Bab 19

4.9K 223 21
                                    

JERITAN Raesha itu menyentakkan mereka yang berada di ruang tamu. Datuk Megat segera berlari mendapatkan Raesha  serta diikuti oleh Puan Hajjah Fatimah, Mak Yam dan Fitri.

"Ya ALLAH! Raesha! Apa yang dah jadi ini?" Puan Hajjah Fatimah panik lalu mendapatkan Raesha yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di depan pintu bilik air.

Datuk Megat tergamam. Tiba-tiba telinganya tertangkap pada suara orang-orang yang sedang mengekek ketawa. Dia lantas berpaling dan melihat anak-anaknya berdiri tidak berapa jauh jarak darinya.

Datuk Megat berasa tidak sedap hati. Dia seakan dapat meneka ini semua adalah angkara anak-anaknya.

"Along, angah, alang, andak.. Apa semua ini? Kamu semua ke yang buat Aunty Sha macam tu?" Tanya Datuk Megat.

"Mana ada. Dia tu yang lemah semangat. Dia tadi terserempak dengan Igee andak ini. Dia terkejut terus jadi macam tu." Jelas Fathiya tanpa rasa bersalah. Tangannya masih sibuk mengelus badan haiwan peliharaannya iaitu iguana.

"Papa tak percaya. Igee tidak akan terlepas tanpa ada orang yang sengaja lepaskan dia." Kata Datuk Megat separuh geram.

"So, papa tuduh kamilah?" Firliya tidak puas hati.

"Papa bukan tuduh, dan kamu semua pun tahu kan?" Tegas Datuk Megat.

"Sudahlah tu Fattah. Tak ada gunanya kamu nak soal jawab dengan dia orang tu. Mereka takkan mengaku salah! Lebih baik kamu tolong ummi dan Mak Yam pindahkan Raesha ke sofa. Nanti kita cuba sedarkan dia." Kata Puan Hajjah Fatimah.

Datuk Megat angguk. Ketika anak-anaknya cuba melangkah pergi, dia lalu memanggil anak-anaknya.

"Kamu semua jangan hendak naik ke atas dulu. We still not finish yet." Tegas Datuk Megat kepada anak-anaknya.

MATA Raesha buka perlahan. Sebaik sahaja dia bukakan mata, dia melihat Puan Hajjah Fatimah merenungnya penuh gelisah.

"Sha? Kamu dah sedar?" Tanya Puan Hajjah Fatimah.

Raesha lemah untuk menyahut. Namun dia angguk perlahan.

"Arghh!" Jerit Raesha tiba-tiba. Kakinya turut naik ke sofa.

"Sha? Kenapa ni?" Tanya Datuk Megat hairan bila melihat Raesha panik begitu.

"Tu. Tu!" Jari telunjuk Raesha menunjuk ke arah haiwan yang dipegang oleh Fathiya sedari tadi.

Datuk Megat menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Raesha. Dia menggaris senyum.

"Ohh.. Itu haiwan peliharaan Fathiya. Namanya ialah Igee. Minat Fathiya memang pelik sedikit. Kalau orang suka bela kucing, dia lebih gemar memelihara binatang macam ni." Terang Datuk Megat.

"Iguana? Dah tak ada binatang lain ke yang nak dibela?" Tanya Raesha hairan.

"Ini dah minat saya. Kalau ikutkan saya, harimau, singa dan ular pun saya nak bela. Tapi kalau saya nak bela semua tu, maknanya rumah ini nanti jadi sebuah Zoo lah pulak. Jadikan Igee sebagai binatang peliharaan pun dah cukup." Balas Fathiya selamba. Kerana dia tahu Raesha takutkan Igee, semakin dia teruja mahu mengacahkan Igee kepada Raesha.

Raesha berasa geli-geleman dan takut. Anak-anak Datuk Megat hanya tergelak melihat lagaknya itu.

"Andak, sudahlah tu! Aunty Sha kan takut tu." Tegur Puan Hajjah Fatimah geram.

"Oleh kerana kamu semua dah buat Aunty Sha jadi begini hingga pengsan, papa nak kamu semua minta maaf pada dia!" Tegas Datuk Megat.

"Papaa!" Jerit anak-anaknya serentak. Kecuali Fitri yang tidak berada dalam senarai. Dia setia menemani Raesha di sisi dan cuba menenangkan bakal ibu tirinya itu.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now