Bab 73

1K 88 2
                                    

"BERHENTI kat sini uncle." Arah Fahrin kepada pemandu teksi di hadapan. Dia dan Firash menaiki teksi pergi ke Cafe Rashaz untuk menemui Raesha sekali lagi.

Sebaik sahaja di hantar Fadzil ke balai polis, Fahrin dan Firash lalu masuk ke balai polis untuk membuat laporan kehilangan adik bongsu mereka itu. Mereka berdua tinggal di balai polis itu sehingga subuh atas faktor-faktor urusan tertentu.

Kemudian kemunculan tiba-tiba Fadzil di balai polis menimbulkan rasa bingung di fikiran dua beradik itu.

"Uncle Zil buat apa kat sini?" Tanya Fahrin hairan.

Fadzil menghela nafasnya.

"Uncle nak buat laporan polis."

"Uncle nak buat laporan polis pasal kehilangan adik? Jangan risau. Alang dan along sudah beri penerangan pasal kehilangan adik. Cuma tunggu papa datang sini aje." Beritahu Firash.

"Tak perlu tunggu papa korang kat sini. Korang balik ke rumah dulu." Kata Fadzil perlahan.

"Tetapi tuk ummi kata papa mungkin dalam perjalanan ke sini. Kerana itu dari tadi along dan alang tunggu dia datang." Kata Fahrin.

Fadzil mengeluh kecil.

'Along, alang.. Papa korang pergi selamatkan adik korang.. Iya ALLAH! Tolong lindungi anak-beranak itu, termasuk Sufian juga. Aku bimbang Maria akan buat pekara tak baik pada mereka.' Doa Fadzil di hati.

"Uncle? Uncle?!" Panggil Firash melihat bapa sepupunya berjeda.

Fadzil tersentak.

"Uncle okey ke?" Tanya Fahrin. Dia mula curiga melihat Fadzil begitu.

Fadzil tidak menjawab. Dia terpandang seorang anggota polis yang baru sahaja melalui mereka.

"Tuan." Panggil Fadzil pada anggota polis itu.

Anggota polis itu lalu berhenti.

"Iya, saya?"

"Tuan, saya nak buat laporan berkenaan dengan kes penculikan, ugutan dan fitnah. Paling penting, saya mahu melaporkan penculikan yang sedang berlaku sekarang ni." Kata Fadzil perlahan. Wajahnya kelihatan serius.

Fahrin dan Firash memandang bapa sepupu mereka dengan pandangan penuh bingung.

"Uncle Zil?" Fahrin meminta penjelasan dari Fadzil.

"Encik boleh ikut saya untuk buat laporan dan beri keterangan." Ujar anggota polis itu.

Fadzil angguk kepala. Dia menoleh memandang dua beradik itu.

"Along, alang.. Nanti uncle jelaskan apa yang sedang berlaku. Along bawa alang pulang ke rumah dulu. Jangan lupa maklumkan kehilangan adik kepada ibu tiri korang." Kata Fadzil. Dia lalu menapak mengikuti anggota polis itu.

Dua beradik itu di tinggalkan Fadzil dalam keadaan kebingungan.

"ALONG, Cafe Rashaz buka." Kata Firash sedikit teruja melihat pintu kafe itu terbuka.

"Iya. Tapi kenapa mereka gantung signboard Closed kat situ?" Fahrin garu kepala yang tak gatal.

"Kita pergi masuk aje long." Firash lalu menapak mendahului Fahrin.

"Aunty Syura!" Panggil Firash sebaik melihat kelibat Asyura sedang duduk bersama Ziyyad.

"Alang?" Asyura terkejut melihat kehadiran Firash.

"Along pun ada sekali?" Asyura lalu cepat-cepat menyeka air matanya.

Fahrin dan Firash lalu masuk ke kafe. Mereka bersalaman dulu dengan Ziyyad.

KITA KAN, KELUARGA..Where stories live. Discover now