5 ♡ M E L I S S A

642 57 5
                                    

    Sebuah kereta GTR berwarna hitam memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat yang lokasinya disebalik tembok tembok putih yang lebih tinggi daripada tembok sekolah Skylight Highchool. Kereta sport hitam itu berhenti dihadapan air pancut yang terletak betul-betul ditengah tengah halaman rumah Melissa.

  Pintu kereta dibuka kasar daripada dalam lalu ditutup dengan sekuat hati sehingga menghasilkan bunyi dentuman. Bayangan seorang gadis yang wajahnya sudah memerah kerana menahan tangisan kelihatan sedang berjalan menghampiri kolam air pancut.

  Mulutnya dikemam. Empangan yang sudah hampir pecah sedaya upaya ditahan. Tidak , dia tidak akan menangis. Serta merta kepalanya mengimbau kembali perbualannya bersama seorang penyiasat upahannya.

FLASHBACK )

 Sebuah sampul surat dihulurkan kepadanya. Melissa terus mengambil sampul surat yang berwarna coklat itu dengan hati yang bergelora.

   Nafasnya ditarik dalam sebelum membuka sampul yang kemas dipegang pada tangan. Beberapa keping gambar sebuah keluarga bahagia yang sedang bergelak ketawa dipandang dengan penuh teliti. 

  Ada gambar dimana mereka tersenyum gembira , gambar mereka menyambut hari lahir bersama-sama dengan besar besaran , berpelukan , saling mengusik dan banyak lagi adegan adegan yang menunjukkan bahawa mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia dan lengkap.

  Tangan Melissa mula menggigil. Gambar-gambar ditangannya tadi terus dimasukkan ke dalam sampul kembali. Semakin lama dia menatap gambar keluarga bahagia itu , semakin sakit luka di hatinya.

 Sebuah sampul putih dikeluarkan daripada beg galas hitam yang dibawa oleh Melissa sedari tadi. Sampul itu dihulurkan kepada jejaka yang memakai kaca mata hitam dan bertopi dihadapannya.

"Thank you , Syah. Make sure kau ikut diorang lagi lepasni." Ujar Melissa dengan senyuman tawar yang terlakar dibibirnya.

"Baik boss"

" aku balik dulu. Jaga diri kau , nak makan apa apa order je. Bil nanti send dekat aku , biar aku bayar" Belum sempat lelaki yang bernama Syah itu ingin berterima kasih , Melissa terlebih dahulu meninggalkannya disitu.

( END FLASHBACK )

  Sampul di dalam poketnya dikeluarkan dan dibuka. Gambar gambar tadi dikeluarkan dan dilihat kembali. Air matanya jatuh berjujuran membasahi wajah yang sudah kemerahan. Gambar ditangannya dikoyakkan dengan penuh perasaan benci.

  Melissa mengoyakkannnya sehingga menjadi cebisan kecil seperti hatinya yang sudah hancur berkecai.

"Diorang mesti happy kan takde aku? Kenapa diorang tak bawak aku sekali? Aku ni anak angkat ke?"

  Dia memandang wajahnya pada pantulan air kolam. Wajahnya yang sudah menjadi merah dan matanya yang kemerahan kelihatan sangat jelas.

"Kaulah anak perempuan yang tak diiktiraf tu. Mana ada orang kat dunia ni tahu kau anak diorang. Kena tinggal macam anak luar nikah" Ujar Melissa sambil memandang pantulan dirinya pada air.

  Sebab tu dia tidak pernah takut dengan ugutan pengetua atau sesiapa pun jika mereka berkata mahu memanggil ibu bapanya. Selama dia mendaftar sebagai pelajar di Skylight Highschool , kebanyakan daripada mereka menganggap Froy sebagai ayah kandungnya.

  Dan gambar-gambar yang dilihatnya tadi , ya itu sememangnya mereka. Mummy , daddy dan abangnya , Danish. Jarak umur antara mereka hanyalah 2 tahun. Dia sendiri tidak faham kenapa dia perlu tinggal di Malaysia seorang diri dan membesar di sini tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah dalam usia yang muda. Tidak layakkah dia menerima semua itu?

Oh, I've been shaking
I love it when you go crazy
You take all my inhibitions
Baby, there's nothing holdin' me back

  Bunyi nada deringan telefon Melissa membuatkan lamunannya terhenti.

"Time aku tengah nangis jugakla ada orang nak call! Takde masa lain ke?!" hampir terjerit Melissa kerana geram. Telefon berjenama Samsung dikeluarkan daripada poket seluar. Punat hijau terus ditekan dengan penuh geram.

"Apa?!" Sergah Melissa.

"Erk, Mel..."

"Eh, cakap cepat sikit boleh tak? Aku tengah busy sekarang ni. Kalau kau cakap lambat macam kura kura yang taknak bergerak baik kau tak payah call aku!" Laju sahaja bibirnya memintas. Ada jela yang nak kacau time aku emo!

"Ok sorry, sorry. Ni aku Adryan"

   Dengar sahaja Adryan terus amarahnya tadi mereda. Mamat ni rupanya. Melissa terdiam sebentar.

"Ha asal kau call aku?" Nada suaranya terus berubah.

"Aku nak tanya esok kelas pakai baju apa?"

"Esok hari apa?" Dahi Melissa sedikit berlipat.

"Khamis."

  Melissa terus memerah otaknya. Esok pakai baju apa? Lama dia mendiamkan dirinya sebelum terfikir sesuatu.

"Asal kau tanya aku? Dah dekat dua minggu sekolah, jadual mana jadual?" Soalan cepumasnya mula keluar.

"Aku tak dapat lagila," Melissa menggelengkan kepalanya. Kalau ada depan aku ni dah lama aku campak terus pegi pejabat.

"Dah tak dapat lagi cubala pergi mintak. Yang kaki engkau lemah sangat nak berjalan dah kenapa?!"

"Janganla marah." pujuk Adryan. Melissa membuat wajah bengang.

"Bila masa aku marah?" Suaranya sedikit meninggi.

"Eh takla, kau tak marah pun. Aaaa...tu je aku nak tanya sebenarnya. Thank you." Tergagap Adryan dibuatnya.

"Tu je? Baik kau mesej aku jela."

"Tak bestla tak boleh cakap dengan kau." Melissa membuat wajah geli. Sengaja la tu.

"Kau jangan mengada-ngada. Dahla hari-hari kau call aku macam aku ni kaunter pertanyaan kau."

"Kau tak suka ke aku call kau?"

"Takla , lain kali cuba kau call waktu yang sesuai sikit , aku tengah busy sekarang ni. Kau calllah waktu pagi ke petang ke ni tak tetengah malam buta ni kau nak call aku" ujar Melissa dengan penuh perasaan. Tangannya juga dihayunkan ke kiri dan ke kanan macam berpidato.

"Malam buta? Baru pukul 10."

 "Alah malam la tu , dah habiskan? takde soalan kan? Ha aku letak dulu, cau." Dia terus meletakkan panggilan begitu sahaja.

Telefonnya ditenung.

"Engkau lain kali kalau aku tengah emo, jangan la ada bateri! geramla aku ngan kau. Time aku nak main game punyala macam nak mati baterinya, time aku nak nangis sikit punya banyak bateri kau." bebel Melissa kepada telefon ditangannya.

Nasib time aku nak tido tak bunyi kalau tak aku sumbat telefon tu dalam lubang jamban.

Melissa terus masuk ke dalam kereta GTRnya tadi. Kereta itu terus meluncur ke arah rumahnya.

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now