Bab 37

2.8K 132 2
                                    

RAESHA masih berasa gementar di dadanya. Sesekali matanya menilik jam digital yang di lekatkan di dinding studio. Lambat sungguh waktu bual bicara ini di jalankan! Namun begitu, Raesha dapat menyembunyikan perasaan gemuruhnya itu. Satu-persatu pertanyaan dari dua orang pengacara popular iaitu Idham Hamid dan Izzati Abdullah mampu dijawabnya dengan lancar dan tepat.

Barangkali rasa gemuruhnya itu sedikit kurang kerana Datuk Megat turut hadir di studio menyaksikan dirinya ditemubual dalam rancangan bual bicara popular itu.

"Kita sudah sampai di penghujungnya, Datin Raesha." Kata pengacara yang bernama Izzati itu memberi kelegaan di hati Raesha.

"Kami ingin mengajukan dua soalan yang terakhir kepada datin." Tambah Izzati lagi.

Raesha setia menanti. Dia melihat Izzati seakan memberi isyarat kepada Idham pula untuk memberikan soalan.

"Siapakah sumber inspirasi kepada Datin Raesha untuk berjaya seperti sekarang ini?" Soal Idham.

Raesha menarik nafas dan dihembusnya perlahan. Dia mencuri pandang ke arah Datuk Megat yang turut menunggu jawapan darinya.

"Keluarga saya." Jawab Raesha. Dia lalu menoleh memandang dua orang pengacara itu sambil tersenyum.

"Tanpa mereka, saya bukan siapa-siapa. Semua ibubapa inginkan anak mereka berjaya menjadi peguam, doktor, guru, jurutera atau arkitek, betul tak?"

Izzati dan Idham sama-sama angguk mengiyakan sambil tersenyum.

"Tapi ayah saya, dia mahu anaknya berjaya bukan kerana pekerjaan yang menjamin masa depan. Kata ayah, sebuah impian itu yang bakal menjamin masa depan kita. Tanpa impian, kita tidak akan berusaha untuk menjadi orang berjaya. Tanpa minat, kita tidak akan ikhlas dalam melakukan pekara itu. Kerana minat saya yang mendalam dalam bidang seni lukis, ayah sanggup menghantar saya belajar jauh-jauh untuk menimba ilmu yang saya minati itu dengan lebih dalam lagi." Raesha menarik nafas lagi lalu menyambung kata semula.

"Di samping ayah saya, abang angkat dan adik sepupu saya juga memainkan peranan penting dalam membantu saya berjaya. Mereka banyak memberikan galakkan dan sokongan moral kepada diri saya. ALHAMDULLILAH, saya bersyukur kerana dikurniakan oleh ALLAH S.W.T keluarga seperti mereka." Ucap Raesha ikhlas.

"Baiklah. Saya suka dengan jawapan Datin Raesha itu ye, Id. Tanpa sokongan dari keluarga, kita pasti sukar untuk menempuhi cabaran dalam mengejar impian. Selain itu, niat mahu berjaya itu kena tanam dalam diri juga." Kata Izzati.

"Betul tu, Zati. Dengarlah wahai anak muda dan ibubapa yang sedang menonton rancangan kami sekarang ini." Balas Idham. Raesha turut angguk kepala bersetuju.

"Soalan terakhir, datin. Sebenarnya soalan ini sedikit diubah atas arahan dari pengarah dan penerbit kami." Kata Izzati dengan tayang muka sedikit sengihnya itu.

Raesha sedikit gabra. Risau jika soalan yang mahu diajukan itu sukar untuk dijawab olehnya nanti.

"ENCIK TALHA, apa semua ini?" Tanya Datuk Megat yang mula berasa bimbang.

"Sabar Datuk, saya dan Encik Saiful tahu apa yang kami mahu buat. Kita kan mahu menaikkan lagi rating rancangan kita ini." Kata Encik Talha dengan selamba tersenyum tenang.

Datuk Megat menggeleng kepala perlahan dengan rasa gementar dengan 'rancangan' mengejut dari Encik Talha itu.

"IYA, saya okey aje." Raesha sudah bersedia.

"Umum mengetahui datin sudah berkahwin. Kami ingin bertanya. Jika keluarga datin telah menjadi sumber inspirasi kepada datin supaya menjadi orang berjaya, bagaimana pula dengan keluarga datin yang sekarang ini?" Lancar sekali soalan begitu keluar dari bibir pengacara wanita yang berusia awal 30-an itu.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now