"Harini, pengetua baru kita akan mula bertugas. Jadi saya harap tiada sorang pun diantara kamu akan menimbulkan masalah" kata cikgu Auni penuh tegas.
Semua pelajar kelas 3 Star hanya menganggukkan kepala mereka tanda faham.
"Tolong jaga imej sekolah walaupun kamu tak dapat harumkan nama sekolah" kata Cikgu Auni lagi.
"Senang je nak harumkan nama sekolah" satu suara yang menyampuk membuatkan semua mata memandang ke arah pelajar tersebut. Ada yang menjeling dengan menyampah , ada yang bingung , ada yang malas mahu mengalihkan kepala dan ada yang menjulingkan mata tanda tidak suka.
Tengku Qistina. Dialah orang itu. Melissa dan Adryan memandang satu sama lain bagai menunjukkan betapa meluatnya mereka dengan Si Qistina tu. Dahla tibe , pikir seronok ek dengar dia bercakap?
Kalau korang nak tau , Tengku Qistina dah macam kena banned. Semua orang benci dia sebab keannoyingan dia tu pergh. Memang tahap langit ketujuh pun belum tentu ada yang nak hadap.
"Tengku Qistina Balqis" Nama Qistina disebut Cik Auni kuat. Mata Melissa yang setia memandang Cikgu Auni mula mengangkatkan hujung bibir apabila perasan akan pandangan wanita tersebut kepada Tengku Qistina.
"Kamu pernah ke harumkan nama sekolah? Tak pernah kot. Yang kamu tau menonggeng dekat club je , betul tak?" Sindiran Cikgu Auni berjaya membuatkan seisi kelas terpana kecuali Melissa yang semestinya sudah menganggap situasi tersebut akan terjadi.
Kenapa mereka terpana? Kerana Cikgu Auni yang dikenali mereka merupakan seorang guru yang baik dan penyabar. Pernah juga dikategorikan sebagai guru yang tidak garang dan baik tuturnya. Tapi hanya Melissa sahaja tahu betapa savagenya Cikgu Auni tu.
Dia tahu pun sebab kebetulan. Cikgu Auni ini merupakan salah seorang guru yang pernah jadi ibu angkat dia. Korang taukan , program mentor menti yang acah mak bapak angkat tu? Biarpun mereka jarang bercakap tetapi dialah merupakan salah seorang murid kepercayaan wanita itu. Anak murid kesayanganla katakan.
Cikgu Auni pernah meluah dekat dia pasal murid-murid di sekolah itu. Jadi sebagai nasihat , dia pun cakap...
( FLASHBACK )
"Cikgu kena tegas sikit. Kalau dia nampak batak sangat nak attention , cikgu tembak je. Tak kirala laki ke perempuan." Nasihat Melissa sambil memandang ke wajah gurunya.
Dia tahu Cikgu Auni sedang kusut dengan hal pelajar. Kerana kebaikan dan kelembutan dia mengajar membuatkan ada pelajar yang sanggup menengking tanpa sebab , keras kepala dan ada yang buat sexual harassment pulak tu. Berani betul.
Mentang-mentang , cikgu tu lawa , baik , lemah-lembut boleh di kena sexual harassment. Eww , what's wrong with men nowadays? Sampai cikgu pun nak di- eww. Geli.
"Saya takut Melissa. Macam mana kalau nanti diorang buat apa-apa yang tak elok?"
"Jangan risau , cikgu. Saya ada. I'm going to protect you. If they touch you , means they touch me too"
"Tak elokla Melissa"
"Cikgu , saya tak nak cikgu terus kena tindas. You know , sometimes kita tak boleh ikut sangat cakap murid. Ni dah melampaui batas sebagai seorang pelajar. Dengan diam tak akan ubah apa-apa cikgu. Anggapla saya ni macam adik cikgu yang tengah bagi nasihat. Budak-budak ni kalau tak diajar , nanti lama-lama akan jadi sampah masyarakat. Kita tak tau apa yang akan jadi , so tak salah kalau cikgu mula hati-hati. Mengajar sekolah menengah tak sama macam sekolah rendah. People grow up and their mind become more dirty than what we thought. Lagi-lagi kita perempuan , we don't know what men think in their mind" Dah serupa dia pulak cikgu. Walaupun dia tahu banyak sangat yang lari daripada topik , but I'm trying my best.

ANDA SEDANG MEMBACA
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Ficção Adolescente1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...