DATUK Megat sudah berdiri di hadapan pintu bilik ward ayah mertuanya. Kelihatan dirinya serba-salah mahu memusing tombol pintu itu. Perlahan-lahan, dia melangkah masuk ke dalam bilik ward Encik Rahman.
'Ayah masih tidur?' Desis hatinya tatkala melihat Encik Rahman sedang baring secara mengiring membelakanginya.
Datuk Megat menghampiri Encik Rahman secara perlahan.
"ASSALAMUALAIKUM, ayah?" Sapa Datuk Megat.
Encik Rahman tidak memberi bergerak memberi respons.
"Barangkali ayah terlena kerana mabuk ubat." Datuk Megat menggumam sendiri.
Dia lalu duduk di kerusi yang berada di tepi katil Encik Rahman.
"Ayah.. Fattah minta maaf kerana baru sekarang ni Fattah berpeluang datang untuk melawat ayah di hospital. Fattah tak tahu pun ayah sedang sakit. Kalau Iz tak beritahu tadi, Fattah tak tahu ayah di masukkan di hospital ini." Kata Datuk Megat dengan nada perlahan. Barangkali dia tidak mahu mengganggu tidur ayah mertuanya itu.
Datuk Megat menghela nafas.
"Ayah, banyak yang terjadi dalam keluarga kita sejak kebelakangan ini. Semalam, Fattah baru saja menghadiri pengebumian kawan kepada along. Dia baru saja meninggal dunia, yah. Dia terkorban nyawa ketika cuba menyelamatkan Fifi." Hujung ayat Datuk Megat itu kedengaran suara bergetar kerana sebak mula bertandang.
Datuk Megat meluahkan pekara yang telah berlaku pada Encik Rahman yang sedang tidur membelakanginya itu.
"Ayah, Fattah betul-betul gagal menjadi seorang ayah ke?" Tanya Datuk Megat sambil menangis sendiri. Ingatan semalam Datuk Megat terimbau kembali.
"KASIHAN sungguh, Pian tu." Ucap Puan Hajah Fatimah dengan sebak yang tak hilang sedari tadi.
"Abang Pian seorang insan yang baik. Along bukan sahaja anggap dia sebagai sahabat, dia sudah seperti seorang abang kepada along." Kata Fahrin dengan sebak.
Datuk Megat tidak bersuara. Sedari tadi dia berdiam diri. Kematian Sufian betul-betul memberi impak kepada perasaan Datuk Megat.
"Papa tak apa-apa?" Tanya Fahrin yang perasan pada reaksi sunggul papa nya itu.
Datuk Megat menggeleng kepala.
"Papa okey. Papa cuma penat." Balas Datuk Megat.
"Ummi, macam mana keadaan adik di hospital? Angah ada beritahu ummi?" Tanya Datuk Megat.
"Angah kata adik okey. Dia sekarang ni sedang berehat tidur. Sha pun ada kat hospital jaga ayah dia. Sekali-sekala dia ada menjenguk adik kat bilik ward, kata angah." Beritahu Puan Hajah Fatimah.
Datuk Megat angguk kepala. Dia menoleh pula ke arah Fahrin.
"Along, papa nak naik atas dulu? Papa rasa penat. Papa nak berehat. Esok awal pagi papa kena pergi hospital jaga adik." Kata Datuk Megat. Dia nampak penat sungguh dari reaksi wajah dan intonasi suaranya.
Fahrin angguk kepala mengerti.
Tanpa menunggu lama, Datuk Megat berlalu naik anak tinggi.
"Papa." Panggil Firash yang bertembung dengan papanya di anak tangga.
Datuk Megat hanya balas dengan senyuman tipis. Dia mengusap rambut anak lelakinya itu lalu menyambung langkahnya semula.
Firash hanya melontar pandang melihat langkah gemalai papanya itu.
"Kesian papa. Papa pasti mengalami sedikit trauma dan rasa bersalah atas kematian Abang Sufian, kan tuk ummi?" Kata Firash sebaik saja menghampiri tuk umminya.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...