Bab 72

1.1K 79 3
                                    

FADZIL termenung jauh. Dia teringat pada perbualannya dengan Datuk Megat tadi.

"Zil. Aku ada plan." Beritahu Datuk Megat.

"Apa plan kau?" Tanya Fadzil.

"Biar aku yang pergi berjumpa dengan Maria."

"Kau gila?! Maria bukan sebarangan orang yang kau mudah nak uruskan!"

"Aku tak boleh biarkan dia tahan adik macam tu, Zil!" Datuk Megat mengusap wajah sunggulnya.

"Aku sudah tengok video live IG Maria yang sudah tular tu. Dia kata, kau culik dia kerana mahu ugut dia supaya tidak bocorkan rahsia korang yang dulu tu kan ?" Tanya Datuk Megat.

Fadzil terdiam di talian. Hanya kedengaran nafasnya yang merengus perlahan.

"Kenapa kau kena buat macam tu pada dia, Zil? Kau tahukan perbuatan menculik adalah jenayah. Sama seperti Maria menculik adik!"

"Maafkan aku, Fattah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku tak ada pilihan. Maria asyik call ugut aku dan Along Rin. Apabila aku nak ajak dia berjumpa secara berhadapan, dia selalu mengelak memberi alasan. Aku tahu, sebenarnya dia tidak mahu membuat sebarang rundingan dengan aku dan along. Dia hanya nak wang sahaja! Sampai bila aku dan along nak tutup mulut dia dengan wang?!" Kata Fadzil sesal.

"Sebab itu kau nak menculik dan ugut Maria?! Zil, bukan itu caranya nak kawal Maria. Aku tahu kau seorang yang panas baran. Aku tak ingin kau menerima kesan yang buruk atas sikap tidak sabar kau tu. Contohnya, sekarang ni. Maria semakin berdendam dengan kau dan along! Sampai dia menculik adik! Lepas ni, siapa lagi yang dia akan ancam demi nak lunaskan dendam dia?!" Datuk Megat tak suka sikap terburu-buru Fadzil itu.

Fadzil berdiam. Tidak pula dia membantah teguran Datuk Megat itu.

"Zil, biar aku yang pergi jumpa dengan Maria." Putus Datuk Megat.

"Jangan, Fattah! Maria itu berbahaya!"

"Kalau aku biarkan kau pergi selamatkan adik, itu lebih meletakkan korang berdua dalam bahaya! Aku risau kau tak boleh tahan hati apabila berdepan dengan dia." Kata Datuk Megat.

Fadzil merengus sahaja. Tidak pula dia mahu menyanggah kata-kata Datuk Megat itu seperti kebiasaannya.

"Jadi, apa yang aku perlu buat pula?"

Datuk Megat tidak menjawab. Dia mendengus kecil.

"Kau tak boleh sisihkan aku dalam plan kau ni, Fattah. Kau ingat aku akan biarkan kau seorang-seorang pergi bersemuka dengan Maria tu? Maria tu seorang psychopath! Dia boleh buat macam-macam pada kau dan adik!" Kata Fadzil berasa bimbang.

"Kalau macam tu, kau selamatkanlah aku nanti." Balas Datuk Megat.

Fadzil terjeda di talian.

"Zil, aku percayakan kau. Kau lebih tahu apa yang kau akan buat kan?" Tutur Datuk Megat lalu garis senyum tipis.

"ABANG!" Panggilan Fazira menyentakkan lamunan Fadzil. Mata Fadzil melilau mencari kelibat orang yang memanggilnya di dalam balai polis itu.

"Faz?"

Fazira berlari anak mendapatkan Fadzil.

"Abang tak apa-apa?" Tanya Fazira dengan wajah bimbang.

Fadzil menggeleng kepala.

"Faz terkejut betul apabila mendapat panggilan mengatakan abang berada di balai polis." Beritahu Fazira.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now