Sehabis sahaja larian bagi pelajar lelaki tingkat 3 , mereka semua mendapat berita yang sangat tidak dipercayai.
Siapa sangka budak senerd Adryan boleh mendapat tempat pertama dalam saringan serta berjaya mewakili rumah Panthera bagi acara larian 400m , 800m , 200m dan 100m untuk bawah 15L ? Itu sememangnya memeranjatkan mereka semua kecuali Melissa.
Melissa lah yang paling gembira apabila mendapat berita itu. Dia terus memeluk Adryan bagai seorang mak yang berbangga biarpun ianya hanya sekadar saringan. Tuhan je tahu betapa gembiranya dia ketika itu. Bangga dia tu.
Sehabis saringan bagi L15 , mulalah pemilihan bagi P15. Semua pelajar tingkatan tiga perempuan rumah Panthera berdiri dan menuju ke arah trek. Melissa yang sedang berjalan ke arah trek larian menyinsing lengan baju sukannya sehingga ke siku. Rambut paras bahunya diikat kemas.
Kebanyakan pelajar lelaki yang memandang ke arah Melissa bagai terpukau. Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah lain apabila dijeling Melissa. Ada yang sudah mula menyukai pokok , ada yang bermain dengan rumput dan ada yang sedang menilik rambut kawan dihadapan mereka. Mencari kutu katanya.
Nasibla pelajar perempuan tingkatan 3 hanya 8 orang sahaja. Melissa berdiri di lorong nombor 5. Wajah Adryan dipandang sekejap sebelum pandangannya beralih ke hadapan. Kedaan menjadi sunyi. Semua mula fokus.
"Ke garisan"
Melissa terus duduk diposisi kegarisan dengan penuh debaran. Kepalanya diangkat memandang ke arah trek dihadapan. Nafasnya cuba dikawal. Debaran di dada sedaya upaya ditenangkan.
"Sedia"
Dia mengangkat pinggulnya tinggi. Bersedia untuk berlari. Peluh di dahi sudah mula memercik.
"RRRTT"
Mendengar sahaja bunyi wisel , Melissa terus memecut dengan sepenuh hati ke arah penamat. Dia memintas pelari nombor satu Panthera dengan mudahnya. Kelajuannya semakin bertambah apabila mula mendekati garisan penamat.
Sorakan kedengaran kuat apabila Melissa melepasi garisan penamat itu. Nafasnya turun naik.
Adryan berlari ke arah Melissa lalu menghulurkan sebotol air mineral. Melissa mengambilnya lalu air itu diteguk rakus. Wajah Adryan yang bagai pelik ditatapnya bingung.
"What ?"
"Kalau ya pun kau minumla air tu bagi rilek sikit , ni gaya serupa nak telan botol tu sekali dah kenapa ?" Tergelak Melissa apabila Adryan membuat muka cemberut. Halah comel je.
"Suka hati akulah."
"Kau jangan macam macam Melissa. Kang tercekik kang"
"Kalau centu aku telan kau nak ?" Melissa mengangkat keningnya. Senyuman nakal dibibir langsung tidak disembunyikan. Matanya menangkap halkum Adryan yang naik turun menelan air liunya.
"Eh takpela , kau telan jela botol tu tau ? Kalau kau tercekik nanti pandai pandai call ambulans"Adryan terus menalingkan tubuhnya untuk ke padang.
"Ok kalau kau cakap centu" Ujar melissa kuat. Jeritan Melissa tidak diendahkan. Dia terus berjalan dengan memekakkan telinga.
"Ad..Adryann"
"Aku tak dengar"
"A..Adryan" .
"Kenapa?" Adryan terus mengalihkan kepalanya. Hampir terjatuh rahangnya apabila melihat Melissa yang sedang terbaring dengan botol yang sudah hilang ditangannya.
"WEH TAKKANLA KAU TELAN BETUL BOTOL TU ?!" Jerit Adryan lalu berlari menangkap tubuh Melissa yang sudah lemah.
"Melissa , bangun weh. Kau janganla tipu aku" Adryan sudah mula takut. Tubuh Melissa betul betul terasa lembik dan matanya terpejam rapat. .
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Fiksi Remaja1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...