Bab 27

3K 131 10
                                    

"TENGAHARI nanti, awak ada pulang makan di rumah ke?" Tanya Raesha kepada Datuk Megat sambil menuangkan air kopi ke cawan yang sudah disediakan.

"Tengok keadaannya nanti. Sebab lepas tengahari ini, saya ada discussion dengan Dayana dan Fadzil di pejabat." Beritahu Datuk Megat lalu menyalutkan jem kacang di roti untuk santapannya sendiri.

Raesha menarik keluhan dalam-dalam.

"Kenapa?" Datuk Megat mendongak muka memandang Raesha yang masih berdiri di hadapannya.

"Saya ingat nak masak istimewa sikit tengahari ini." Jawab Raesha perlahan.

Hampir tersedak Datuk Megat mendengar kata-kata Raesha itu. Hatinya tercuit lucu. Dia terlepas gelak.

"Nak masak? Tak payah! Buat masa ini, awak jangan sentuh api gas di dapur. Saya bimbang kejadian semalam berulang kembali." Sakat Datuk Megat yang masih gelak. Raesha muncung bibir.

"Awak ni.. Saya tahulah saya ni tak pandai masak, tapi tak perlulah ketawakan saya sampai begitu sekali." Getus Raesha geram. Mujur belum ada sesiapa yang bersama dengan mereka di meja makan.

"Apa yang seronok sangat tu Fattah?" Tanya Puan Hajjah Fatimah sebaik sahaja dia tiba di ruangan meja makan. Dia lalu menarik kerusi dan duduk di sebelah kanan Datuk Megat.

"Selamat pagi, ummi." Ucap Raesha ramah kepada ibu mertua yang duduk berhadapan dengannya itu. Datuk Megat meraih tangan umminya untuk bersalaman.

"Begini ummi.., aduhh!" Belum sempat Datuk Megat menghabiskan ayatnya, tiba-tiba dia merasakan ada 'semut besar' sedang 'menggigit' peha kirinya.

Raesha melontar jelingan memberi isyarat supaya Datuk Megat tidak buka mulut tentang apa yang dibualkan oleh mereka berdua tadi. Tak pasal-pasal ummi ikut sekali mengusik dirinya.

Tiba-tiba Raesha dipanjat gelisah. Dia bimbang peristiwa semalam yang dia hampir membuat dapur terbakar sampai ke pengetahuan ibu mertuanya itu. Mulut anak-anak tirinya itu bukan boleh dipercayai sangat! Makin menjunamlah harga 'saham' dirinya sebagai seorang menantu pada Puan Hajjah Fatimah.

"Apa?" Terkebil-kebil Puan Hajjah Fatimah menanti anaknya itu menghabiskan kata.

"Tak ada apa-apa ummi. Kami borak-borak kosong aje. Bergurau di pagi hari." Seloroh Datuk Megat.

Puan Hajjah Fatimah menggaris senyum. Hatinya berasa tenang melihat anak tunggalnya itu berwajah ceria. Lama sungguh dia tidak melihat wajah itu tergambar gembira setelah kematian Fasihah. Puan Hajjah perasan, sedikit sebanyak kehadiran Raesha Karmila ibarat pelangi yang membawa keceriaan di dalam keluarga mereka. Walaupun menantunya itu tidaklah sesempurna mana. Tapi usaha Raesha yang patuh dan sentiasa mahu belajar dari kekurangannya itu yang membuatkan Puan Hajjah Fatimah menjadi sayang padanya.

"Selamat pagi semua." Ucap Raesha dengan ceria apabila melihat anak-anak tirinya sudah turun ke ruangan meja makan.

"Selamat pagi, aunty." Hanya Fitri yang ramah membalas. Yang lain-lain buat muka tidak kisah akan sapaan dari Raesha itu.

Fitri lalu menyalami tangan Raesha. Raesha lalu menyuakan pipinya untuk dicium oleh Fitri. Fitri lantas mencium pipi Raesha dengan sukanya. Abang-abang dan kakak-kakak nya hanya tayang wajah menyampah dengan aksi 'mesra' Raesha dan Fitri itu.

"Selamat pagi tuk ummi." Firash lalu menghulur salam kepada tuk umminya. Kemudian beralih salamnya kepada papanya. Fahrin, Firliya dan Fathiya turut berbuat pekara yang sama. Hanya Raesha sahaja tidak disapa oleh mereka.

"Pukul berapa along balik semalam?" Tanya Datuk Megat kepada anak sulungnya itu.

Fahrin yang sedang meminum jus oren hampir tersedak apabila diajukan soalan itu oleh papanya.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now