BAB 58

1.7K 78 4
                                    

RAESHA termenung sendiri di bawah rumah. Kata-kata pak su nya tadi masih terngiang-ngiang di kepalanya.

"KENAPA Ila tak ikut suami balik sekali tadi?" Tanya Encik Ghazali.

"Nak ikut buat apa? Dia sendiri tak ajak. Takkanlah Ila nak terhegeh-hegeh minta ikut dia pulang."Balas Raesha sambil muncung mulut. Pinggan yang dipakai untuk makan tengahari tadi berulang-kali dia mencuci.

Encik Ghazali perasan akan perbuatan Raesha itu. Dia tergeleng kepala sendiri.

"Kalau sayang tu, jangan nak jual mahal sangatlah. Kira bagus suami Ila tu sanggup datang sini pujuk Ila dan anak-anak dia." Kata Encik Ghazali.

Tangan Raesha yang sibuk mencuci pinggan itu lantas berhenti.

Dia menoleh ke arah pak sunya yang sedang meneguk air sambil memandang dirinya.

"Pak su tahu?" Soal Raesha dengan dahi berkerut.

Encik Ghazali angguk kepala. Gelas yang sudah kosong itu diletakkan atas meja.

"Pak su dah tahu semuanya.. Bukan setakat cerita kenapa Ila dan anak-anak tiri Ila itu datang ke sini. Termasuk rahsia perkahwinan Ila dan Fattah. Dia dah ceritakan semuanya kepada pak su." Beritahu Encik Ghazali dengan nada rendah. Barangkali dia tidak mahu ibunya, Puan Ainon mendengar perbualan antara dia dan Raesha.

Raesha kemab bibir. Dia tertunduk malu pada bapa saudaranya itu.

" Maafkan Ila, pak su. Ila tak berniat pun nak tipu semua orang. Ila terpaksa simpan rahsia ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Lagipun Ila tahu kalau nenek mengetahui sebab sebenar Ila berkahwin dengan Abang Fattah, dia pasti akan bangkang dengan sekeras-kerasnya. Ila beri alasan berkahwin dengan Abang Fattah kerana cinta pun nenek tak restu. Apatah lagi kalau dia tahu Ila berkahwin sebab mahu tutup aib keluarga. "Jelas Raesha.

Encik Ghazali menghela panjang.

"Sudah pastilah nenek Ila itu akan bangkang. Dia tak mahu cucunya berkahwin kerana terpaksa. Apatah lagi Ila perlu menjadi ibu segera kepada anak-anak tiri Ila yang ramai itu."

"Tapi Ila tak menyesal, pak su. Ila langsung tak rasa terbeban dengan perkahwinan ini. Ila ikhlas pada Abang Fattah dan anak-anak tiri Ila tu. Ila turut bersyukur kerana Abang Fattah sudi kahwin dengan Ila untuk selamatkan maruah Ila pada masa tu. Padahal dia boleh saja lepaskan tanggungjawabnya itu dan biarkan Ila tanggung malu sendiri. Tapi dia tak, pak su. Malahan dia sudi mengahwini Ila walaupun pada masa itu dia kena khianati cintanya terhadap arwah Kak Fasihah. Dia juga kena hadapi kemarahan anak-anaknya." Kata Raesha dengan nada sebak.

Encik Ghazali tumpang simpati. Dia lalu menepuk bahu Raesha supaya anak saudaranya itu berasa sedikit tenang.

" Nasib baiklah Ila tak beritahu kepada kami. Kalau tak, tentu pak su takkan setuju. Lebih-lebih lagi nenek Ila tu. Tapi apabila pak su tengok kehidupan Ila sekarang ni, tiada sebab untuk pak su marah pada Ila dan Fattah. Fattah sekeluarga dah buat Ila bahagia masuk ke dalam keluarga mereka, kan? "

Raesha angguk kepala perlahan sambil tangan mengesat air matanya.

" Itu dah cukup buat pak su. "Balas Encik Ghazali berserta senyuman lega.

" Kerana itulah pak su mahu menasihatkan Ila sekarang ni. "

Raesha kerut kening.

" Maafkanlah Fattah tu.. Orang yang sedang dalam keadaan marah ni, kekadang dia tidak berniat pun nak sakiti hati orang-orang yang dia sayang." Kata Encik Ghazali.

Raesha berdiam sahaja.

" Kalau kita menyayangi seseorang, kita kena belajar untuk memaafkan orang yang kita sayang juga. Tiada yang sempurna dalam dunia ini, Ila. Selain ALLAH S. W. T.. Kalau Ila belajar untuk sayang suami dan anak-anak tiri Ila itu, Ila kenalah belajar untuk memaafkan mereka jika mereka ada berbuat salah pada Ila. " Nasihat Encik Ghazali kepada anak saudaranya itu.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now