10 ♡ M E L I S S A

554 56 0
                                    

  Seminggu kemudian , hadirlah Melissa ke sekolah untuk pemilihan atlet bagi rumah Panthera. Seperti yang dijangka , dia telah menjadi tumpuan para pelajar serta guru. Figura seoranng lelaki mengangkat barangnya keluar dipandang.

   Ya , itulah Tengku Hadif. Tengku Hadif dan Cikgu Hazali akan dibuang sekolah dan tidak akan diterima sebagai cikgu lagi dimana mana sekolah kerana kesalahan yang dilakukan mereka yang akan diketahui seluruh Malaysia tidak lama lagi.

   Tengku Hadif , telah dijatuhkan  hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran syabu serta beberapa jenis dadah yang lain dan beberapa kesalahan lagi manakala Cikgu Hazali pula dipecayai telah merasuah tuan pengetua untuk menjamin keselamatannya sepanjang menjadi guru serta sentiasa berada dipihaknya membuatkan dia dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda.  

 Melissa juga telah menyaman mereka sebanyak 5 juta USD  atas tindakan menghina dan mencaci pelajar dengan sesuka hati. Lagipun bukan dia seorang sahaja yang dicaci. Segar lagi diingatannya wajah tengku hadif dan Cikgu Hazali apabila mengetahui siapa dirinya yang selama ini dicaci dan dihina.

   Biarpun sekolah ini milik Tengku Hadif tetapi ia akan diturunkan kepada anaknya tidak lama lagi.

  Melissa mendekati Adryan yang sedang sibuk termenung dihadapan lokernya. Bahu lelaki itu dicuit sedikit.

Pap! Bunyi hantukan kepala Adryan pada loker itu membuatkan Melissa pula yang terkejut.

"Weh kau ok tak ni ?"

 "Melissa!" Tubuh Melissa terus kejung apabila merasakan dirinya bagai dipeluk dengan erat. Tangannya juga bagai tidak mampu bergerak. Liurnya diteguk sebelum dia menolak sedikit tubuh Adryan menjauhinya.

 "Kau dah kenapa tiba tiba peluk aku ?"  lupa sudah dia tentang hantukan kepala Adryan.

"Takdela , dah dekat seminggu kau tak datang sape je tak rindu" Luah Adryan. Kata kata yang terluah ikhlas daripada hati Adryan berjaya membuatkan mulut Melissa terkunci rapat. Riak wajahnya yang terkejut cuba disembunyikan.

"Kau rindu aku ?" Soal Melissa tidak percaya.

"Yela aku rindu kaula. Kau kan bestfriend aku" Ujar Adryan dengan senyuman diwajahnya. 

 Tika itu Melissa sudah membatu. Terkejut , terharu , gembira , sayu semua ada. Dia tidak sangka akan ada orang rindukan dia dan pelukan tadi. Pelukan yang berjaya membuatkan dia terkaku dan terdiam tanpa kata. 

"Melissa ?" serta merta lamunan Melissa terhenti. Anak mata hijaunya bersatu dengan anak mata hitam kepekatan milik Adryan. Sebentar sahaja sebelum matanya terus dilarikan.

"kau okay ?" Pertanyaan Adryan dibalas gelengan. Air mata yang sudah mahu melepasi empangan matanya sedaya upaya ditahan.

"jomlah , kang cikgu marah. Aku tak kesah cikgu marah aku tapi dia marah kau sekali nanti" Ujar Melissa tanpa memandang wajah Adryan. Dia terus berjalan ke arah padang sambil menguap yang sengaja dibuat buat. Nasibla dia ni spesies menguap keluar air mata sampai ada yang boleh salah sangka.

 Adryan yang ditinggalkan di belakang hanya menghela nafasnya berat. Kelibat Melissa yang menjauhinya dipandang lama.

 "apa sebenarnya yang dia tak bagitau aku ?" Soal Adryan pada dirinya sendiri. Hampir 5 saat dia mengelamun sebelum dia mula berlari untuk mengejar Melissa yang sudah semakin jauh.

...

   "Kita akan mulakan pemilihan bagi pelajar bawah 15 tahun terlebih dahulu. Jadi saya dan cikgu cikgu rumah Panthera telah berbincang. Kita akan adakan saringan by tingkatan dulu lepastu baru final wakil ketiga tiga tingkatan akan berlumba. Wakil setiap tingkatan hanya nombor satu dan dua sahaja. saya nak ambik buku nota saya yang tertinggal di bilik guru sebentar. jadi buatlah apa yang patut dulu dalam masa 5 minit lagi saya akan datang balik.. " ujar ketua guru  rumah Panthera kepada semua ahli rumah biru tersebut.

