"PAK long. Kenapa pak long duduk seorang diri kat luar ni? Udara malam ni sejuk. Badan pak long tu bukannya sihat sangat." Bebel Asyura sebaik saja dia melihat bapa saudaranya itu duduk seorang diri di beranda rumah.
Encik Rahman terkejut. Lamunan sebentarnya tadi sudah hilang entah ke mana.
"Pak long kejap aje kat luar ni. Hirup udara malam. Bila dah sejuk nanti, pak long masuklah ke rumah. Kat dalam tu panas." Kata Encik Rahman sambil tersenyum.
"Pak long jangan tipu ya.. Kat dalam tu mana ada panas. Kat dalam itu kita guna air-cond. Bukannya tak boleh ubah kalau suhu sejuknya tak cukup." Balas Asyura sambil geleng kepala. Dia dapat hidu bau 'penipuan' yang dilakukan oleh pak longnya itu.
"Syura.. Sejuk penghawa dingin dengan sejuk udara malam berbeza tau. Tak sama." Encik Rahman tidak mahu mengalah. Asyura hanya mampu gelengkan kepala sahaja.
"Pak long sebenarnya sedang fikirkan sesuatu kan?" Tebak Asyura.
Encik Rahman membisu. Perlahan-lahan dia anggukkan kepalanya.
Asyura menghela nafas panjang.
"Syura dah agak. Mesti pasal Kak Sha kan?" Duganya lagi.
"Pak long.. Pak long jangan risaukan Kak Sha lagi. Dia dah selamat pun bertunang dengan Datuk Megat. INSYAALLAH, dua minggu lagi mereka akan bernikah." Sampuk Izham tiba-tiba. Lantas Asyura dan Encik Rahman menoleh k belakang.
"Ayah mana yang tak risau, Iz? Sebagai seorang ayah, Ayah Man nak sangat tengok Sha berkahwin dengan lelaki yang dia cinta. Tapi Sha...." Encik Rahman tunduk sedih.
"Ayah Man, bukankah lebih elok kalau kita doakan sahaja kebahagiaan Sha." Kata Izham perlahan.
"Betul kata Abang Iz tu, pak long.. INSYAALLAH, Kak Sha akan bahagia bersama Abang Fattah." Tambah Asyura bernada lembut untuk menenangkan gelora di hati bapa saudaranya itu.
"Amin." Encik Rahman mengangguk lemah. Namun segaris senyuman diukirkannya kepada kedua-dua anak asuhannya itu.
RAESHA beberapa kali menelan air liurnya. Telapak tangannya mulai rasa seram sejuk. Sudah dua minggu dia ditunangkan dengan Datuk Megat, hari ini adalah pertama kali dia menginjak kaki ke rumah mewah Datuk Megat. Namun Raesha sedikit bingung bila melihat kawasan rumah banglo mewah itu. Dia masih ingat, pada sebulan yang lalu dia pernah pergi ke rumah banglo itu kerana menghantar seorang budak perempuan.
"Awak kenapa termangu kat situ? Marilah masuk." Ajak Datuk Megat bila perasan Raesha berdiri terpaku sahaja dalam keadaan bingung.
"Err.. Okey." Balas Raesha masih bingung. Namun dia tetap menapak masuk mengikuti langkah Datuk Megat.
"SHA. Fattah.. Lamanya ummi tunggu kamu berdua. Sha.. Marilah masuk nak." Pelawa Puan Hajjah Fatimah mesra. Raesha lalu menyalami Puan Hajjah Fatimah serta memeluk dan mencium pipi bakal ibu mertuanya itu.
"Sha. Perkenalkan ini Mak Yam. Dia ketua pembantu dalam rumah ini. Kadang-kadang dia jugak jadi PA ummi." Kata Puan Hajjah Fatimah sambil ketawa.
"Apa khabar Mak Yam?" Tanya Raesha mesra. Tangan tua Mak Yam dicapai dan turut disalaminya. Mak Yam menyambut dengan senang hati.
Gadis ini kelihatan baik sahaja. ALHAMDULLILAH. Getus hati Mak Yam.
"Baik. Cantik jugak bakal isteri Datuk Megat ya?" Puji Mak Yam seraya mengusik Datuk Megat. Puan Hajjah Fatimah menyiku lengan Mak Yam sambil bersetuju dengan pujian pembantunya itu. Datuk Megat berdehem. Malu.
"Maafkan Mak Yam sebab masa pertunangan kamu berdua, Mak Yam tak hadir. Pada hari itu, badan Mak Yam tak berapa sihat." Kata Mak Yam.
"Tak apalah Mak Yam, saya faham. Lagipun pertunangan hari itu dibuat ala kadar sahaja." Balas Raesha. Jangankan Mak Yam, bakal anak-anak tirinya pun tidak hadir masa majlis pertunangannya itu. Jemputan makan malam di rumah Datuk Megat inilah menjadi pertemuan pertama kali Raesha dengan anak-anak bakal suaminya. Gemuruh sudah bertandang dalam dadanya.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...