3 TAHUN KEMUDIAN...
"Bersweetla korang dua. Malas aku nak layan" ujar Melissa dengan menyampahnya. Telefon ditangan terus dibuka. Ada baiknya kalau layan diri sendiri.
Tak pasal dia kena ikut diorang dua ni pergi makan. Gara-gara seorang budak yang craving nak makan Nasi Arab Pakcik Mandy yang beratus batu jauhnya , dia pun ditarik sekali.
Lydia pun satu , kalau dah tau adik dia craving kenapa mesti ajak aku? Kenapa mesti aku yang kena ikut , ingat aku takde benda lain ke nak buat? Dahla esok dia kerja.
"Taula kau single , jeles lah tu" Usik Qailydia , rakan seuniversiti Melissa ketika di US.
"Takde masa aku nak jeles. Dahla macam sumbang mahram" Sindir Melissa.
Lydia dengan adiknya memang sweet tahap langit ke-7. Kalau lelaki takpela jugak tapi masalahnya perempuan kau tau tak? Dah la adiknya pun kaki melayan , aku pulak yang naik meluat.
"Halah , janganla serius sangat Mel. Kau ni sikit-sikit serius" Lydia menegur sedikit Melissa dengan tangan yang sedang memegang stereng.
"Habistu? Kau nak aku bahagia?" Punat radio terus ditekan malas mahu memanjang perbualan. Bukan dapat apa pun. Kotla dapat tau harga kenaikan saham syarikat , bolehla dia join.
"ADRYAN ELRIC DATO' HA..." belum sempat nama seseorang disebut , Melissa kembali menutup radio.
"Weh biul , asal kau tutup?!" Marah Lydia apabila Melissa menutup saluran radio kegemarannya. Mata hijau itu memandang Lydia tanpa rasa serba salah.
"Takdela bising" balas Melissa mendatar. Pandangannya dicampakkan keluar tingkap. Lebih baik dia tengok luar tingkap ni daripada dengar radio tu.
"Aku baru nak dengar pasal si Adryan tu. Dia handsome do , dahla kaya. Lelaki paling famous kat U dulu"
"Hm" Balas Melissa acuh tak acuh. Dah besar panjang dah Adryan tu. 6 tahun. Bayangkan berapa banyak perubahan yang dah berlaku dengan kawan baiknya sorang tu.
He still my bestfriend even maybe dia dah lupakan aku.
"Kak Mel tau tak , kawan-kawan Zhaf ramai gile yang minat dengan Adryan tu sebab dia kaya lepastu handsome. Aura cool centu." Giliran Zhafra Ghahira merangkap adik kepada Lydia pula membuka mulutnya.
"Kan? Aku harap aku dapat kahwin dengan mamat hensem macamtu. Yang vibes ala-ala cool tahap dewa." Lydia sudah mula berangan.
"Ezzard Ruiz tu pun cool kan?"
"Ala dia tu macam batu hidup"
Melissa yang mendengar pendapat Lydia , hanya mampu menahan ketawa. Kawannya yang sorang tu memang serupa batu hidup even dah lama sangat tak jumpa. Makin hensem pulak aku nampak tapi Adryan pun tak kurang hensem dia.
Daripada dia pilih Ezzard baik pilih Adryan. Kalau Ezzard tu baik kau cakap dengan setan je. At least ada jugak orang balas.
"Tapi Adryan ni pun macam batu hidup jugak"
"Diorang lain-lain ok. Adryan tu nampak la muka gentleman sikit , yang si Ezzard tu dah serupa model baju batu" Nasibla mereka bertiga dalam kereta sekrang. Kalau kat luar gamaknya kena serbu dengan netizen sampai meletop kat tv.
"Dah sudah-sudah. Korang ni membebel pasal lelaki apahal? Bising tau tak?" Melissa terus menghentikan perbualan mereka. Tidak sanggup mendengar Lydia dan Zhafra membezakan dua orang makhluk yang pernah menjadi sebahagian daripada kisahnya.
