Lagu kat atas takde kena mengena pun tapi you can hear this while reading this chapter! Tajuk dia 'Sampai ke hari tua - Aizat Amdan'. Boleh dengar kat spotify tau. Enjoy!!
2/3 DAYS BEING IN RELATIONSHIP
"aik? ape benda ni?" Melissa yang baru sahaja tiba di kelas mulai bengang apabila terdapat sekotak hadiah yang sederhana besar. Sebelah tangannya naik menggaru kepala.
Harini birthday aku ke? Bila masa? Melissa , seriously birthday sendiri pun dah tak ingat?
Kotak hadiah yang berbalut pembalut hitam ditangannya direnung. Siap ada reben sia. Tapi ni mesti orang yang kenal aku kan? Macam tau tau je warna favourite aku yang satu tu.
Kad berwarna senada dengannya diambil. Pergh , lawa nak mati kad kecik ni. Designed dia mengalahkan kad kahwin.
Tulisan berwarna putih pada kad itu dibaca.
Being sweet talker is not me , but being Melissa's...Nahh , trust me just me can be yours and just you can be mine. No one can be the perfect puzzle for your heart except me , my girl. Just me and only me. Full stop.
P/s : Stepping to your heart is the best exercise for me , so keep running until I catch you to be mine ♡
Hampir terpengsan Melissa apabila membaca kad yang penuh dengan 'gula' yang berterabur di atasnya. Siapa yang berani buat ayat bercotton candy ni? Sumpah , melting aku~
Hadiah dihadapannya dibuka dengan berhati hati. Matanya sedikit terbeliak. Mulutnya dikemam menahan jeritan teruja.
Sebuah teddy bear berwarna hitam yang bersaiz sederhana diambil Melissa. AAAAA COMELLA!!! Siapa ni yang pemurah sangat ni?
Tangannya naik menyentuh hujung perut bear yang bersulam perkataan 'MC ♡ AE'. Ni tak lain tak bukan mesti , 'boyfriend' 3 harinya. So sweet argh! Nanti aku nak letak nama lepastu nak peluk puas puas sampai bear ni mampos.
"Suka?" satu suara menegur. Melissa sudah tersenyum lebar. Dia tersangatlah kenal dengan suara yang menegur tu. Macam tau tau je aku suka. Apa je yang aku tak suka? Oh yes , aku tak suka Tengku Harris dengan semua benda kat sekolah ni kecuali Adryan.hehehe. Tibe mengarut sesorang.
Tubuhnya dipusingkan. Seperti yang dijangka , pasti Adryan menjadi pemerhati kepada reaksinya tadi. Melissa terus melangkah beberapa tapak mendekati Adryan dengan teddy bear di dalam pelukan. Dia sedikit terlompat kerana terlalu gembira.
"I really like it , Adryan! Thank you so much , my cute boy!" Ujar Melissa dengan gembiranya. Sempat dia mencubit pipi kawan baiknya itu sehingga merah. Nasib si Adryan jenis layankan je kerenah dia. Adryan turut menghadiahkannya sebuah senyuman. Dengan dimple dia yang dalam tu aaa. Extra cute!
"It's my pleasure , my girl"
"Buat susah jela. Nasib warna favourite aku dahla comel eii"
"Seeing you happy is a part of my story , my senorita" Adryan mengenyitkan sedikit matanya kepada Melissa. Urat mata putus ke apa? soal Melissa dalam hati. Tahu sangat Adryan sedang cuba jual minyak dengannya.
"Hearing your sweets cotton candy mouth talking is a part of my chapter with you , my cute boy" Balas Melissa sambil mengenyitkan matanya sama seperti Adryan.
Pecah tawa Adryan melihat gelagat Melissa yang baginya comel itu. Melissa turut tergelak. Don't ask why , kitaorang dua memang jenis cepat terhibur.
"Sejak bila kau pandai manis manis mulut ni? Belajar dengan siapala" Soal Melissa dengan wajah yang pelik. Tangannya terus membetulkan kaca mata yang dipakai oleh Adryan apabila terlihat ianya bagai mahu mengendur jatuh.
Honestly , Adryan yang dihadapannya sangat lain daripada Adryan yang dia kenali sebelum ini. Dalam masa hampir setahun , dia sudah boleh melihat perubahan dari segi wajah , perangai dan penampilan jejaka itu.
Kalau kali pertama bertemu , jerawat jangan cakapla berterabur habis , tapi sekarang hanya dua tiga biji je. Kaca mata masih sama tetapi mulutnya perghh. Mengcair~~
"Sejak jumpa kau and of course , aku belajar dengan kau" balasan Adryan membuatkan Melissa tersenyum bangga. Anak didik aku tu.
"Kau tau tak , Mel. Kau tu dah boleh bukak pusat tuisyen mengayat awek. Siapa-siapa yang teringin nak mencari jodoh boleh ambik degree ke master dengan kau dulu" Melissa terus menampar bahu Adryan kuat. Ada ke suruh ambik degree dengan master dekat aku? Biul ke ape?
"Eh , jangan nak mengarut sangat ek. I'm not your teacher" bidas Melissa.
"Untung siapa dapat bini macam kau , mesti hari hari senyum je sampai jadi macam joker" Melissa mencerlung Adryan geram. Siapa cakap aku nak jadi bini orang?
"Asal pulak?"
"Yela , sweet like candy" Melissa terus menjelirkan lidah tanda menyampah.
"Please jangan cakap macam kau ni bukan sweet talker macam aku"
"Sejak bila kau ni sweet talker? Kau tu sawit talker adala" ujar Adryan dengan lawak bodohnya tu. Melissa terus berjalan ke tempat duduknya. Malas dia mahu melayan.
"Aku nak nyanyi satu lagu kat kau , Melissa" mendengar sahaja perkataan 'lagu' membuatkan Melissa membulatkan matanya. Tak jadi hendak melangkah ke tempat duduk. Kepalanya dipusingkan kembali menghadap Adryan.
"Lagu apa?" Excited jap.
"Petang ni , tempat biasa" Melissa terus mencebikkan mulutnya. Lah , petang ni dia nak nyanyi? Kenapa tak nyanyi tahun depan je? Aku baru nak excited dengar.
Mentang mentang suara dia sedap , boleh buat aku macam ni. Lepastu kau pun satu , sejak bila Melissa Cassandra ni manja ni?
"Asal tak nyanyi sekarang?"
"Malas" Melissa terus mendengus. Dia kembali ke tempat duduknya. Bear diatas meja sumbat ke dalam beg. Sengaja tunjuk protes.
Tanpa dia sedari , sepasang mata memandang kearahnya dengan senyuman yang cuba disembunyikan. Sepasang kaki melangkah mendekati Melissa. Kaki Adryan dibengkokkan sedikit dan kepalanya ditundukkan supaya sama dengan ketinggian Melissa yang sedang duduk. Adryan merapatkan kedua dua belah tangannya pada telinga Melissa lalu membisikkan sesuatu.
"I'll wait for you , my girl. Don't be late" seusai itu Adryan terus berjalan keluar daripada kelas. Melissa sedikit terpana.
"Dah kena rasuk dengan setan ke dia ni?"
...
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Teen Fiction1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...