TAP! TAP! TAP!
Bunyi tapak kaki yang sedang berlari kedengaran kuat di koridor Skylight Highschool. Bayangan seorang gadis yang sedang berlari laju telah menjadi tumpuan seisi pelajar yang lalu disitu. Gayanya bagaikan lipas yang baru sahaja belajar menggunakan sayap , laju sahaja kakinya berlari melepasi para pelajar.
"MELISSAAAAA CASSANDRAAAAAAA!!!"
Semakin kuat bunyi namanya dipanggil , semakin laju hayunan kakinya. Kepala yang sedari tadi memandang ke hadapan dikalihkan sedikit ke belakang.
Membulat matanya apabila melihat kelibat Madam Milea iaitu guru bahasa inggerisnya sedang mengejarnya sambil membawa rotan kayu yang panjang. Habisla aku.
Nak tahu kenapa dia dikejar? Dia sudah buat satu kesalahan yang tidakla besar mana iaitu dengan tidur sambil berdengkur didalam kelas. Bukan sekali tetapi banyak kali , ajaibnya setiap kali Madam Milea mahu memarahinya mesti dia berjaya larikan diri. Tetapi nasibnya kalini , mungkin tidaklah seperti yang disangka.
Kerana sibuk mengelamun , tiba tiba dia terasa bagai terbang ke udara. Badannya terus melambung ke atas dan akhirnya tubuh Melissa terbaring di tengah tengah koridor itu. Nafasnya naik turun.
"Melissa Cassandra!"
Kepala Melissa diangkat memandang ke arah seseorang. Liurnya ditelan kesat. Dia rasa dia sudah terlupa tentang sesuatu. Kepalanya diletakkan semula ke lantai dengan pasrah. Maka dengan bahawasanya , pelarian seorang gadis bernama Melissa Cassandra telah gagal. Fail.
"MELISSA CASSANDRA!!"
"Ye , saya Madam" Sahut Melissa dengan malasnya.
"BILIK DISIPLIN , NOW!" Kuat suara Madam Milea memarahinya. Melissa mengerutkan dahi.
"Yela , saya taula Madam. Tak payahla nak memarah" selamba Melissa membalas. Dia terus mengubah posisnya kepada duduk.
"Macam mana saya tak marah?! Kamu tu kerja tido je! Homework bagi pun tak siap!" Bebel Madam Milea bengang.
"Tak baik ungkit , Madam. Saya pernah dengar ada orang cakap , tak baik ungkit. Benda dah lepaskan" ujar Melissa dengan muka yang ditayangkan suci. Melissa terus berdiri.
"Banyakla kamu , jangan mengungkit , jangan mengungkit! Pergi bilik disiplin sekarang!" Madam Milea menunjukkan ke arah bilik disiplin yang hanya berada ditingkat itu sahaja. Melissa masih menayangkan wajah sucinya kepada Madam Milea meminta simpati.
"Ala madam , madam pun tahukan.." Melissa sengaja menggantungkan ayatnya. Madam Milea memandang garang ke dalam anak mata kehijauan milik Melissa. Melissa tersenyum lebar.
Kedua dua belah tangannya diangkat lalu jarinya digenggam. Yang tinggal hanyalah ibu jari dan jari kelingkingnya. Tangannya mula digoyangkan ke atas dan ke bawah sambil menyanyi."Di dunia ini tenang sajaa"
"Mungkin dia bukan bukan milikku"
"Me..." belum sempat nyanyiannya dihabiskan..
"DIAM!!! PERGI BILIK DISIPLIN SEKARANG ATAU SAYA SENDIRI AKAN HUKUM KAMU MELISSA CASSANDRA!" Jerkahan Madam Milea membuatkan tingkah laku Melissa terhenti. Diam dan sunyi sahaja.
"Madam" Madam Milea memandang ke arah Melissa.
"Madam panggil saya Melissa Cassandra je kan ? Madam lupa ke saya ade binti?" Dengan riak wajah yang polos Melissa bertanya.
"MELISSA!!!" Sekali lagi Madam Milea menjerkah kuat. Bergegar satu sekolah dengan jerkahan itu.
"ok ok tak main main" Melissa terus berlari ke arah bilik disiplin dengan hati yang redho.
....
Suasana dibilik disiplin sangatla tegang. Tiada sepatah pun perkataan keluar daripada bibir pengetua Skylight Highschool , Tengku Hadif. Melissa turut berdiam sehingga bunyi helaian nafas seseorang menghentikan kesunyian disitu.
