27 ♡ M E L I S S A

455 35 14
                                    

  Ok so before start , i sarankanla you guys untuk dengar lagu yang kat atas tu time baca untuk menghayati this chapter , ececcece. Better kalau dengar kat spotify or anywherela sebab kalau bukak kat sini je baru 2 , 3 page dah lesap lagu dia. Kalau korang nak la kan , saya tak paksa uhuk.

Bunyi burung-burung yang berkicauan membuatkan pagi yang sedia indah itu bertambah indah. Daripada jauh kedengaran suara Melissa dan Adryan yang sedang bersembang rancak diselangi gelak-tawa mereka berdua. Kelihatan Melissa sedang memegang sebakul bekas yang terisi pelbagai jenis makanan dan alatan perkelahan mereka.

  Harini , Melissa merancang untuk berkelah bersama-sama dengan Adryan. Spend time , hilangkan stress lepas beberapa minggu bertarung dengan kertas exam PT3 yang menyesakkan otak tu. Apa pun result , kitaorang redho je. 

 Melissa dan Adryan telah memilih kawasan pergunungan yang jarang dikunjungi sebagai tempat perkelahan mereka. Nak spend time takkanla nak bebising ye tak? Cukupla setan jadi peneman.

 Setelah penat mendaki , Akhirnya, mereka tiba di tempat perkelahan. 

"YEAYY , KOSONG!" Jerit Melisa dengan penuh teruja. Beg galas yang dibelakang diletakkan pada tanah diikuti dengan bakul yang berisi makanan tadi.

 Bakul itu dibuka lalu sebuah tikar dikeluarkan. Lipatan tikar yang dibuka menghasilkan bentuk segi empat sama. 

 "Mel , kau tak penat ke?" Tanya Adryan. Yelah , tak penat ke? Jauh kot nak naik bukit ni , dengan bakul yang bapak besar dia tu.

 Melissa menggelengkan kepalanya sambil mengeluarkan makanan dan pinggang daripada bakul. Ada sandwich , spaghetti , jajan , air kotak , air jarang , air mango and banyak lagi makanan. 

"Penat? For what?"

"Yelah , aku nampak kau macam terlebih energy je" 

Melissa terus mencubit pipi Adryan yang sedang duduk mencangkung disebelahnya. 

"Bersyukurla energy aku ada banyak , Adryan. Kalau aku dah penat tadi , kang tak pasal kau kena angkatkan" Melissa terus melepaskan cubitan itu dan mengeluarkan sesuatu daripada begnya.

 "Aku tak kisah pun nak kena angkat kau beribu batu sekalipun. Yang penting , kau selalu ada dengan aku" Melissa terus menghentikan tangannya lalu mendekati Adryan. 

 Dia turut mencangkung di sebelah jejaka itu. Adryan hanya memandang Melissa dengan senyuman kecil diwajah.

"Auww , mestila aku selalu ada dengan kau. Takkanla nak tinggal cute boy aku ni?" Kata Melissa lalu mencubit pipi Adryan sekali lagi. 

 "Jom la makan. Aku tau kau lapar" Melissa mula berdiri.

 Dia kembali ke begnya lalu sebuah benda berbulu dikeluarkan. Benda berbulu itu dipegang lalu kedua-dua belah tangan kecil si teddy digerakkan untuk menyentuh hidung Adryan.

 "Puf! saye nak tukar awak jadi barbie" Ujar Melissa dengan suara yang dibuat comel. Adryan terus menjulingkan mata memandang tangan teddy bear yang terletak elok pada hidungnya. Matanya terus memandang Melissa dengan pandangan tidak puas hati.

 Melissa yang masih seronok bermain dengan teddy bear ditangannya , kembali menggerakkan kedua-dua belah tangan teddy bear untuk menyentuh kedua-dua belah pipi Adryan pula. Seronok dia lihat wajah cemberut Adryan.

Tangan kiri teddy bear digerakkan untuk menampar pipi Adryan , tetapi sayangnya Adryan lebih pantas menangkap tangan kiri itu. Melissa cuba menggerakkan tangan kanan bear pula , tetapi nasib tangan itu juga sama seperti tadi. Telah berada di genggaman Adryan.

 Spontan Melissa menjerit dengan patung teddy bear yang ditangan.

"AAAAA tolong sayeeee , aaaaaa" Tangannya mula menggerakkan patung bear hitam itu bagai mahu melepaskan diri daripada perangkap raksaksa. 

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now