"SERONOKNYA Faz hari ini sebab ada mak ngah dan Raesha temankan Faz shopping." Kata Fazira riang. Dia memeluk bahu ibu saudaranya itu erat. Raesha tertawa kecil melihat gelagat mereka berdua.
"Suka sangatlah tu. Sebab tu shopping sakan, kan?"
"Yelah. Bukannya selalu Faz berbelanja banyak macam ni ummi." Balas Fazira dengan sengihan.
"Memang bukan selalu. Tapi dah banyak kedai kamu bawa ummi dan Sha masuk. Faz tak penat ke? Bila kita nak berhenti berehat ni?" Tanya Puan Hajjah Fatimah sambil angkat kening sebelah memandang Fazira.
"Ummi dah penat ke?" Tanya Fazira. Dek rasa teruja membeli-belah, dia sampai terlupa untuk mengajak Puan Hajjah Fatimah dan Raesha mengisi perut yang mula memberi bunyi.
Puan Hajjah Fatimah mengosok perutnya sambil berkerut muka.
"Ummi laparlah, Faz." Beritahu Puan Hajjah Fatimah, sambil muncung bibir. Fazira dan Raesha berpandangan sesama sendiri dan terlepas gelak.
"Ummi ni kelakarlah. Pandai buat muka comel ye?" Fazira mencubit pipi kiri Puan Hajjah Fatimah,. Tangan gatal Fazira itu lantas ditepis olehnya.
"Sakitlah!" Adu Puan Hajjah Fatimah dengan nada rajuk manjanya.
"Baiklah, jom kita cari tempat makan." Kata Fazira.
"Apa kata kita makan di kafe milik ayah, Sha? Kafe Rashaz ada dekat-dekat kawasan mall ini kan?" Tanya Puan Hajjah Fatimah kepada Raesha.
"Ayah Sha ada kafe ke?" Fazira agak terkejut mendengarnya.
"Ha'ah.. Dia ada sebuah kafe di kawasan dekat-dekat sini." Sahut Raesha.
"Kalau Faz nak tahu, ayah Sha ni adalah salah seorang barista yang terbaik di Malaysia. Kafe milik ayah Raesha terkenal dengan aroma kopi yang harum dan santapan ringan yang sedap lagi enak. Pendek kata, Kafe Rashaz memang popular di KL ini." Kata Puan Hajjah Fatimah yang bersungguh memuji besannya itu.
"Ish, ummi ni. Puji ayah lebih-lebih pula. Tak adalah Faz. Biasa-biasa aje." Kata Raesha merendah diri.
"Okeylah tu, Sha. Your father have a business. Dari gaya cerita ummi, kafe milik ayah awak tu maju. Itu menunjukkan bahawa ayah awak seorang usahawan yang berjaya." Tambah Fazira yang turut kagum.
"Ayah cuma ada sebuah kafe tu aje. Syukur alhamdullilah, kafe itu masih berdiri megah sampai sekarang. Barangkali kerana rasa kopi dan kek buatan ayah yang enak. Tapi ayah memang berniat nak buka Kafe Rashaz di cawangan lain. Namun rezeki belum ada." Ujar Raesha perlahan. Dia mengeluh sendiri.
Meskipun dia sudah menjadi orang yang berjaya, namun Raesha masih gagal membantu ayahnya melaksanakan impian untuk membuka sebuah kafe lagi di cawangan lain. Sebelum Raesha kembali ke Malaysia, dia memang berazam untuk menunaikan impian ayahnya itu. Namun kerana skandal buruk dia bersama Datuk Megat, semua pekara yang dirancangnya sudah dilupakan tanpa sengaja. Sampailah pada detik ini, dia kembali teringat akan hasratnya yang mahu menunaikan impian ayahnya itu.
"INSYAALLAH, Sha. Impian ayah Sha itu akan tercapai." Ucap Fazira ikhlas.
Raesha yang sedang melayang fikirannya buat seketika lalu garis senyum tipis mendengar ucapan ikhlas dari Fazira itu.
"Amin." Jawab Raesha dan Puan Hajjah Fatimah serentak.
"Baiklah, jom kita pergi sana. Faz tak sabar nak tengok kafe ayah Sha." Kata Fazira dengan nada teruja.
"ASSALAMUALAIKUM."
Encik Rahman Al-Attas yang sedang mengira wang di kaunter mendongak ke arah suara yang seakan dikenalinya itu. Bibir ukir senyum tatkala seraut wajah yang sentiasa dirinduinya semakin menghampirinya.
YOU ARE READING
KITA KAN, KELUARGA..
De TodoPertemuan Raesha Karmila dengan seorang lelaki berstatus duda sewaktu penerbangan dari Paris ke KL telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Kerana insiden perlanggaran di KLIA, mereka tertukar handphone tanpa mereka sedari. Datuk Nik Megat Al...