PEMBEDAHAN Fathiya dan Firash sedang dijalankan. Berulang-alik Raesha berjalan sambil mundar-mandir. Beberapa kali juga dia melihat jam di penggelangan tangannya. Sudah tiga jam anak-anaknya itu berada di bilik pembedahan. Itulah yang membuatkan hati Raesha tidak berhenti berasa resah sedari tadi.
"Sha, awak boleh duduk tak?" Tegur Datuk Megat yang menjadi rimas melihat keadaan isterinya itu yang tidak senang duduk. Semakin menambahkan rasa gemuruh dan bimbang di dadanya sahaja.
Raesha berhenti berjalan. Dia melepaskan keluhan panjang lalu duduk di sebelah suaminya itu.
"Saya bimbanglah awak. Dah berjam-jam mereka dalam bilik operation." Kata Raesha dengan nada perlahan.
"Saya pun risau juga. Tapi saya bertambah risau apabila lihat awak dalam keadaan begini. Rileks la. Kita doa bersama-sama semoga ALLAH permudahkan kerja para doktor yang sedang melakukan pembedahan itu. Berdoa juga semoga andak dan alang tiada mengalami sebarang komplikasi buruk. Saya berharap andak terus kuat dan cepat pulih dari penyakitnya." Tutur Datuk Megat dengan nada perlahan.
Raesha berdiam. Perlahan-lahan dia anggukkan kepala. Tangan suaminya itu diraih lalu digenggamnya erat.
"INSYAALLAH." Ucap Raesha.
Puan Hajjah Fatimah yang turut berada di ruangan luar bilik bedah sedang curi-curi pandang melihat anak dan menantunya itu. Perlahan-lahan dia mengukir senyum kecil.
'Ya ALLAH, inikah salah satu hikmah yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga? Engkau menguji kami dengan duka, tapi dalam diam ada sinar kebahagian yang Engkau selitkan dalam tangis. SUBHAHANALLAH, semoga keluarga kami sentiasa diberkati olehMu.' Puan Hajjah Fatimah berdoa di dalam hati.
Fitri yang tidur nyenyak di pangkuannya lalu dibelai lembut rambut cucunya itu. Mata Puan Hajjah Fatimah beralih pula melihat Fahrin dan Firliya. Cucu-cucunya yang sepasang kembar itu turut dalam keresahan menanti Firash dan Fathiya keluar dari bilik pembedahan.
SUDAH dua minggu pembedahan itu dijalankan. ALHAMDULLILAH, pembedahan itu berjalan dengan lancar. Kata doktor, mereka hanya ada mengalami sedikit komplikasi iaitu pendarahan yang banyak sewaktu pembedahan. Itulah yang melambatkan sedikit proses pembedahan pada tempoh hari. Namun segalanya dapat ditangani oleh mereka-mereka yang terlibat dalam operasi pembedahan tersebut.
"Papa lihat andak makin sihat. Oleh kerana andak tepati janji dengan papa hari itu untuk terus kuat lawan penyakit andak, papa ada hadiah untuk anak papa ni." Kata Datuk Megat lalu mencuit lembut hujung hidung puterinya itu.
Fathiya tergelak senang hati.
"Papa nak beri apa pada andak?" Tanya Fathiya dengan nada teruja.
Raesha yang berada di situ turut tidak sabar nak tahu apa yang mahu diberikan Datuk Megat pada Fathiya.
"Ha'ah awak, saya pun tak sabar nak tahu." Kata Raesha.
Raesha perasan akan sesuatu. Semenjak Fathiya disahkan menghidap Leukemia, hubungan Fathiya dan Datuk Megat semakin baik. Fathiya sudah tahu bagaimana mahu bemesra dan bermanja dengan papanya. Begitu juga dengan Datuk Megat. Sudah tahu bagaimana mahu mengembirakan anaknya itu. Tiada lagi rasa janggal antara mereka berdua dalam menunjukkan kasih sayang. Raesha sungguh gembira dan bersyukur melihatnya. Bukan sahaja dirinya, ibu mertuanya dan Fitri turut tumpang gembira melihat hubungan Datuk Megat Dan Fathiya sudah baik.
"Papa akan tunaikan semua permintaan andak." Kata Datuk Megat dengan senyum melebar yang tidak lekang dari wajahnya sedari tadi.
Raesha berkerut dahi.
"Itu aje?"
"Yelah, itu aje. Awak expect benda apa pula?" Tanya Datuk Megat. Giliran dia pula yang kebingungan.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
RandomPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...