Mikhayl menggigit bibir, menahan mulutnya dari menguap buat kali entah yang ke berapa. Matanya dijegilkan, cuba untuk kekal terjaga menghadap Master yang sedang mengajar di hadapan.
Namun, meskipun kelopak matanya masih terbuka, bicara Master Rossy sudah kedengaran bagaikan nyamuk di tepi telinganya.
Ngeng~Ngeng~Ngeng~
Tiada yang masuk ke otaknya untuk ditafsirkan.
Mikhayl menjeling jam di pergelangan tangannya, juga untuk entah buat kali ke berapa.
Cepatlah habis....
Jari-jemarinya mengetuk mejanya perlahan bagai cacing kepanasan."Baiklah, sampai di sini sahaja kelas kita hari ini. Saya harap kalian semua dapat ingat dan manfaatkan ilmu yang saya ajarkan hari ini sewaktu sesi Beast Hunting bulan hadapan, dan setiap dari kalian dapat kembali dengan buruan yang hebat-hebat."
Kali ini, bicara Master Rossy laju pula diproses oleh otaknya. Tubuh Mikhayl yang tadinya longlai bagaikan sotong tidak bertulang terus tegak kembali bertenaga."Walaupun, mungkin mustahil untuk ianya jadi kenyataan. Maklumlah, ada seorang antara kita yang nak lindungi dirinya sendiri pun mungkin tak mampu." Tambah Master Rossy, sambil matanya mengerling 'seorang' itu penuh makna.
Diikuti dengan senyuman dan tawa sinis perlahan beberapa orang murid-murid.Namun riak wajah Mikhayl, sang 'seorang' itu tidak berubah langsung. Seolah-olah dia tidak faham dengan perlian Masternya itu.
Dalamnya hatinya tetapi mencebik. Dia tahu Master Rossy sudah lama tidak berpuas hati dengannya kerana dia pernah di hadapan seisi kelas menegur kesilapan fakta yang diajar oleh Master itu suatu masa dahulu. Meskipun Mikhayl sudah sedaya upaya mengawal nada suaranya sesopan boleh untuk tidak memalukan Masternya itu, namun malangnya wanita tiga-puluhan itu memang jenis yang pantang dikritik apatah lagi jika yang mengkritiknya itu seorang pelajar yang cacat Soul Force lagi.
Wanita itu makin tidak berpuas hati apabila dia perasan setiap kali kelasnya, Mikhayl akan tersengguk-sengguk atau terawang-awangan sendiri tidak memberi tumpuan langsung! Namun paling menyakitkan hati, setiap kali peperiksaan teori, gadis cacat Soul Force itu berjaya mendapat markah penuh, menjadikannya tiada peluang langsung untuk mengkritik Mikhayl.
Namun Mikhayl tidak boleh disalahkan jika dia selalu tidak berminat dalam kelas. Segala apa yang diajar oleh Master Rossy telah pun dia tahu dan lekat di kepalanya sejak dia berusia sembilan tahun lagi!
Seperti biasa, dengan wajah pokernya, Mikhayl melangkah keluar dari kelas. Orang lain berjalan keluar dengan beg mereka yang berisi nota, namun Mikhayl pula melenggang-kangkung penuh bergaya cuma berbeg sandal yang leper kosong tidak berisi.
Semua pelajar-pelajar di akademi itu dengan penuh teruja bergerak ke aras bawah akademi yang menempatkan Training Ground. Training Ground di akademi tempat Mikhayl belajar, Akademi XXaness, terbahagi kepada lima, mengikut lima jenis Soul Weapon yang ada.
Bow and arrow. Spear. Longsword. Largesword. Dan akhir sekali, Dagger.
Mereka yang memiliki Soul Weapon Bow and arrow dipanggil Archer. Spear dipanggil Lancer. Longsword dipanggil Wielder. Largesword dipanggil Warrior, dan Dagger dipanggil Assassin.
Lagi satu jenis Soul Weapon yang wujud dalam kalangan Souliers ialah Pickaxe dan Shovel, dan pemiliknya dipanggil Miners. Berbeza dengan lima Soul Weapon yang lain, status Miners lebih rendah kerana kegunaannya yang bukan untuk berlawan sebaliknya untuk melombong Crysttallite dan Earth Sone. Miners juga mempunyai training ground sendiri di aras yang berbeza.
Apabila semua pelajar berdesu-desu ke aras bawah, Mikhayl pula melawan arus, menuju ke aras teratas Akademi Xxaness yang menempatkan perpustakaan akademi itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasíaSouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...