19 ♡ M E L I S S A

499 53 1
                                    

   Angin malam yang dingin mampu membuatkan kulit yang hangat bertukar sejuk. Waktu sebegini kebanyakannya dihabiskan dengan melihat pemandangan indah malam dan menenangkan fikiran dengan melihat kilauan bintang diangkasa. Tetapi benda-benda sebegitu mungkin tidaklah sesuai untuk seseorang bernama Melissa Cassandra yang lebih gemar melakukan aktivitinya sendiri.

  Bunyi derapan kaki yang sedang berjalan memecahkan suasana sunyi di rumah banglo persendirian Melissa itu. Dengan tangan yang sedang memeluk sebalang popcorn Melissa berjalan ke arah sebuah bilik yang menjadi pilihannya. Pintu bilik yang berwarna hitam ditolaknya.

 Pintu itu terus ditutup dan dikunci. Kenapa kunci? Sebab dia takut ada perompak sesat nak curi apa apa kat sini. Kang tak pasal dia bunuh aku sekali. Remote yang hanya terlantar di atas meja kecil berwarna putihh diambil lalu butang on ditekan.

  Lincah sahaja jarinya menekan huruf-huruf pada remote. S.A.W. Search. Cerita film series itu menjadi pilihannya. Memang teringin nak tengok cerita tu. Cerita macam ni memang membuatkan stressnya hilang. I like it , I like it. Movie pun bermula seperti biasa. 

   Sedang Melissa seronok menelan popcorn dengan mata yang khusyuk menikmati movie , tiba-tiba telefonnya yang tadi diam sudah mula meraung inginkan perhatian. Melissa menggaru kasar rambutnya bengang.

 "Ya Allah , asalla time aku nak rilek kau nak meraung ni?! Tak reti diam ke?" Marah Melissa kuat sehingga bergegar seisi bilik. Pedulila bukan ada orang yang dengar pun.

 Telefon yang selamat berada di dalam poket baju tidurnya diambil. Nama yang tertera pada screen dipandang.

My cute beast 

Lah asal dia call aku ni? Urgent sangat ke sampai mengganggu ketenteraman aku? Tak boleh ke sehari bagi aku rilek jap? Dahla petang tadi bukan main bersemut mulut dia. Takkan rindu aku kot?

  Melissa sudah berura-ura sama ada mahu mengangkat panggilan itu atau hanya membiarkan sahaja. Lama matanya memandang telefon yang sudah bergegar macam  terkena elektrik itu. Akhirnya kerana KESIAN yang menggunung kepada Adryan , dia pun meleretkan punat hijau dengan pasrah. Speaker terus dikuatkan. Malas nak letak kat telinga punya pasal.

"Apahal call aku?" Bunyi rintikan hujan lebat kedengaran kuat di telinga Melissa. Hujan? Seriousla sekarang hujan? Dia duduk kat kepulauan mana ni sampai hujan macam kat amazon? Lebat gile aku dengar.

"Mel , aku nak tumpang rumah kau boleh?" 

"Hah?" Melissa sedikit kaget. Dia nak tumpang rumah aku? Aku silap dengar ke?

"Aku nak tumpang rumah kau boleh tak?" Soal Adryan sedikit kuat. Eh betulla dia nak tumpang rumah aku. So betulla tadi apa yang aku dengar. 

"Asal tibe bro?" Bunyi hembusan nafas kedengaran di telinga Melissa. 

"Parents aku takde kat rumah. Aku lupa diorang pergi outstation. Kunci pulak aku tertinggal dalam bilik" terang Adryan. 

"Mana driver kau?"

"Driver aku balik kampung."

"Kau takde bibik ke?" sekali lagi Melissa bertanya. Dah serupa polis dah.

"Manala nak ada. Kalau ada tak payah call kau pun aku dah boleh masuk" Ya tak ya jugakkan?

"Asal baru call aku pukul 8 ni? Kau pegi mana tadi?" 

"Tadi , aku tunggula depan pintu rumah ni sebab kotla kan driver aku datang. Nasibla tadi jumpa kau aku bawak fon , lepastu aku tanyala parents aku why pak dollah tak balik. Diorang cakapla pak dolah balik kampung. So aku pun terperangkap kat luar rumah ni sorang sorang" terang Adryan lagi. 

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now