"Ok , semua pelajar dibenarkan buat kerja masing-masing. Yang nak study , dipersilakan. Bagi yang tak nak study , buatlah apa pun asalkan jangan terlalu bising. Saya ada hal sikit dibilik guru"Para pelajar 5 Star sudah tersenyum bahagia.
Selepas sahaja , cikgu tadi keluar Melissa terus menepuk bahu Adryan.
"Jom study" Ajak Melissa. Tiba-tiba rasa rajin , yela kalau tak study kat sekolah kat rumah lagila tak.
Adryan menganggukkan kepala tanda setuju. Sebuah buku rujukan dikeluarkan daripada beg masing-masing.
"Kau nak study apa ni?"
"Aku nak study sejarah kot. Aku dah lupa habis dah zaman prasejarah tu" Melissa terus meletakkan beberapa buah buku rujukan daripada form 1 sampai form 5.
Dia ni memang lembab sikit bab-bab sejarah. Dengan macam-macam nama dia tu , nak kena ingat zaman la apala , macamla aku nak ingat semua ye tak?
"Oh yang tu , senang je" Adryan pun mengeluarkan bukunya juga. Buku rujukan ditangan terus dibuka dan diselak-selak.
"Memangla senang , kau kan pro sejarah. Aku markah takat lepas pagar je" Suara Melissa sedikit mengendur.
"Aku pun sama" Kata Adryan dengan mata yang masih menyelak muka surat di buku.
"Sama? Kau tu lepas pagar from A to A+ ok , bukan macam aku , duduk tengah-tengah. Salah sikit terus jatuh B"
Mana taknya? Si Adryan ni jawab paper sejarah tak sampai sejam pun tapi markah dia tu 90++ ok mana tak terkejutnya? Aku yang jawab full 1 jam pulak , asyik main naik turun je markah. Tak A , B. Kalau tak B , jadi C. Kalau bukan C , akan dapat D. Pusing tu lah , nasibla D tu time dia form 2. Sesak betul nafas tengok soalan.
"Macam-macamla kau ni"
"Betullah. Sharela formula dengan aku , ryan. Pleaseeeeee , aku dah lost terus ni pasal zaman tu" Rayu Melissa. Terdesak sangat ni.
"First , bukak buku rujukan kau" Mata Melissa mula mengeluarkan cahaya 'nur' kerana gembira. Yes! Dia nak bagi!
"Zaman prasejarah form berapa tah?" Melissa sedikit menggaru kepala. Nak belajar tapi topik form berapa pun dah lupa. Macam mana ni?
"Form 2 tak silap aku. Form 1 ke form 2?"
"Form 2 ke Form 3 ke Form 1? ke sekolah rendah?" Dia mula pening.
Tak silap aku , aku pernah belajar ni masa darjah 4. Form 1 pun macam pernah belajar. Dia bukan ke topik lepas zaman air batu bagai tu kan?
"Entah aku pun dah lupa. Kau try jela bukak kot ada" Melissa akur lalu membuka muka surat yang dicarinya. Ok , ada.
"Ok , highlight benda yang kau rasa penting" Adryan mencapai highlighter berwarna kuning daripada kotak penselnya lalu penutup dibuka. Mata jejaka terus melekat pada muka surat yang dibuka oleh Melissa.
Melissa yang masih buntu hanya mampu menggaru kepala melihat semua tulisan pada buku rujukan itu. Persoalan sekarang ni ,
"Nak highlight apa?" Kalau ikutkan hati , dia nak highlight satu buku. Rasa macam bodoh pulak sebab tengok Adryan highlight cantik je. Kalau aku highlight memang kuningla satu page.
Relatekan? Yela , semua benda pentingkan.
Tiba-tiba , Melissa terasa bagai sesuatu menyentuh hidungnya. Tangan naik menyentuh hidung yang telah diwarnakan dengan highlighter yang dipegang Adryan.
"Weh apani sia? Asal kau conteng highlighter tu kat hidung aku?!" Nasib suara dia tak kuat sangat. Habis berbekas kuning. Dia ingat aku baby ke nak ada kekuningan ni?
![](https://img.wattpad.com/cover/280445772-288-k791161.jpg)
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Ficção Adolescente1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...