ENCIK Rahman mengeluh kecil tatkala melihat kelibat Datuk Megat yang baru sampai di kafe nya. Dia menapak perlahan menghampiri Datuk Megat.
"Kamu datang lagi hari ini?" Soal Encik Rahman sebaik saja Datuk Megat mahu duduk di mejanya.
Datuk Megat tersengih.
"Kamu tak kerja?"
"Fattah sudah meletak jawatan sebagai CEO di dalam Syarikat Galaksi Media Berhad. Fadzil yang telah menggantikan saya." Beritahu Datuk Megat.
"Oh, patutlah kamu banyak masa sekarang ni."
Datuk Megat garis senyum sambil garu kepala.
"Kamu sudah breakfast?"
"Belum. Sebab tulah Fattah datang sini untuk breakfast."
"Ummi kamu, ataupun orang gaji kamu tak masak ke?"
Belum sempat Datuk Megat mahu menjawab, pantas dipotong oleh Encik Rahman.
"Ke.. Kamu sengaja nak breakfast kat sini sebab ada niat?" Duga Encik Rahman sambil amgkat kening sebelah.
Datuk Megat hanya tayang wajah sengih.
Encik Rahman tergeleng-geleng kepala.
"Kamu tunggu sini. Ayah order kan set breakfast untuk kamu. Macam biasa kan?" Tanya Encik Rahman ingin kepastian.
"Iya ayah. Terima kasih." Ucap Datuk Megat serba-salah.
Encik Rahman angguk kepala lalu meninggalkan Datuk Megat.
"APA khabar cucu-cucu ayah?" Tanya Encik Rahman. Dia turut menikmati sarapan pagi bersama menantunya itu.
"ALHAMDULILLAH, yah. Mereka sihat." Balas Datuk Megat.
"Along Rin?"
"Along sekarang sedang menjalani terapi pemulihan. Bukan sahaja dia perlukan terapi fizikal, mentalnya pun perlukan kesembuhan." Kata Datuk Megat.
Encik Rahman menghela nafas.
"Ayah sudah lama tak berjumpa dengan mereka. Kekadang ayah nak pergi melawat kamu sekeluarga. Tetapi kamu faham-faham akan keadaan kesihatan ayah yang tak menentu ni. Nasib baik rumah atas kafe. Kalau tak, jangan harap Si Iz dan Syura nak benarkan ayah turun uruskan kafe ini." Kata Encik Rahman.
"Fattah faham ayah. Cucu-cucu ayah pun faham. Sekarang ni mereka sedang sibuk dengan urusan nak masuk alam persekolahan semula. Si adik tu, tahun ni dia dah masuk darjah satu. Angah pun sibuk dengan kolej nya.. Apabila ada masa terluang, mereka lebih suka duduk di rumah temankan along mereka. Kerana mereka tahu along perlukan semangat dari adik-adiknya." Cerita Datuk Megat.
"Kamu bertuah Fattah. Kamu mempunyai anak-anak yang baik seperti mereka. Kamu jangan pernah sia-siakan mereka, iya?" Pesan Encik Rahman ikhlas.
"INSYA-ALLAH, yah. Mereka adalah amanah untuk Fattah. Fattah akan cuba jalankan amanah itu dengan sebaik mungkin."
"Fattah, menjadi seorang ayah kita tidak perlu sempurna. Ayah pun bukannya ayah yang sempurna untuk anak-anak ayah. Tetapi ayah sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk mereka. Walaupun Iz bukan darah daging ayah, Syura hanya anak saudara ayah, tetapi ayah tak pernah membeza-bezakan mereka berdua dengan Sha yang merupakan anak kandung ayah sendiri." Kata Encik Rahman.
"Ayah adalah orang yang Fattah sangat hormati selepas ummi. Walaupun perkenalan kita baru setahun, tapi ayah sudah menjadi idola Fattah, harapan Fattah adalah untuk menjadi papa yang baik kepada anak-anak Fattah." Balas Datuk Megat ikhlas.
Encik Rahman tergelak.
"Kamu bodek ayah ke?"
Datuk Megat pantas geleng kepala.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...