LULUH hati Raesha apabila melihat keadaan Fathiya yang terbaring lemah di atas katil dengan wayar yang banak berselirat di tubuh kecil itu. Sudah lima belas jam Fathiya dalam keadaan koma di bilik unit rawatan rapi.
Setelah doktor melakukan pelbagai ujian kesihatan ke atas Fathiya, akhirnya Fathiya disahkan mengidap Kanser Leukimia. Kata doktor, kanser yang dihidapi oleh Fathiya masih diperingkat awal lagi. Tetapi keadaan Fathiya yang demam panas itu membuatkan pihak doktor terpaksa membuatkannya tidak sedarkan diri untuk merehatkan tubuh badannya.
Dia pernah mahu menghantarkan Fathiya berubat di hospital, namun Fathiya sering menolak. Malahan ibu mertua dan suaminya turut berbuat sama. Tetapi Fathiya terus berdegil tidak mahu ke hospital. Kata Fathiya, dia anti dengan bau ubat di klinik mahupun hospital. Apalagi dia masih trauma sebab dulu arwah mamanya selalu keluar masuk dari hospital.
Raesha tidak menyedari akan kehadiran Datuk Megat yang baharu sahaja masuk.
"Macam mana dengan andak?" Tanya Datuk Megat dengan nada perlahan Kepada isterinya yang sedang mengusap tangan Fathiya.
Raesha tersentak lantas berpaling ke arah suaminya.
Datuk Megat bertambah sayu tatkala melihat wajah Raesha tidak pernah kering dari air matanya sedari semalam.
"Dia masih macam ni. Saya bercakap dengan dia dari tadi, langsung tiada respon yang diberikan. Awak, andak akan okey kan?" Raesha sudah tersedan-sedan kerana tangis.
"INSYAALLAH. She will be fine." Balas Datuk Megat yang turut mahu menenangkan hatinya sendiri.
Datuk Megat lalu duduk di sebelah katil Fathiya, berhadapan dengan Raesha.
"Andak, andak kuat kan? Anak papa kuat kan? Andak cepat sembuh ye, sayang? Andak kena lawan penyakit andak ni. Semua orang tak sabar nak lihat andak sembuh seperti sediakala. Papa janji, papa akan turuti semua kemahuan andak. Papa akan jadi papa yang terbaik untuk andak. Papa akan tebus masa kita bersama." Kata Datuk Megat dengan sebak. Air matanya sudah bercucuran mengalir di pipi.
"Papa masih ingat, dulu andak kata bila besar nanti andak nak jadi seorang pengarah drama yang terkenal dan hebat. Andak minat sangat drama kan? Andak cakap, drama itu ibarat hiburan percuma masyarakat setiap hari. Andak tahu tak kenapa papa terlalu bertungkus-lumus dalam bekerja? Papa buat begitu sebab papa nak Stesyen TV kita iaitu Galaksi Media berhad dapat menyajikan hiburan yang terbaik untuk penonton. Papa nak anak-anak papa bangga dengan papa sebab menjadi seorang nakhoda penghibur yang baik. Tapi... Papa tak sedar papa bukanlah penghibur yang baik untuk anak-anak papa. I'm so sorry, sayang. Maafkan papa, nak. Maafkan papa.." Ucap Datuk Megat penuh sesal. Dia lalu mencium lama pipi puterinya itu.
Raesha yang mendengar turut berasa terharu. Air matanya tidak berhenti mencurah ke pipi.
"ANGAH, kenapa andak sakit?" Tanya Fitri kepada Firliya. Sedih bunyi nada suaranya.
Firliya tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya memeluk tubuh kecil itu.
"Semuanya salah along! Kalaulah selama ini along jaga andak baik-baik. Kalaulah along tak ikut cakap andak dan hantar aje dia berubat di hospital, semua ni takkan berlaku! Along memang teruk!" Raung Fahrin dengan rasa sesal dan tangis kecilnya.
"Sudahlah long.. Berhentilah salahkan diri sendiri. Tuk Ummi pun salah. Tuk Ummi tak alert dengan tahap kesihatan cucu-cucu Tuk Ummi. Selama ini, Tuk Ummi fikir andak tu demam biasa-biasa aje. Patutlah tiap kali dia sakit, dia suka berkurung dalam bilik. Rupa-rupanya, dia sedang menyembunyikan rasa sakit yang dialaminya. Ya ALLAH, kesian cucu aku.. Kecik-kecik sudah mempunyai penyakit seperti itu." Kata Puan Hajjah Fatimah dengan sebak.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...