"ISHH, mana pak cik kau ni hah?!" Tanya Maria pada Fitri dengan nada yang bengang.
Fitri yang sedang diikat tangan ke belakang dan mulut ditampal dengan pita pelekat itu hanya menjengil matanya pada Maria.
"Eh, apasal kau tak jawab?!" Bentak Maria sambil menepuk bahu Fitri yang duduk di kerusi itu.
'Otak kakak jahat ni elok ke tidak? Macam mana saya nak jawab kalau mulut kena tampal macam ni?' Omel Fitri di hatinya.
Maria mendail nombor Fadzil. Tetapi panggilan masuknya tidak diangkat oleh Fadzil. Maria menjadi bertambah geram. Terasa ingin dicampak telefonnya itu ke lantai.
Maria lalu menarik rambut Fitri kasar.
"Kau dengar sini ye? Kalau sejam lagi abang ataupun pak cik kau tu tak sampai, aku akan buat mereka berdua menyesal! Caranya adalah aku akan bunuh kau!" Ugut Maria seperti orang hilang sifat kewarasannya.
Fitri mula menangis kerana rasa sakit diperlakukan kasar oleh Maria.
"Kau jangan apa-apakan dia!" Tengking satu suara yang datang tiba-tiba.
Maria dan Fitri berpaling ke arah suara itu.
'Papa?' Fitri gembira melihat papanya.
"Kau siapa? Macam mana kau.. kau tahu tempat ini?!" Maria sedikit gementar. Matanya melilau melihat keadaan di sekeliling kilang lama itu. Bimbang jika ada orang lain selain dari mereka bertiga.
"Kau jangan risau. Hanya kita bertiga sahaja di tempat ini." Kata Datuk Megat yang seakan tahu keresahan di hati Maria.
"Kau siapa hah?!" Jerit Maria. Dia lalu mengacukan sepucuk pistol kepada Fitri. Maria mendapat pistol itu dari salah seorang samseng yang menangkapnya pada tempoh hari.
"Tidak! Jangan apa-apakan anak aku." Rayu Datuk Megat.
"Anak?" Maria berkerut dahi.
"Iya. Fitri adalah anak aku. Kau masih ingat aku kan? Beberapa bulan yang lalu, kau yang taruh ubat tidur dalam minuman aku dan Raesha." Kata Datuk Megat. Dia berketap gigi menahan geram apabila teringat perbuatan jahat Maria itu.
"Oh.." Maria ketawa.
"Jadi kau ni ayah kandung kepada Fahrin dan sepupu kepada Fadzil kan?" Tanya Maria.
Datuk Megat angguk kepala lalu lepaskan keluhannya. Dia cuba mengawal hatinya untuk berdepan dengan Maria.
"Mana sepupu tak guna kau tu?! Kenapa bukan dia yang datang?! Dasar lelaki pengecut!" Getus Maria marah.
"Aku yang tak bagi dia ikut sekali! Kerana aku tahu kebaranannya itu takkan mampu buat kau lepaskan anak aku." Kata Datuk Megat.
"Kau yakin aku akan lepaskan anak kau ni?" Tanya Maria lalu menarik rambut Fitri.
Fitri mengerang kesakitan.
"Jangan sakiti anak aku!" Bentak Datuk Megat. Matanya sudah kemerahan memandang Maria.
"Kalau kau nak anak kau ni selamat, kau berikan duit pada aku!" Tengking Maria.
"Okey, okey! Aku ada bawa sejumlah wang yang kau mahukan!" Datuk Megat menunjukkan beg bimbit di tangannya.
"Dalam ini ada empat ratus ribu ringgit." Datuk Megat membuka beg bimbit yang agak besar itu di hadapan Maria.
Mata Maria terbeliak besar melihat wang kertas yang banyak itu.
"Wang pendahuluan, Fadzil telah memberikan kau seratus ribu ringgit kan? Kiranya sekarang aku hanya mencukupkan jumlah wang seperti yang korang deal dulu." Kata Datuk Megat.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
LosowePertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...