Bab 16

4.8K 165 11
                                    

RAESHA masih setia duduk di tepi katil ayahnya. Dia menatap lama wajah lemah ayahnya yang sedang diulit lena itu. Mungkin kerana kesan ubat yang baru sahaja diberikan jururawat kepada ayahnya.

Asyura turut berada di dalam bilik ward. Dia duduk bersila di atas sofa sambil ralit membaca sesuatu di telefon pintarnya. Sesekali keningnya kelihatan berkerut.

Suasana senyap seketika. Raesha mahupun Asyura, mereka sama-sama hanyut dalam dunia sendiri.

Tiba-tiba telefon pintar Raesha berbunyi. Menandakan ada pesanan WhatsApp masuk.

WhatsApp group (Memory's Gallery Family)

Admin (Carla) : Raesha, pasal you dengan CEO from Galaxy Media Berhad. It's that true? OMG! Bukan ke you akan ditemubual dalam rancangan bual bicara di syarikat itu??

Shaniya : Yes. I pun ada baca berita mengenai hal tersebut. Betul ke Sha?

Miguel : Alaa.. Semua itu propa hiburan la. Tak mungkin Raesha macam tu, kan?

Nadeera : Betul tu, Miguel. I tak rasa cerita tu betul. Macamlah you all tak tahu dengan media ni.

Raesha melepaskan keluhan kecil. Dia terasa berat hati untuk menaip. Namun perlahan-lahan, tangan tetap digerakkan untuk mengetik skrin telefon pintarnya itu.

You : Maaf semua. Kerana buat kamu semua tertanya-tanya. Maaf jugak jika hal ini akan memberi kesan buruk kepada Memory's Gallery.

Admin (Carla) : Raesha. Don't worry tentang galeri kita. I cuma risaukan nama baik you. I harap you okay aje.

Shaniya : Betul tu, Raesha. I harap you tak apa-apa. You jangan risau, kita orang takkan judge you tentang masalah ini.

Nadeera : Shaniya, betul. Jangan you risaukan pasal kami. Yang penting, you jaga diri. Settlekan masalah you tu dulu.

Raesha tersenyum sendiri.

You : Thanks to you all.. Tolong doakan saya semoga masalah ini selesai.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now