4 tahun kemudian...
Melissa mengelap kedua-dua belah tangannya pada kain tuala kecil di tepi singki. Dia baru sahaja selepas membasuh pinggan makan malam mereka sekeluarga.
"BOOM! PRRRTTTT!"
Bunyi suara suaminya yang sedang bermain dengan hero mereka , Adyan Dhaqiq bergema diseluruh banglo. Comelkan nama dia? Samala macam tuan dia.
Melissa menggelengkan sedikit kepalanya apabila melihat Adryan yang sedang memegang pistol mainan sambil menyorok di belakang sofa manakala Dhaqiq sedang sibuk membuat benteng pertahanan menggunakan bantal. Macam-macam betul diorang ni.
Alhamdulillah , berkat perkahwinan mereka selama 4 tahun itu berjaya membuatkan anak sulungnya , Dhaqiq lahir. Siapa sangka tak sampai 4 bulan pun kahwin dah boleh dapat anak , kau rasa? Tapi anak nombor dua tu tundala dulu. Hukhuk.
"RAWRRR , MAKAN DHAQIQ!!"
"MUMMY!!" terjerit Dhaqiq apabila Adryan berlari mendekatinya bagaikan seekor raksaksa. Tubuh Melissa dipeluk erat oleh anak yang berusia 3 tahun itu bagai tidak mahu dilepaskan. Dhaqiq terus menyembunyikan dirinya di belakang Melissa.
Adryan terus membuat wajah tidak puas hati apabila Dhaqiq menjadikan Melissa sebagai benteng pertahanannya.
"Mana aci Dhaqiq nyorok belakang Mummy!"
"Biyala , mummy cayang Dhaqiq yebih" ujar si anak kecil dengan pelatnya.
"habistu siapa nak lindung Daddy?" Provok si ayah dengan wajah yang sengaja dibuat marah.
Dhaqiq sudah mula tersebik-sebik mahu menangis. Adryan sudah mula gelabah. Melissa yang berada diantara mereka menggelengkan kepala. Bapak dia pun sama naik.
"Meh sini senapang tu" Melissa menghulurkan tangan , mahukan senapang mainan ditangan Adryan.
"Alaaa" giliran Adryan pula merengek. Manja dia tak boleh bawak bincang. Ada je benda nak digaduhkan dengan si anak sampai dah macam perang dunia ke-100 dah. Yang si Dhaqiq tu pulak , sekali melalak mengalahkan anak ayam nak terberanak #luahanjujurseorangibudanisteri
Dengan terpaksanya , Adryan menghulurkan senapang ditangan kepada Melissa. Dia bukan dicontrol ya , no. Melissa bukanla 'queen control' dan tidak pernah pun sesuai dengan gelaran itu. Peranan Melissa lebih kepada seorang hakim yang mahu menamatkan permusuhan antara dia dan Dhaqiq dalam situasi ini.
Muncung senapang diletakkan pada dahi Adryan. Macam best je kalau dapat tembak. Adryan yang sudah terbiasa , mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas lagak seperti penjenayah yang bersalah.
"Adyan Dhaqiq bin Adryan Elric , duduk dekat sebelah daddy now" Melissa memberi arahan kepada anaknya pula.
"Ala , mummy..."
"No , excuse. Duduk sana or Mummy boikot susu untuk seminggu" Ugutan Melissa berjaya membuatkan Dhaqiq mengalah. Dengan kedua-dua belah tangan yang memeluk tubuh , kanak-kanak lelaki itu berdiri di sebelah Adryan.
"Salam. Minta maaf"
"Tak mau!" Melissa membuat wajah pasrah. Korang jangan ingat yang menjerit tu Dhaqiq ye duhai readers. Yang menjerit tu Adryan , laki aku.
"Adryan" Melissa menyebut nama Adryan dengan mata yang dikecilkan. Dhaqiq sudah terkebil-kebil apabila huluran salam dia tidak disambut oleh daddy.
Melissa dan Adryan berlawan mata. Kedua-dua pasang mata itu memandang satu sama lain seperti mahu menerkam. Adryan menaikkan hujung bibirnya sedikit. Melissa sudah agak apa yang akan berlaku. Pasti ada benda yang sudah dirancang.
"Bayangkan tak dapat masuk neraka sebab buat macamni dekat suami" Melissa yang baru hendak membalas , mula menggaru kepala.
"Eh?" Adryan turut menggaru kepala sendiri.
"Jap , apa tadi yang B cakap?" Melissa meminta Adryan untuk mengulang kembali apa yang dikatakan oleh suaminya itu.
"Bayangkan tak dapat masuk ne- Ehhh , bukan , bukan!" Adyan segera menidakkan apa yang dikatakan dia tadi. Mulut pun tak bagi kerja sama.
"Bayangkan..."
"Sudah , sudah! Asyik bayangkan je" Melissa terus memotong percakapan Adryan.
"Imagine tak masuk syurga sebab memarah suami"
"Aish" sempat jugak dia menjeling Adryan. Suka sangat pakai kuasa veto tu.
Melissa mencangkungkan tubuh lalu menatap kedua-dua belah anak mata milik Adryan.
"Hubbyku sayang , tu anak nak salam tangan tu salamla. Sebelum saya , Melissa Cassandra tembak awak sampai tersedak baik berdamai sekarang" nada suara sengaja dibuat lembut ala-ala lenggok. Memang niat nak perli pun.
"Fine! Asyik Dhaqiq je kena bela. Taula dah tak sayang kite! Taula dah ada cute boy yang lain!" lah mood macam angin monsun dah kenapa? Tadi kemain , suruh aku cakap baik-baik.
Adryan terus berdiri dan berlari keluar daripada rumah. Ha , sudah. Dia nak buat drama apa pulak?
Jarang betul Adryan nak buat perangai macam ni. Pelik semacam je. Ke aku tengah pregnant? Hehe.
"Ayok, mummy! Daddy majok."
"Takpe, Dhaqiq jomla mummy tidokan dulu. Dah lewat dah ni." ajak Melissa. Takdela lewat sangat untuk dia sebagai orang dewasa. Baru pukul 9 malam.
Tetapi lewat untuk kanak-kanak diusia sebegitu.
![](https://img.wattpad.com/cover/280445772-288-k791161.jpg)
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Teen Fiction1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...