Ada ke bandingkan Adryan kesayangan aku dengan Ezzard? Hish.
"Mel , kau takde rasa nak cari someone ke?" tidak dapat berbalah pasal Adryan dan Ezzard , Lydia mengacau Melissa pula. Melissa membuat eye rolling.
Bukan apa , ni dah masuk kali ke entah berapa juta kali Lydia bertanyakan hal yang sama. Every year , soalan ni lah yang keluar daripada mulut si member tu sampai tak larat nak cakap macam mana lagi.
"For what?"
"Takkan kau takde minat sesiapa kot? Kau lawa tau tak?" Pelik sangat ke kalau aku yang hot , cantik lagikan lawa macam model nombor satu dunia ni single? Jodoh aku tak sampai lagila tu.
Bukan tak sampai tapi tak berkesempaian nak jumpa lagi. Dia pun takdela gila sangat nak hurung office Adryan macam rumah sendiri even pernah terdetik pun. Nak lepas pintu masuk pun sikit punya payah , ini nak lepas sampai dalam office. Mimpi jela kau.
Lagipun , dengar cerita Adryan dah berpunya. Malasla nak kacau pakwe orang.
"Nantila , nantila aku fikir pasal tu. Banyak lagi benda yang otak aku nak tampung. Maklumla abang aku tu , dahla tinggalkan aku terkial-kial. Yang dia , boleh pulak berbahagia duduk dalam tanah."
Sad to say , Danish Dereqish Qyler Lee telah selamat kembali ke tanah selepas dua minggu pemergian daddy dan mummynya. Percaya atau tak , mereka terlupa untuk mengasingkan kereta yang sudah dipotong brek tu. Kesian abangnya , tak pasal dapat nasib yang sama dengan diorang.
Dekat berbulan jugakla dia menangis macam orang gila mati suami. Member tu baru nak bahagia kot sekali meninggal. Tak sempat apa.
Tanpa sedar , Lydia telah memberhentikan keretanya dihadapan rumah banglo milik Melissa. Bahu Melissa ditepuk kuat.
"Dah blahla kau , berambus keluar daripada kereta aku. Jangan esok aku datang mati pulak" halau Lydia sekasar-kasar member.
"Bersyukurla kalau boleh nampak aku. Sebelum aku pindah ke dalam tanah , baik kau bersyukur siap-siap sebab nanti kau yang nak menangis bukan aku" balas Melissa sambil membuka pintu kereta toyota camry milik budak biul di sebelahnya tadi.
"Sudahla. Blahla kau. Sikit-sikit dark jokes. Sikit-sikit perli"
"Kenapa terasa ke?" Melissa mengangkat keningnya.
"Sudahla dengan dark-dark ni. Benci aku dengar" Lydia menutup kedua-dua belah telinga tanda tidak mahu mendengar apa yang dikatakan oleh Melissa.
"Siapa suruh kau ambik dark kalau boleh white?"
"MEL SUDAH! kau turun sekarang!"
"asal? Kau takut aku bawak bala dengan kau?" Melissa masih tidak mahu mengalah.
"Haah , memang. Cepat turun sebelum aku halau kau"
"Dah halau kan? Asal kau nak gelabah pulak"
"Turun!" Suara Lydia sudah mula meninggi. Itulah mereka berdua. Bergaduh cara kasar itu perkara yang biasa ya. Dua-dua ego.
"Bawak kereta elok-elok tau makcik. Kalau nak mati , mati sorang-sorang je jangan bawak adik kau. Dia SPM pun belum lepas" sempat Melissa memesan.
Dengan wajah yang masam mencuka , Lydia terus menekan pedal minyak tanpa sempat Melissa menutup pintu kereta. Nasibla pintu tu tak tercabut.
Gila.
"She'll kill herself if she keep act like that"

ANDA SEDANG MEMBACA
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Dla nastolatków1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...