Melissa masuk ke dalam biliknya lalu beg yang dipenuhi buku dicampakkan ke atas katil sekuat hati. Bantal yang tersusun dicampakkan ke lantai seperti mencampakkan kepala-kepala mereka yang amat dibencikannya.
Pasu kaca yang berada di atas meja study di ambil lalu dilempar ke lantai sehingga pecah berderai seperti hatinya.
Bodoh kau , Mel! Rambut yang tadi kemas terikat telah dikusutkan seperti fikirannya. Memikirkan peperiksaan yang semakin hampir dengan masalah yang dihadapinya membuat otak dia semakin hari semakin sesak.
Exam tidak sampai beberapa bulan lagi. Hari-hari dia masih sama dengan tengkingan dan libasan. Masa untuk study pun terlalu tipis. Tidak mustahil jika result yang keluar nanti akan jadi sangat teruk dan kemungkinan dia akan gagal dalam course yang diambil. Dahla dengan course yang dia tak minat langsung!
Asyik business , business , business! Hella , aku minat Engineering tau. Ini semua kerana terpaksa semata-mata. Diorang suruh aku berlajar , diorang nak aku berjaya sebab nak aku take over company tapi tulah. Aku nak belajar pun takde masa masalahnya.
Nasibla result SPM aku ok sihat alhamdulillah. Dapatla jugak straight A even ada kemunculan B dekat part math. Entah apa salah aku. Kotla diorang nak bangga tapi tak. Orang lain dapat satu A pun dah bersyukur , aku ni tak dapat straight A+ pun kena halau tidur luar. haha. seminggu pulak tu.
Dahla exam diorang suruh aku dapat 4.0. Kalau aku tak dapat , gamaknya kena halau rumah. Kad bank pun kena tarik macam tarik gula-gula. Badan aku pun dah serupa orang tak makan setahun , dengan calar balarnya.
Kusut! Mata yang sudah memerah dan kepala yang sudah sakit kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan Melissa hilang arah. Matanya hanya nampak satu benda sahaja. Kaca.
Kaca bekas daripada pasu yang berteraburan di lantai menarik perhatian Melissa. Perlahan-lahan , tangan kanannya mengambil sekeping kaca bekas daripada pasu yang pecah tadi.
Kepingan kaca itu ditilik beberapa kali. Mungkin dengan mati , adalah satu jalan penyelesaian untuk semua ini? Mindanya sudah mula dikuasai dengan rasa untuk membunuh diri.
Objek itu mula didekatkan kepada bawah lengannya. Rasa sejuk kaca yang mengenai kulit membuatkan Melissa rasa seperti tidak waras. Tanpa secebis rasa takut , Melissa menghiris lengannya sedikit demi sedikit sehingga mengeluarkan cairan berwarna merah. Cairan merah itu mula mengalir dan menitis membashai lantai.
Tok! Tok!
"Mel?"
Satu suara memanggil Melissa daripada luar. Melissa tidak langsung mengendahkan suara itu sebaliknya kekal menghiris lenggannya. Cairan darah yang mengalir disapu menggunakan jari lalu dijilat.
"MELISSA!"
Melissa mula tersedar daripada khayalan tadi. Matanya sedikit membulat kerana tidak percaya apa yang telah dilakukan.
Danish terus berlari ke arah Melissa dengan riak wajah yang terkejut.
"Ya Allah , Mel! Apa yang kau buat ni , adik?" Suara Danish jelas menunjukkan bahawa dia risau.
"A..aku...aku tak tau , danish. Sumpah aku tak tau" Jawab Melissa dengan mulut yang tergetar-getar.
"Aku call doktor. Jangan mati lagi" Melissa mengecilkan mata. Apahal mamat ni?
...
"Mel , what's wrong hm? Apa yang kacau kau?" Soal Danish apabila luka ditangan adiknya telah dibalut.
Pasti ada sesuatu yang telah menyebabkan Mel mahu mati. Siapa je nak mati kalau takde sebabkan?
Melissa menggelengkan kepala.
![](https://img.wattpad.com/cover/280445772-288-k791161.jpg)
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Fiksi Remaja1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...