  "kita start dengan tingkatan lelaki dulu. Pelajar lelaki boleh ke track pemerluan terlebih dahulu dan tunggu saya disana"

  Pelajar tingkat 3 lelaki mula berdiri termasuklah Adryan. Adryan yang kelihatan ketakutan membuatkan Melissa sedikit seriau memandang rakannya itu.

"Budak nerd ni pun nak lari jugak ke ? Buang masa je dia lari kalah jugak nanti" kata salah seorang daripada pelajar lelaki yang berdiri itu. Mereka pun mula ketawa entah apa yang lucunya.

   Melissa yang memang sedari tadi melihat mereka mula menahan amarahnya. Hatinya mula mendidih. Para pelajar perempuan yang duduk berdekatannya perasan akan perubahan aura Melissa mula memberi isyarat kepada mereka yang lain.

Salah seorang daripada mereka mengerutkan dahi. Tidak memahami isyarat yang dihantarkan kepadanya.

"Kau dah kenapa? Kau takut Si Melissa tu dengar ? Rilekla , dia tak dengar pun. Pompuan tu pun dua kali lima je dengan budak lembab ni." Ayat berani mati yang dikatakan okeh pelajar itu berjaya membuatkan Melissa berdiri daripada duduknya.

   Pelajar itu yang sememangnya membelakangi Melissa tidak menyedari kehadirannya disitu. Melissa memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar track.

"seriusla tak takut ?"

"M..Melissa ?" Tergagap-gagap pelajar lelaki itu menyebut nama Melissa. Melissa tersenyum dingin.

  "Gagap dah? tadi kata tak takut kan" perli Melissa selamba. Entah bila dia sudah berada di hadapan pelajar itu. bahu lelaki itu ditolak sedikit. Mata ularnya menikam anak mata yang menggigil dihadapannya.

"come on la , dude. aku kan 'lembab' macam mana nak lawan kau"

"k..kau tak lembap" Melissa mengangkat keningnya. 

"oh , habis tu kau mengata siapa tadi ? pokok ?" Melissa memerlinya lagi.

 "telinga aku ni tak pekak setakat nak dengar kau cakap apa kat aku tadi and kau pun takdelah bisu sampai tak boleh mengata aku. So sebelum aku buat kau jadi bisu , baik kau diamkan mulut kau tu. Lain kali tak payah mengata kat belakang , datang je depan aku. let see siapa yang tiba-tiba jadi lembab time tu" biarpun mendatar tetapi bunyinya kedengaran sangat kasar. Pelajar itu hanya menganggukkan kepalanya ketakutan. Tau kau takut , tadi bukan main. bongkak gile.

 "Dah dah! kamu semua ni saya tinggal sekejap , dah macam macam jadi. Nasibla saya tak tinggal seharian kalau tak entah jadi apa pulak!" Celah cikgu kamila , ketua guru rumah panthera yang baru pulang daripada pejabat.

"Pelajar lelaki cepat ke garisan permulaan." mereka terus bergerak ke garisan permulaan. Adryan yang turut berada di dalam kelompok itu mengehntikan langkahnya ketika mendengar namanya dipanggil.

"Adryan!!" kuat Melissa memanggil sambil berlari ke arah Adryan.

"Meh sini aku pegangkan spek kau , kang terbang susah pulak nanti" ujar Melissa lalu mencabutkan kaca mata yang tersarung pada wajah Adryan. Adryan menganggukkan kepalanya lalu tersenyum ke arah Melissa.

"thanks , Melissa"

"My pleasure , dear" Balas Melissa sambil terseyum lebar. 

Adryan yang sudah berdebar meanggukkan kepalanya sahaja lalu memalingkan tubuh untuk ke garisan permulaan. Sekali lagi langkah Adryan terhenti apabila Melissa memanggilnya. Kepalanya dipusing ke arah Melissa.

 Wajah Melissa yang sedang tersenyum lebar ke arahnya menjadi tatapan.  Melissa melekapkan kedua dua belah tangannya pada mulut.

  "GOOD LUCK ADRYAN!! I KNOW YOU CAN!" jerit Melissa kuat. Tingkah laku Melissa berjaya membuatkan Adryan tergelak. Dia menaikkan jari 'OK' kepada Melissa lalu terus ke garisan permulaan.





MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now