"Melissa , kenapa dengan kamu ni sebenarnya ? Setiap hari daripada tahun lepas sampai sekarang muka kamu je yang saya kena hadap! Ada saja masalah yang nak dibuatnya" Ujar Tengku Hadif dengan nada yang penuh hampa dan tanda tanya.
"Kamu bukan budak kecik yang tak faham apa yang saya cakap , Melissa. Ini baru 15 tahun , bukan 17. Kalau sekarang pun perangai kamu macam ni nanti tahun tahun akan datang tak mustahil kamu akan lagi terok! Ingat , tahun ni kamu PT3!" Kuat suara Tengku Hadif memarahi Melissa.
Melissa yang sudah terbiasa dengan jerkahan yang diberikah hanya mendiamkan dirinya. Hanya matanya sahaja menentang pandangan Tengku Hadif. Tiada langsung rasa mahu mengalihkannya.
"Kenapa kamu selalu tertido dalam kelas?" Soal Tengku Hadif. Melissa menghela nafasnya berat.
"Saya sendiri pun tak tahu , pengetua" dia sendiri pun tak tahu kenapa dia boleh tertidur inikan pula pengetua. Memang takla!
"Kawan kawan kamu yang lain tak ada pun yang tertidur ke berjaga sepanjang malam?" Soal Tengku Hadif sekali lagi.
"Saya tak rasa pengetua ada hak untuk membandingkan diri saya dengan pelajar yang lain. You don't walk in my shoes so shut up!"
Suaranya berubah tegas. Dia paling tidak suka orang yang membandingkan dirinya dengan orang lain. Siapa Tengku Hadif untuk membandingkan dia? Anak? Jauh sekali.
"Jadi kenapa kamu boleh tertidur dalam kelas? Melayan orang untuk cari duit?" Tersentak Melissa mendengar soalan yang baru ditanyakan kepadanya. Layan orang ? Dia yang tadinya tenang berubah menjadi dingin.
"Saya lupa yang kamu ni miskin dan tak berharta. No wonderla kenapa kamu selalu tertidur , yela malam malam melayan orang untuk duitkan? Apa kata kamu layan saya pula lepasni" Tengku Hadif membuat suara yang bagai bernafsu kepada Melissa. Melissa memandang jijik kepada Tengku Hadif.
"Biar saya dipandang miskin daripada dipandang murah." Mendatar suara Melissa menuturkan ayatnya. Tengku Hadif hanya tersenyum lebar.
"Jika saya dapati keadaan ini berterusan , saya akan panggil ibu bapa kamu ke sekolah"
"Daripada pengetua buang masa nak panggil parents saya , baik pengetua pergi selongkah sekolah ni lah. Kalau nak cakap tak buat kerja sekolah bukan saya sorang , bersepah dalam kelas tu tapi kenapa saya je yang kena? Ouh lupa sebab saya kan tak berpangkat tengku kat sekolah ni. Bukan orang ternama. Jangan disebabkan diorang anak anak orang kaya , Sekolah langsung tak ambik tindakan. Tak malu ke , anak orang bangsawan perangai lagi terok daripada setan? Mak ayah diorang hantar diorang sekolah supaya cikgu cikgu kat sekolah ni boleh didik anak anak diorang tapi korang makin merosakkan. Walaupun saya bukan anak orang ternama tak ada tengku bukan kerabat , tetapi itu bukan bermakna pengetua boleh memperlekehkan saya!" Panjang lebar Melissa membalas. Mata hijau bak ularnya menjeling tajam ke arah Tengku Hadif.
Tok! Tok!
Bunyi ketuka pintu membuatkan apa yang mahu dikatakan oleh si pengetua terhenti. Mata mereka berdua dikalihkan memeandang ke arah pintu.
" Pengetua , ada budak baru datang nak jumpa "
Mendengar sahaja ayat yang dikatakan oleh kerani yang datang tadi membuatkan kening Melissa sedikit terangkat. Dalam kepalanya sudah dipenuhi pelbagai jenis idea untuk melepaskan diri.
"Bawak dia masuk" Ujar Pengetua. Beberapa minit kemudian , seorang pelajar lelaki yang memakai kaca mata petak masuk. Pelajar tersebut menghadiahkan sebuah senyuman kepada pengetua.
"Jadi kamulah murid baru tu ?"
"Ya , saya pengetua"
"Melissa , saya harap kamu..."
"Melissa?"
Tengku Hadif memandang ke arah yang sepatutnya Melissa berada tadi. Kosong!
Matanya dikalihkan pula memandang ke arah pintu pejabat. Figura seseorang yang sedang berdiri dan memeluk tubuhnya dipandang.
"See you later , pengetua"
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Подростковая литература1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...