Bab 26

2.9K 146 18
                                    

PIZZA DOMINO'S yang dipesan sudah habis licin dijamah oleh mereka sekeluarga. Firliya, Fathiya dan Fitri yang lebih teruja menikmati hidangan segera yang lazat itu.

"Lepas habis semua ni, angah, andak dan adik pergi naik atas dan ambil wudhu. Waktu isyak hampir ke penghujungnya. Kita solat berjemaah bersama-sama, ya?" Kata Datuk Megat kepada tiga puterinya itu.

"Baik, pa." Angah patuh. Begitu jugak yang lain-lain.

"Papa, nanti kita makan benda ni lagi ye? Adik suka. Sedap dan lazat." Kata Fitri sambil mengangkat ibu jarinya.

"INSYAALLAH." Balas Datuk Megat ringkas.

"Adik, kalau nak makan benda sedap macam ni, kita mesti berharap Aunty Sha buat dapur macam medan pertempuran." Tambah Fathiya selamba sambil menjilat sisa yang masih tertinggal di ibu jarinya. Sedap sungguh gamaknya!

Raesha mencebik bibir.

"Tak payah tunggu papa ajak makan pizza. Aunty pun boleh belanja makanan yang sedap-sedap. Bagitau aje angah, andak dan adik nak makan apa. Aunty Sha akan belanja." Kata Raesha penuh bersemangat.

Ketiga-tiga adik-beradik itu berpandangan sesama sendiri. Barangkali mereka teruja mendengar 'tawaran' yang dijanjikan oleh Raesha itu.

"Sha, awak janga terlalu manjakan sangat mereka ini. Kalau awak asyik nak belanja mereka makan kat luar, bila lagi awak nak pandai dalam memasak?" Sampuk Datuk Megat tenang.

Raesha segera menoleh ke arah Datuk Megat.

"Amboi, awak saja kan nak perli saya?" Raesha menjeling tajam.

"Eh, taklah. Sekadar mahu mengingatkan awak.." Sahut Datuk Megat selamba.

Raesha berdecit geram mendengarnya.

Firliya melontar senyuman mengejek kepada Raesha. Barangkali dia gembira kerana papanya turut mengenakan ibu tirinya itu. Tanpa berlenggah lagi, Firliya meminta diri dari papanya lalu membawa adik-adiknya naik ke atas.

"Kenapa awak cakap macam tu dengan saya depan anak-anak?" Tanya Raesha dengan nada perlahan, separuh geram bunyinya.

"Betullah apa yang saya cakap, kan? Kalau awak terlalu manjakan mereka dengan cara macam tu, awak tidak akan ada kemajuan dalam memasak. Awak yang nak sangat kan belajar memasak? Semuanya awak cuba lakukan sebab nak jadi ibu yang 'terbaik' untuk mereka." Kata Datuk Megat sambil tangan sibuk mengemas kotak-kotak pizza yang sudah kekosongan. Raesha turut membantunya.

"Awak perli saya ke?" Tanya Raesha.

"Perli awak? Cubalah awak fikir pekara baik-baik tentang saya." Sahut Datuk Megat.

"Bukan apa, awak tu kan jenis yang suka menyindir bila tak puas hati." Selamba Raesha menjawab.

"Haip! Teruk sangat ke pandangan awak tentang diri saya? Awak dengar sini, saya ni suami awak. Baik buruk pun perangai saya, itu tak boleh menjadi alasan untuk awak menjadi isteri nusyuz." Bisa kata-kata Datuk Megat sampai menusuk ke hatinya. Raesha mendengus tidak puas hati.

"Yelah, yelah. Saya tahu saya dah berdosa pada awak. Buat tindakkan tanpa berbincang dengan awak terlebih dahulu. Tapi, awak jangan risaulah.. Semua yang saya lakukan terhadap keluarga ini, tidak langsung membebankan saya." Raesha meyakinkan keikhlasannya itu kepada Datuk Megat.

Datuk Megat berdiam. Dia melepaskan keluhan kecil lalu menoleh ke arah Raesha.

"Saya tahu awak ikhlas. Tapi saya tak mahu mengambil kesempatan atas keikhlasan awak itu. Kita baru sahaja berkenalan. Angkara insiden buruk itu, telah mengheret kita berdua ke dalam ikatan perkahwinan. Saya tidak ingin menyusahkan awak lagi, Sha. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku pada kita." Kata Datuk Megat.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now