan karpet tebal.
"Awak belum tidur lagi?" Tanya Raesha.
"Hmm.." Balas Datuk Megat malas. Matanya masih terpejam sambil tangan bersilang memeluk dada.
Dia sejuk ke? Bisik hati Raesha.
"Macam mana saya nak tidur kalau asyik dengar awak buat bising kat atas tu." Tambahnya lagi dengan selamba.
Raesha menjuih bibir mendengar kata-kata Datuk Megat itu.
"Awak tak sejuk ke? Mustahillah kan.. Sebab saya tengok awak silang tangan ke dada, confirm awak sedang sejuk. Kalau sejuk, kenapa tak guna comforter?" Tanya Raesha perlahan.
Datuk Megat membuka mata lalu memandang Raesha.
"Bilik saya tak simpan spare comforter.. Lagipun kalau saya nak guna selimut yang lain, saya kena tanya Mak Yam atau ummi. Kalau saya tanya dia orang, nanti kantoilah kita tak tidur sekatil." Kata Datuk Megat.
Betul jugak tu.. Desis hatinya. Dia menggaru pelipis yang tidak gatal sambil tersengih.
"Awak okey ke tidur kat bawah tu? Kalau awak sejuk, awak boleh ambil comforter saya ni." Tawar Raesha ikhlas.
Datuk Megat bangun dari baringnya. Dia melepaskan keluhan kecil memandang muka polos Raesha. Bibirnya mengukir senyum.
"Kalau saya pakai tu, habis awak nak pakai apa?" Tanya Datuk Megat pulak.
"Awak pakailah. Saya tak kisah." Jawab Raesha dengan bersungguh.
"Tapi saya kisah. Sudahlah. Awak pakailah comforter tu. Kalau saya sejuk, pandailah saya naikkan sedikit suhu penghawa dingin tu nanti." Kata Datuk Megat. Dia merebahkan kembali badannya di tempat dia berbaring tadi. Matanya dipejamkan semula.
Raesha mengeluh kecil. Terbit rasa bersalah di hati.
"Awak boleh mengantuk ke kalau tengok muka saya lama-lama?" Tanya Datuk Megat yang masih perasan Raesha sedang merenungnya lama.
"Awak.." Seru Raesha.
"Hmm.." Balas Datuk Megat lemah.
Geram jugak dia pada Raesha. Kerana Raesha, tidurnya terganggu. Timbul rasa pelik dalam diri Datuk Megat, Raesha tu tak reti penat ke? Sudahlah seharian suntuk mereka sibuk dengan majlis perkahwinan mereka. Walaupun majlis itu tidaklah semegah mana, tapi kerana ramai tetamu yang hadir telah memeriahkan lagi suasana di majlis perkahwinan mereka.
"Saya takutlah awak."
Datuk Megat membuka mata kembali. Nafas dihembus panjang. Penat layan karenah Raesha.
"Takut? Awak nak takut apa? Bilik ni bukannya ada hantu pun." Balas Datuk Megat geram.
"Saya bukannya takutkan hantu." Jawab Raesha.
"Habis tu? Apa yang awak takutkan? Saya ke?" Datuk Megat tergelak kecil.
"Kalau awak takutkan saya, baik lupakan saja apa yang awak fikirkan itu."
"Bukan itu yang saya takutkan!"
"Apalah dia ni! Boleh ke situ pulak anggapannya.."Gerutu Raesha perlahan.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
LosowePertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...