Tangan Adryan yang dipegang sedari tadi dilepaskan apabila mereka mendekati belakang sekolah. Melissa membuka butang skirtnya. Pergerakannya terhenti apabila seseorang menjerit kepadanya.
"Melissa!! what are you doing?! kau gile ke nak bukak skirt kat sini? Aku tak nak tengok apa yang patut!" Marah Adryan. Senerd - nerd Adryan pun pandai marah apatah lagi orang yang tak nerd , betul tak?
"hey , boy. I'm not that cheap as you think. Aku takkan gadaikan maruah aku dekat depan lelaki hanya sebab nak panjat pagar" Kancing skirtnya terus dibuka menampakkan seluar jeans hitam di dalam. Jaket dan butang baju kemeja dibahagian atas dibuka.
"Ingat apa yang aku cakap. Aku tak semurah pelacur yang luar sana. Asal aku nak tayang benda benda macam tu kat kau? Hilangla innocent kau nanti." sekaligus baju kemejanya dibuka sehingga menampakkan baju berwarna senada dengannya. Baju baju itu digulung dan dibasukkan ke dalam begnya. Adryan hanya memerhatikan tindak tanduk Melissa.
"Dah panjat cepat." Arah Melissa sambil memandang tepat ke arah Adryan. Adryan terpinga pinga apabila mendengar Melissa berkata panjat. Panjat? Adryan memandang dinding pagar yang tinggi dihadapannya.
"P..panjat ?" Melissa membuat eye rolling.
"Yelah, panjatlah. Kau nak suruh aku campakkan kau ke sana ke?"
"Tapi kaki aku..."
"Kaki kau sihat walafiat je. Yang nak sakitnya tu muka berbalam kau tu. Bukannya aku suruh merangkak pun!" Pedas perlian Melissa menusuk ke hati Adryan. Biarpun menusuk tetapi Adryan masih tetap degil dan tidak mahu memanjatnya.
"Tapi..."
"Urghh, lambatla kau ni! Kalau aku bawak kambing aku jalan jalan pun dah boleh sempat sampai Korea!" bicara Adryan dipotong dengan kasar.
Melissa terus mendekati Adryan dengan wajah yang garang. Adryan mengundur ke belakang beberapa tapak.
"Weh apa yang kau nak buat ni." bergetar suaranya bertanya.
"Aku nak campak kaula." selamba sahaja Melissa membalas dengan bibirnya yang sudah terukir senyuman jahat. Adryan sudah membuat muka seram.
"Jangan weh aku anak orang. Aku tak nak mati lagi, Melissa!"
"Oh , i wish i care." Semakin takut Adryan , semakin dekat dia mendekati lelaki itu. Sehingga tinggal selangkah jaraknya dengan Adryan barulah dia berhenti.
"Mel, kau baikkan? Tolong jangan weh."
"Heh, siapa cakap aku baik? gosip mana kau dengar ni, dear?" hampir tersedak Adryan mendengar Melissa memanggilnya dear. Dear ? Dear kot!
"MEL..."Tangan Melissa yang naik menutup mulut Adryan membuatkan kata kata yang mahu dikeluarkan oleh si jejaka tidak terkeluar. Pandangan mereka bersatu. Melissa mendekatkan wajahnya dengan wajah Adryan.
"Baik kau tutup mulut kau rapat rapat sebelum aku kiss kau kat sini." ugut Melissa dengan sebelah bibirnya yang ternaik dihujungnya. Ugutan itu membuatkan Adryan terdiam kaku.
"Takut? then shut your mouth, boy. Lagipun tak mati pun kau kalau aku campak. Paling teruk pun cramp otak." Ujar Melissa lalu tubuh Adryan diangkatnya mudah bagai mencempung kanak kanak kecil. Adryan terus memaut leher Melissa erat.
Pandangan mata mereka bertembung. Melissa yang tahu menahu bahawa Adryan sedang dalam ketakutan itu hanya tersenyum segaris.
"Kau janganla takut, Ryan. Sekejam kejam aku ni, aku tak pernah lagila bunuh orang. Daripada aku bunuh kau, baik aku bunuh orang yang buli kau tadi. Tak payah takut, aku ada. Takkanla aku nak bagi kau mati awal sangat? PT3 pun tak lepas lagi. Awal lagila kau nak mati pun." Pujuk Melissa. Suaranya sengaja dibuat comel. Nasib takde orang dengar kalau tak mahu jatuh maruah dia.
"Dah tak payah nak buat muka monyok takut kau tu , aku ade je kat sini. Anggap je aku nak bawak kau pergi syurga dengan campak kau ni." Tergelak Adryan kerana terhibur dengan apa yang dikatakan oleh Melissa. Ade ke dia suruh aku feeling kena bawak pergi syurga? Belum tentu hidup ke mati aku lepas kena campak ni getus hati Adryan.
"Kau jangan campak tinggi sangat tau? Nanti bukan lepas pagar je, ayah pin pun sempat kirimkan salam untuk kau." balas Adryan. Giliran Melissa pula tergelak.
"Macam macamla kau ni. Kang aku campak betul betul pegi jumpa ayah pin kang balik balik kau pulak yang jadi ayah pink." Seloroh Melissa.
"It's pin ok not pink."
"Aku cakap kau yang jadi ayah pink, yang ayah pin tu lantak diala nama dia memang pin tu." Adryan mengerutkn dahinya. Melissa turut mengerutkan dahinya apabila memandang wajah yang berkerut Adryan.
"Pintu?" Melissa mengecilkan matanya. Ada yang nak kena tampar.
"it's pin tu bukan pintu. Aku kelar kau kat sini kang." Adryan sekali lagi tergelak besar di dalam dukungan Melissa.
"Dahla aku nak campak kau ni. Ready cepat." Melissa mengubah topiknya. Kalau lama lama melayan Adryan , boleh mabuk mereka berdua kat situ.
"Kau janji kan yang tak sakit?" Soal Adryan sambil membuat wajah comel. Melissa membuat wajah menyamoahnya seperti selalu.
"Betul tak sakit. Aku tak tipu kau."
"Trust me , Adryan and you'll be okay." Melissa mengangkat keningnya kepada Adryan. Adryan menganggukkan kepalanya dengan redho.
"Ok ready"
"One," Melissa menghayunkan Adryan ke kiri dan ke kanan. Adryan sudah memejamkan matanya rapat.
"Two,"
"Three!"
Akhirnya terbanglah seorang Adryan Elric ke angkasa.
Bup!
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Teen Fiction1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...