Bab 61

1.1K 71 1
                                    

"UNCLE Zil!"

Fadzil yang baru keluar dari Syarikat Galaksi Media Berhad lalu menoleh kepada gerangan yang memanggil namanya.

"Along?"

Fahrin mendekati Fadzil.

"Along nak cakap dengan Uncle Zil." Pinta Fahrin.

Fadzil tahu apa yang nak dikatakan oleh Fahrin kepadanya. Tapi dia malas mahu berbicara pasal itu.

"Uncle Zil!" Panggil Fahrin lagi apabila melihat bapa saudara sepupu kepada ayahnya itu mahu mengelak dari bercakap dengannya.

Fadzil menghentikan langkah lalu berpaling tubuhnya menghadap Fahrin.

"Nak apalagi ni, long? Tak ada benda yang kita nak cakap. Uncle Zil dah tahu pun bahawa papa along dah tahu." Beritahu Fadzil malas.

"Papa sudah bersemuka dengan Uncle Zil lah ni?" Tanya Fahrin inginkan kepastian.

"Yes! Papa along itu tunjuk diri hebat sangat sampaikan Uncle Zil tak boleh jentik dia sikit pun! Dia acah-acah diri menjadi mangsa keadaan kerana perbuatan kita! Kemudian dia buat kita ni nampak jahat, manakala dia baik sangatlah?! " Kata Fadzil bengang.

"Apa ni uncle? Dalam pekara ini, kita memang salah! Papa dan Aunty Sha itu mangsa keadaan. Mangsa perbuatan jahat kita berdua, tau tak?" Fahrin tergeleng kepala sendiri. Ternyata bapa saudara sepupu kepada papanya itu masih tidak insaf lagi akan kesilapan mereka.

Fadzil tergelak sinis.

"Kenapa tiba-tiba along cakap macam ni? Dah insaf ke? Berapa ribu malaikat sudah berbisik menginsafkan anak derhaka macam along ni?"

Fahrin berketap gigi. Berdesing telinga dia mendengar sindiran pedas dari Fadzil itu.

"Kenapa? Along nak marah uncle ke? Along jangan lupa. Walaupun kita berdua yang buat pekara itu, tapi along yang menjadi dalang tau tak? Tanpa idea bernas dari along tu, kita takkan berjaya kenakan papa along. Bertahun-tahun Uncle Zil benci kepada papa along tu. Tapi uncle tak pernah tergamak pun buat onar begitu kepada papa. Bukan sebab uncle takut, tapi sebab Uncle Zil masih mengenangkan dia adalah saudara kepada uncle. Bukan macam along! Along adalah anak kandung dia. Tapi tak sangka yang along tergamak buat macam tu kepada papa along sendiri! "Ujar Fadzil dengan wajah sinis.

Raut wajah Fahrin sudah merah padam. Dia tak tahu mahu membalas atau biarkan sahaja Fadzil mengata tentang dirinya. Hendak menepis dakwaan itu, tapi kata-kata Uncle Zil dia tu memang benar semua.

Fahrin menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba menahan air mata yang dibendungnya sedari tadi.

"Iya. Apa yang uncle cakap tu betul semua. Along memang jahat! Along sedar semua itu. Sebab tulah along nak bertaubat. Along dah insaf, Uncle Zil!"

Fadzil tergeleng-geleng kepala tidak mempercayai Fahrin. Dia tergelak sinis.

"Tak apalah kalau uncle tak nak percayakan along. Along tak berharap pun Uncle Zil akan percaya pada along. Apa yang penting pada along, along nak papa dan Aunty Sha percaya along. Selebihnya, biarlah orang nak hukum along apa. Along memang bersalah." Kata Fahrin dengan sebak yang tidak dapat ditahan lagi.

"Tapi Uncle Zil. Uncle Zil jangan lupa tau. Perjanjian asal kita nak perangkap papa dengan Aunty Sha sebab nak papa dilucutkan jawatan sebagai CEO Syarikat Galaksi Media Berhad." Kata Fahrin kesal.

"Berapa kali uncle bagitau along kan. Perkahwinan mereka adalah di luar jangkaan kita. Manalah uncle tahu papa akan bertanggungjawab sampai macam tu sekali." Balas Fadzil bengang.

"Semua itu takkan berlaku kalau uncle tak sebarkan gambar-gambar mereka berdua dalam bilik hotel itu."

"I have no choice!" Marah Fadzil.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now