"Nah gulai unta sayang." Satu periuk yang sudah dipenuhi lauk Gulai Unta diletakkan dihadapan Melissa.
Adryan merebahkan diri ke atas kerusi di meja makan. Penat. Lelah. Itulah yang dirasainya. Demi seperiuk gulai unta dan dua bungkus nasi lemak berlaukkan telur burung unta, dia terpaksa meminta bantuan rakannya.
Thanks a lot to Arsh.
Walaupun kena herdik dengan dia tapi tak apala. Asalkan dapat makanan ni pun dah kira bersyukur.
Melissa membuka penutup periuk dihadapannya. Sekeping kad yang terlekat dibelakang penutup periuk diambil. Adryan yang sedang ralik memandang ke arah jam dilihat sebentar. Kad itu diambil lalu dimasukkan ke dalam poket seluar dengan cepat.
Senduk yang terletak kemas disebelah periuk diambil. Kuah gulai itu digaul. Pegangan pada senduk dilepaskan setelah beberapa kali menggaul gulai tersebut.
"Sayang taknak yang ni." Ujar Melissa lalu menarik tangan untuk memeluk tubuh. Adryan menggaru dahinya pelik.
"Kenapa pulak? Ni kan gulai unta?" Mata ular dihadapannya direnung dengan kepala yang dihurung pelbagai tanda tanya.
"Memangla ni gulai unta. Tapi sayang nak warna coklat gelap sikit."
"Ya Allah, sayang. Ni gulai jugakla. Sama je." Adryan mencuba nasib memujuk isterinya. Melissa menggelengkan kepala. Periuk itu ditolak ke arah Adryan tanda tidak mahu.
"Taknak yang ni. Kenapa dia warna macam tu? Kenapa warna dia tak coklat?" Otak Adryan sudah semakin sesak. Jem. Nafasnya ditarik dalam. Rilex, Adryan. Ni bawakkan budak-budak. Dia isteri kau dan dia mak kepada anak kau.
Mungkin ni ujian kau untuk diuji sama ada kau suami yang baik atau tak. So don't be mad. Just calm down and think how to solve this.
Langkah kakinya dibawa mendekati Melissa yang sudah mencebik. Wanita itu hanya diam dengan kepala yang ditundukkan. Sebungkus nasi lemak telur burung unta yang dibeli sebentar tadi dibuka.
Adryan melabuhkan diri pada kerusi bersebelahan dengan isterinya. Aroma nasi lemak mula memasuki ruangan pernafasan. Tangannya mula mengambil sedikit nasi dan digaulkan sedikit dengan sambal. Telur rebus burung unta yang diikat cantik di dalam plastik berasingan dikeluarkan dan dicubit sedikit.
Tangan yang sudah dipenuhi nasi didekatkan pada wajah Melissa. Satu senyuman dihadiahkan kepada wanita itu.
"Nah makanla, nasi lemak ni dulu. Kejap lagi kita makan gulai unta tu ek? Meh sini, B suapkan." Sayangnya, Melissa masih tidak membuka mulut. Wanita itu masih membisukan diri. Diam sahaja tanpa sebarang kata.
"Sayang... " panggil Adryan dengan nada yang lebih lembut. Anak mata hijau yang sedari tadi merenung lantai akhirnya memandang ke arahnya.
"Sayang, makan ek? Janganla macam ni. Sayang tahukan, tak baik membazir?" Segaris senyuman mula terukir pada bibir Adryan apabila Melissa menganggukkan kepala.
Sebelah tangan yang masih bersih tanpa secalit kotoran disentuhkan pada dagu cantik milik isterinya. Dagu itu didongakkan sedikit. Pandangan mereka sekali lagi bersatu.
"Trust me, my beautiful wife. This. Will be the best Nasi Lemak you ever ate."
Pujukan Adryan kali ini berjaya mengenai sasaran. Perlahan-lahan, Melissa membuka mulut untuk menerima suapan suaminya. Adryan kembali menjauhkan tangannya apabila Melissa sudah mula mengunyah.
"Sedap tak?"
"Sedap." Melissa membulatkan mata. Kedua-dua belah ibu jari diangkat kepada Adryan.
"I've told you, sayang. I never lie." dengan bangganya Adryan berkata. Senyuman dibibir Melissa mula bercambah.
![](https://img.wattpad.com/cover/280445772-288-k791161.jpg)
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Fiksi Remaja1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...