Sesungguhnya harini mood dia sudah hancur , nak balik pun dia dah malas dan sekarang dia hanya duduk termenung di atas dahan sebatang pokok yang telah tumbang dicelahan semak.
Disebabkan itu portnya , ia memang sudah bersihkan daripada awal. Tak adalah bersemak samun sangat macam hutan. Lagipun tempat lepaknya hanya dibelakang sekolah memang senanglah.
Sedari tadi mulutnya terkumat-kumat memaki Tengku Qistina dan pelajar kelas 3 Star yang lain. Suka sangat judge orang , mentang-mentang anak orang kaya. Nak je aku picit sekor-sekor sampai hancur.
"Jijikla! Gelila! oh god , pleasela aku lagi geli dengan diorang tau. Dengan mulut serupa loji kumbahan " luah Melissa dengan geramnya. Tangannya dikepal sehingga menjadi penumbuk. Dia sedaya upaya menahan dirinya daripada menumbuk batang pokok yang berhampirannya.
Melissa sendiri pun tak tau kenapa dia tak suka apabila mereka menghina dan mencaci Adryan. Entah apa yang merasuk dirinya. Matanya dipejamkan dan nafas ditarik beberapa kali untuk menenangkan diri. Kalau aku dapat si Qistina tu memang aku belasah sampai mati!
Matanya dibuka semula. Hampir terjerit Melisa apabila wajahnya betul-betul dekat dengan wajah seseorang. Mata ularnya sudah terbeliak.
"Hey"
"Ya Allah , Adryan! Terkejutlah aku. Kau memang nak tengok aku mati ke?!" Tubuh Adryan ditolak menjauhinya. Dadanya dipegang. Sabar je la aku. Mata Melissa naik memandang wajah Adryan yang sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum dengan penuh kesucian.
"Sorryla ek? Erm , boleh tak kalau aku nak duduk sini?" Keadaan tersangatla awkward diantara mereka ketika itu.
"Hm dudukla" Seperti kali pertama bertemu , Melisa menepuk batang kayu yang berada disebelahnya untuk Adryan. Adryan terus tersenyum lebar lalu mengambil tempat bersebelahan Melissa.
Lama mereka mendiamkan diri masing-masing. Melissa juga hanya memandang ke arah pokok dan batang kayu , mencari idea untuk memulakan perbualan. Satu persoalan mula bertandang di benak fikiran Melissa.
"Macam mana kau tau aku ada dekat sini?" soalan cepumas Melissa membuatkan Adryan menggaru kepala dan lehernya beberapa kali.
"A...aku.." Terus tergagap Adryan dibuatnya. Bukan kerana takut tetapi kerana Melissa sedang memandang kearahnya dengan penuh khusyuk dan fokus yang berlebihan.
"Kau intip aku ek?" soal Melissa dengan wajah yang sengaja dibuat serius.
Melihat sahaja wajah gelabah Adryan , hatinya mula tergelak jahat. Ada-ada jela dia ni. Tawanya akhirnya terlepas apabila Adryan menganggukkan kepala. Bertuah punya budak , berani ek kau ikut aku ponteng. First day pulak tu. Ada bau bau bilik disiplin dah ni.
"Actually aku tak tau nama kau ape , boleh aku tau?"
"Lah , takkanla kau tak tau? Nama aku ni tip top tau kat sekolah. Sebut je tet tet tet semua orang kenal" kata Melissa dengan bangganya.
"Nama kau ape tadi? tet tet?" Melissa menepuk dahinya mendengar soalan Adryan. Dahlah dengan muka polosnya tu.
"Woi! Janganla bendul sangat , kau ni! Aku tampo kang" Ugut Melissa geram. Dahla muka sikit punya suci lagi murni.
"Nama aku Melissa. Melissa Cassandra" Melissa memperkenalkan namanya dengan ringkas.
"tak sportingla kau ni" Melissa mengerutkan dahinya pelik. Apa benda yang budak ni mengarut? Sporting? Tak sedar ke diri tu aku kutip je? kang ade yang kene campak masuk sekolah balik kang.
"Dah kalau kau nak sporting ke sportrim ke kau buat sendirila!"
"Ok tengok ek aku tunjuk"
"Dengar elok-elok" Adryan membetulkan sedikit anak tekaknya.
"Ehem! Hi , nama aku Adryan Elric. Umur 15. Kelas 3 Star. Kau boleh panggil aku Ryan comel" Melissa membuat muka menyampah.
"Macam tu sporting? Macam gedik je"
"Ala kau tryla buat baru nampak macam budak comel"
"Kau pikir comella tu?" Wajah Adryan terus dibuat monyok.
"Aku tau , aku berjerawat , nerdkan." Sayu sahaja suara Adryan.
"Diamla , aku tak sukala kau cakap macam tu" Ujar Melissa mendatar.
"Kenapa pulak ?"
"Just tak suka"
Mereka berdua kembali mendiamkan diri. Melissa hanya memandang tapak tangannya manakala Adryan sedang sibuk membuat hal sendiri.
"Adryan" panggil Melissa tiba-tiba. Adryan mengalihkan kepala memandang wajah Melissa apabila mendengar namanya dipanggil.
"ye?"
"nak jadi kawan aku tak?"
"kawan?" soalan Melissa tadi dibalas soalan kembali seolah-olah tidak percaya. Semakin membulat matanya apabila Melissa menganggukkan kepala.
"kau pun tau aku ni tak ramai kawan"
"Kau , nak ke kawan dengan budak nerd hodoh macam aku ni ?" Pertanyaan Adryan dibalas dengan gelengan.
"Takpe , aku tak kisah pun"
"Betul ni kau tak kisah?"
"Iye"
"Ok friends" Adryan mengangkat jari kelingkingnya kepada Melissa.
"no , bestfriend" Kata Melissa sambil mengangkat jari kelingkingnya. Jari mereka mula bertaut.
"Promise..."
"Just two of us..." sambung Melissa.
"Till death..."
"and forever"
Serentak mereka berdua berjanji lalu memandang satu sama lain dengan penuh makna.
"This is our promise"
![](https://img.wattpad.com/cover/280445772-288-k791161.jpg)
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Novela Juvenil1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...